Tabung Masa Depan ...

Friday, April 19, 2013

Azean Irdawaty Kritikal Sama2 Doakan Ye

PELAKON Azean Irdawaty dilaporkan sedang berada dalam keadaan kritikal selepas bertarung dengan penyakit kanser satu dekad yang lalu. Seniwati yang berusia 56 tahun itu dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh, Selangor minggu lalu selepas doktor menjumpai dua ketumbuhan di bahagian otaknya akibat kanser yang makin merebak ke bahagian vaskular tubuh beliau. 


 
Menurut anak lelaki Azean, pelakon TV dan teater Benjy ibunya patut dibedah pada hari Khamis namun pembedahan tersebut terpaksa ditunda pada Isnin depan akibat beberapa kes kecemasan yag memerlukan pembedahan dengan segera.

“Pada mulanya kami fikir tumor yang baru ditemui itu hanya ketulan sel-sel mati sahaja. Namun, apabila doktor mengesahkan ketumbuhan tersebut ‘malignan’, kami  sekeluarga sebulat suara bersetuju untuk ibu menjalani pembedahan tersebut secepat mungkin walau risikonya tinggi,” ujar Benjy.
Kata Benjy, keadaan Azean semakin lemah manakala butir percakapannya sudah tidak berapa jelas.
“Justeru itu, hanya keluarga terdekat sahaja yang dibenarkan untuk melawat ibu demi mengelakkan dari berlaku komplikasi lain. Biarlah beliau berehat dulu sebelum melalui pembedahan nanti,” tambahnya lagi.

Bagi mereka yang ingin menyumbang kepada kos perubatan dan pembedahan Azean, mereka boleh menghulurkan terus ke akaun Azean Irdawaty Yusoef 16240100009490 (RHB Bank).

SAMA2 KITA DOAKAN YER ... HARI INI HARI DIER ! MANA TAU ESOK2 HARI KITA,,,

29 comments:

mama said...

assalamualaikum KA..semuga Allah permudahkan segala2nya..amin..mama suka lakonan kak yan, semua watak yg dilakonkannya menjadi !!..

zulaikha megat said...

semoga Allah mempermudahkan segalanya untuk kak yan..

Ibu Lala said...

Moga cepat sembuh dan dipermudahkan sumenye.

Ann Ishak said...

semoga pembedahan tu nanti berjaya, amin

che mid said...

Salah seorang artis Malaysia yang mengharungi macam-macam dugaan besar dlm hidupnya.. Moga Allah sentiasa disisinya Amin..

Mizz Aiza said...

sama2 kita doakan semoga kak azean irdawaty cepat sembuh.. amin..

NinaAz said...

Smh beliau tabahhhh dan sihat kembali

Nieyl said...

petang td baru terbaca...
kite doakan semoga beliau cepat sembuh....:)Insya'Allah

Knor said...

lama dia sakitkan..

sakit penghapus dosa..sama2 kita doakan,semoga di beri kesembuhan.

Lynn Munir said...

Mudah-mudahan Azean segera sembuh insyallah dan keluarganya tabah menempuh dugaan dari Allah.

adzairdawati makdara said...

ibu mak dara terlalu meminati beliau sampai nama mak dara pun diletakkan sempena nama beliau.. cuma azean je ditukarkan dgn Adza.. semoga beliau cpt sembuh Insyaallah

Papa Mifz said...

semoga beliau sempat sembuh....

Chic Na said...

tu la. sama2 doakan. ;)

MystoryPic said...

Kanser ni memang menakutkan... pembunuh senyap

ummiross said...

Sama2 kita doakan, moga beliau selamat menjalani pembedahan.

AmyZana said...

Lama dah tak tengok dia berlakon. Semoga dia cepat sembuh

ummuaidan said...

moga2 semuanya selamat bg beliau ..inshaallah

BUNDA a.k.a KN said...

sejak kebelakangan ni ramai artis yg uzur , baru2 ni penyanyi veteran azizah mohamad juga sedang uzur..sama2 kita doakan kesembuhan untuk mereka..

Nurul Ain Zulkarnaind said...

semoga baik2 aja

wantie said...

Ya la KA. sama sama lah kita doakan.

azievee said...

semoga cepat sembuh....

n O e s u h a i m i said...

semoga Kak Azean selamat menjalani pembedahan...agarnya semuanya selamat...

Che Rosliza Che Mat said...

Semoga pembedahan berjalan lancar...

mama aryan said...

Moga beliau diberikan kesembuhan

hana hadi said...

sama-sama kita doakan:)

ANNA MARIANA said...

moga azean cepat2 sembuh..

izan mama mia said...

mg masih ada harapan untuknya kembali sembuh..aaminn

Fiza Rahman said...

Smoga dia di beri kekuatan utk melawan penyakit.

Mrs Velentine said...

semoga beliau ada harapan untuk sembuh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...