Tabung Masa Depan ...

Monday, April 15, 2013

AL Kisah Air Zamzam

Kenangan menikmati Air Zamzam waktu melawat salah seorang Uncle En Hubby yang baru pulang
dari Tanah Suci Mekah. Ambik berkat....
( Suka tengok bekas dier, cute & menarik sangat ! )
 

Adik sibuk2 tanya tentang Air Zamzam ini. 
Jadi KA saja kongsi2 info yang ini untuk semua juga.

Telaga Zamzam (atau Zamzam Well, atau Zamzam; B. Arab: زمزم) ialah telaga biasa yang terletak di dalam Masjidil Haram di Makkah, hampir dengan Kaabah, tempat paling suci dalam Islam.
Telaga zam-zam merupakan satu-satunya sumber air bersih dari bawah tanah di Mekah satu ketika dahulu. Umat Islam sangat mengambil berat tentang air zamzam ini untuk air wuduk dan perubatan.
Umat Islam percaya telaga zam-zam ditemui oleh Siti Hajar isteri kedua Nabi Ibrahim a.s dan ibu kepada anak Nabi Ibrahim iaitu Nabi Ismail.Siti Hajar dan anak kecilnya Nabi Ismail kehausan di kawasan gurun kering kontang . Lantaran itu Siti Hajar berlari anak 7 kali antara bukit Safa dan Marwa untuk mendapatkan air untuk anak kecilnya itu. Allah menghantar malaikat Jibrail untuk mengeluarkan air suci dari tengah-tengah padang pasir itu. Lokasinya ialah tempat Nabi Ismail menghentak-hentak kaki dan menangis. Siti Hajar mengepong kawasan mata air itu dengan batu-batu dan memanggil zamzam yang bermaksud 'kepung air'. Ketika itu Mekah belum ada penduduk.
Datuk Nabi Muhamad s.a.w bernama Abdul Muttalib telah menjaga, mengurus dan menjaga keselamatan satu-satunya sumber air di kota Mekah zaman pra Islam.
Perkataan "zamzam" dipercayai berasal daripada ungkapan "zomk-zomk" bermakna "berhenti mengalir" - yang diluahkan oleh Siti Hajar dalam percubaannya menakung air yang berhamburan keluar.
Menurut hadis, Abu Tharr Al-Ghifari, sahabat Nabi Muhammad S.A.W, berkata semasa beliau mula-mula tiba di Mekah pada zaman permulaan Islam, beliau hidup dengan meminum air zamzam selama sebulan.

Kredit Info & More Baca Sini

( N3 AUTO PUBLISH NI )

26 comments:

ummuaidan said...

cara dia hidangkan air zamzam tuh bestkan..mcam ade byk stok..hehe

Kakzakie said...

Maha kaya Allah telaga zam-zam tak pernah kering..

Farah Waheda Wahid said...

nice sharing KA...tapi memang betul bekas tempat letak air zam2 tu nampak menarik hati... ^_^

❤Kamsiah❤ said...

cantik bekas menghidang tu ya KA..

Deqla Manjew said...

mak deqla pun ada camni, bawak blk dari umrah.. mmg cute...

eiela said...

saya suka minum air zamzam.

JaSSNaNi said...

Alhamdullillah.. kita sering di didik dan di sajikan dengan cerita begini sejak kecil.. yang selalu menjadi teladan dan bimbingan.. :) seronok dengar cerita camni..

JaSSNaNi said...

Alhamdullillah.. kita sering di didik dan di sajikan dengan cerita begini sejak kecil.. yang selalu menjadi teladan dan bimbingan.. :) seronok dengar cerita camni..

Nurzakiah Hanum said...

bestnya

Sue-Rya Qistina said...

thanks for info sharing KA.
hari tu masa parents saya pergi menunaikan haji, bnyk jugak air zam zam yg dibawa balik. tapi sekejap je dah habis. hehehe

Knor said...

ada juga baca kisah air zam-zam sgt mnarik.

byk info boleh dpt dr sini..tak pyh tercari2 lg

Dylla Abas said...

nice sharing kak :)

Khai♥Rin : anies said...

dulu ms kecik2, ckp takut nk minum air zam2 ni sbb payau..lani..bla minum releks je...

JunAina said...

Orang dulu2 kalau pergi Mekah depa akan beli cerek tembaga dgn cawan kecik2 tu. Pas tu bila org dtang ziarah depa akan hidang air zam2 dgn cerek dan cawan tembaga tulah selain buah tamar.

Ujie said...

jgn lupa berselawat dan berniat sblm minum air zam zam. :)

ieja amieja said...

suka jg tgk bekas air ni..MIL ada satu..dulu masa balik dr sana hidang air zam2 tu terus je guna bekas tu..nmpk klasik kan..

Haryati Faizal said...

byk kelebihan air zam-zam ni kan...

Mrs Velentine said...

dah lama tak minum air zam zam

nea lopah said...

air zam2 ni mmg sedap..beza dgn yg lain. Lagi satu kalau minum ni, boleh bt kita kenyang.

nea lopah said...

air zam2 ni mmg sedap..beza dgn yg lain. Lagi satu kalau minum ni, boleh bt kita kenyang.

wantie said...

air zam zam memang baik untuk kesihatan. zarah zarahnya snagat cantik..
javascript:void(0)
T baru je call uncle T nak beli air zam zam satu gelen.

Fiza Rahman said...

KAt umah ada air zamzam.

Ibu Lala said...

Kat umah mmg sll ada air ni. Mmg sengaja simpan.

hainom OKje said...

Sekarang nk dpt air zam zam tak yah tunggu org balik mekah kan KA ...ada jual mcm air mineral

Chic Na said...

bila dihidang mcm tu feeling2 dok kat arab. hihi..

n O e s u h a i m i said...

nice info KA..kt umah noe ni ada je air zamzam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...