Tabung Masa Depan ...

Friday, March 15, 2013

Shine Your Way Yuna Di American Idol

Lagu nyanyian Yunalis Zarai atau Yuna, Shine Your Way berkolaborasi dengan Owl City yang merupakan runut bunyi filem The Croods bakal dipersembahkan oleh sepuluh finalis American Idol musim ke 12.  Shine Your Way ditulis oleh Adam Young, Alan Silvestri dan Glen Ballard dan ia dirakamkan untuk kredit akhir filem terbitan Dreamworks Animation yang bakal berada di pawagam pada 21 Mac ini.

Lagu tersebut bakal dinyanyikan secara berkumpulan oleh finalis-finalis tersebut pada malam keputusan (result show) yang bakal disiarkan esok (Jumaat), jam 7.00 petang menerusi saluran 711, StarWorld dan siaran tertunda menerusi saluran 8TV pada Sabtu, jam 10.30 malam.

Sepuluh finalis yang berjaya meneruskan perjalanan dalam American Idol adalah Lazaro Arbos, Janelle Arthur, Curtis Finch Jr, Candice Glover, Kree Harrison, Amber Holcomb, Paul Jolley, Angie Miller, Burnell Taylor dan Devin Velez.

Yuna kini menetap di Los Angeles, Amerika Syarikat dan menjadi artis rakaman Verve Music Group. 

 Jom layan jap lagu tu !


Not badlah YUNA !

17 comments:

LiYa HaNiF :: said...

bangga dengan yuna...

Mrs Velentine said...

menyerlah yuna di sana

ieda immi said...

bangga ! ;)

Sue-Rya Qistina said...

huhuhu..x dpt nk tgk, kena block pulak. tapi saya sgt berbangga dgn Yuna. dan yg plg best bila jumpa dia secara live, dia sgt peramah dan tak sombong ok :)

Haryati Faizal said...

wah hebatnya...

Mia Kassim said...

Terbaekkklah Yuna...

maszmadi said...

tahniah YUNA..... sokong anak malaysia...

Nastyna said...

Very very proud of her.

n 0 e s u h a i m i said...

secara tak langsung menaikkan nama yuna...lagu yuna yg jadi faveret aku...deeper conversation...ramai dh minah saleh cover lagu tu..

Chic Na said...

terbaeklah yuna. :)

LYAfrina said...

the croods, cerita y dinantikan asya..
next week kuar panggung, janji nk bawak dia...

hebat yuna, sbb dia dh ke tahap universal.. lg2 myumbang suara utk filem ni

tirahzairi said...

perghhhh....dh mcm minah salleh...best kan die

MystoryPic said...

Anak Melayu yang berjaya mencipta kejayaan di barat....

Ena's Palace said...

rejeki dia...
bagus la..

ArELeEz said...

leez minat yuna! sbb dia len dr yg len tp, humble. xover!

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

terbaekk lah yuna ni

Anonymous said...

Hmm it looks like уour website atе my first cоmment
(it waѕ suρer long) so I gueѕs Ι'll just sum it up what I wrote and say, I'm thoгoughly enjoying yоur blοg.
Ӏ too am an aspiring blog ωritег
but I'm still new to everything. Do you have any tips for first-time blog writers? I'd ceгtaіnlу aρpreсіate it.


my web page: lloyd irvin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...