Tabung Masa Depan ...

Friday, April 05, 2013

Ayat Elak Mimpi Ngeri

Perkongsian Pagi Jumaat Ini...................



(Dari google)

Saya sering terjaga malam akibat mimpi menakutkan. Kadangkala mimpi yang mencemaskan itu berulang beberapa kali. Ada kawan berkata, mimpi yang buruk itu kadangkala boleh menjadi petanda sesuatu yang tidak baik akan berlaku.
Adakah ini benar? Apakah tafsiran mimpi dalam Islam? Bagaimanakah kita boleh mengelakkan mimpi yang buruk?
 
Jawapan :
 
Mimpi sering berlaku ketika kita nyenyak tidur. Dalam Islam, mimpi terbahagi kepada tiga jenis, iaitu mimpi benar pada nabi, seperti mimpi Nabi Ibrahim menyembelih anaknya adalah wahyu Allah, mimpi daripada syaitan dan mimpi mainan tidur.
 
Rasulullah mengajar kita supaya berlindung kepada Allah apabila didatangi mimpi yang menakutkan, dengan menyebut a’uzubillah, membaca ayat Tiga Qul dan sebagainya. Yang dimaksudkan dengan Tiga Qul di sini ialah surah an-Nas, al-Falaq dan surah al-Ikhlas. Serah diri kepada Allah.
 
Selepas itu baru membaca ayat al-Kursi dengan lidah. Kemudian, tidur dalam keadaan suci, berwuduk dan tidak dalam keadaan junub.
 
Perbanyakkan istighfar ketika di tempat pembaringan (tidur). Banyak kaedah yang merangkumi zikir dan kaifiat tertentu yang diajar Rasulullah dalam usaha mengatasi masalah tidur.
 
Kaedah ini berbeza-beza, menurut tahap serius gangguan yang dialami.

Info dari SINI

Moga bermanafaat untuk semua yer !

22 comments:

ummuaidan said...

Bagus amalan tuh KA ..hubby pun sll ingatkan baca tuh sblm tido ..bila sy ngigau dia kata sbb tak baca..heheh

AyueJean AJ said...

Thanks sharing kak KA....
Tetibe teringat arwah kawan AJ....
Dia selalu mengadu dapat nightmare...
AJ suruh dia baca ayat2 ni.....
Rupanya nightmare dia ada maksud....
Dia nak pegi tinggalkan kami semua.....

wahida said...

terima kasih berkongsi...bagus n3 ni...

:: Mrs.Eady :: said...

thanks for sharing..

:: Mrs.Eady :: said...

thanks for sharing..

Ahlam Miera Amirul Shafie said...

memg bagus amalkan 3 Qul 2.. tapi Ahlam selalu amalkan ayat kursi...hehehe

Sheila Salim said...

Assalamualaikum KA, thanks sharing.

Kakzakie said...

Betul kadang mimpi membari petanda tapi kita tak sedar...

Cho Zila said...

tak suka mimpi nak amek periksa.. gabra semacam sebab rasa cam tak baca buku lagi... mset tak dapat jawap...
tuler alkisahnyer.. memang kadang kitani tidur tak sempat nak baca .. macam2ler mimpi keluar...

hainom OKje said...

Bagus sebagai panduan... tapi syukur sebab jarang mimpi buruk!

aTieYusof Family said...

TQ Sharing KA..
sy plak sllu juga mimpi, tapi bila bangun esok nya sy sllu lupa apa yg sy mimpi tu..sllu cuba utk ingat2, tapi samar..

n O e s u h a i m i said...

noe pernah mimpi kena banjir sampai kat hidung..esoknya accident nasib baik x masuk gaung...hubby selalu cakap..noe selalu ngigau panggil nama mak dengan sedih sekali...rindu agaknya..apa yg KA share tu mmg patut kita amalkan..

Bin Muhammad said...

Salam KA...Mimpi kadang kala menyeronokkan tapi mimpi ngeri pasti mahu dielakkan. Bacalah doa dan berzikir disamping ayat2 lazim. Tidurlah dlm keadaan bersih dan suci.

rinduan citarasa said...

kakk.
thanks for syaring.
ayu mmg tgh google ttg mimpi y menakutkan

Fiza Rahman said...

Thanks for sharing kak. Selalu sebelum tido memang saya amalkan ayat kursi & 3 qul. Selain dari kalimah syahadah.

wantie said...

betul tu.. pernah mimpi buaya berturut turut.

tak tau le maksud apa.

Chic Na said...

InshaAllah tak lupa amalkan.

mama aryan said...

bersamalah kita amalkan..pernah juga mimpi yg tidak elok mcm tu

Raudzah Zahari said...

Bila mimpi buruk selalunya mnood bangun adalah sedih..In Shaa Allah kalau kita baca 3 Qul and doa minta yang terbaik..mesti mood bangun lebih baik kan KA...

Mieya Atiera said...

Nice sharing :)

Mrs Velentine said...

tq kak kongsi

Mrs Velentine said...

tq kak kongsi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...