Tabung Masa Depan ...

Thursday, April 11, 2013

Bila Binatang Pun Tau Hargai Kasih Sayang

Serius, walau dah beberapa kali baca cerita & tengok video ini juga
KA masih ada rasa keharuan & sebak yang amat2 sangat
Tanpa sedar ada air mata yang mula bertakung di kelopak...
Pasti ramai yang dah tengok video ini 
But
KA tetap nak kongsi sekali lagi cerita & video ini dengan kawan2 semua !
Sedangkan binatang pun tau menghargai & menilai erti kasih sayang, 
dan persabahatan
Inikan pula kita yang bernama manusia kan .......

Pada tahun 1969, Harrods dari London, menjumpai anak singa yang tidak pasti dari mana. Harrods kemudian menjualnya. Dua orang anak muda Australia yang tinggal di London, John Rendall dan Anthony Bourke, membelinya dan memeliharanya di apartmen mereka.

Namun begitu dalam waktu setahun singa yang diberi nama Christian itu membesar dengan cepat. Rendall dan Bourke merasa tidak sesuai lagi memeliharanya di apartment. George Adamson, seorang yang bertugas di Kenya menyarankan supaya Christian dilepaskan sahaja ke hutan di Kenya. Rendall dan Bourke setuju.

Setelah setahun mereka berpisah dengan Christian, Rendall dan Bourke pergi ke Kenya menemui Adamson. Mereka ingin membuat video dokumentari tentang Christian, jika bertemu. Adamson membawa mereka ke tempat Christian tinggal namun dengan sedikit peringatan: Christian sudah menjadi singa yang liar, mengetuai kumpulannya dan tidak mungkin akan mengenali mereka lagi kerana sudah lama berpisah.

Walau bagaimanapun jangkaan itu meleset kerana sebaik saja Christian melihat John dan Ace, dia mengambil masa untuk mengecam dua orang bekas tuannya itu sebelum berlari untuk memeluk bahu mereka seperti sewaktu ia masih di London. Pertemuan semula Christian dengan tuannya telah dirakamkan dalam bentuk video dan masih menyentuh hati berjuta orang dari seluruh dunia

  "He ran towards us, threw himself onto us, knocked us over and hugged us, with his paws on our shoulders." (John Rendall)
( Share Dari FB )

20 comments:

Nurzakiah Hanum said...

apa tah lagi manusia kan

Kakzakie said...

Naluri kasih ada pada binatang tanpa diduga...

ummuaidan said...

Betul kata KA..terharu tgk video nie..nak menitis gak air mata nie...;)

Deqla Manjew said...

nice entry.. setuju.. haiwan pasti akan kenal tuan yg pernah merawat dan mejaganya..mereka pun tahu membalas budi...teringat cerita life of pi.. hihi.. ;)

Sue-Rya Qistina said...

ada tgk psl ni kat dokumentari dulu. binatang pun ada sifat kasih sayang juga.

AyueJean AJ said...

AJ 1000 kali tengok, 1001 kali nangis kak......
Walaupun tak dengar audio dia......

ieja amieja said...

alangkan haiwan pun boleh cam tuan dia dulu..nilai kasih syg yg tebal ada pada naluri haiwan..tiba2 teringat lak video budak2 samseng belasah rakan sebaya ..apa kes tu..manusia yg Allah bg akal fikiran pun x reti nak nilai erti persahabatan n k/syg sebalik nya dia lak peel jd haiwan..sedih!!

NurSalihah Norman said...

terharu! comeyyy sgt huhuh :)

Bin Muhammad said...

Berulang kali sudah lihat vid ni..tp tetap menyentuh hati. Binatang pun mengingati jasa tuannya.

Fiza Rahman said...

Touching.

Ratu Hatiku said...

pernah gak tgk sblm nie...mmg terharu btl..x sangka binatang pun tau sayang tuannya walaupun setelah sekian lama ditinggalkan.. kenapalah sesetangah org xtau hargai nilai kasih sayang...ermmmm

MargeGoh said...

Saya suka video ni....balik2 tengok tak bosan. Tiap kali tengok meleleh air mata. Thanks for sharing.

bunga_rose said...

pernah tgk video ni.. mmg touching la tengok.. tak sangka kan singa tu still kenal tuan dia

ALoNa CintamaniszLite said...

sy suka tgk filem dan dokumentari psl haiwan, hehe..

faraherda.razalan said...

Sy tau yg ni. Sy tau sgt...sbb dulu pnh gak baca psl ni. Mmg boleh bt sy nanges......

ummiross said...

terharunya tengok video ni walaupun dah pernah tengok sebelum ni dalam national geographic.

Mrs Velentine said...

tak dapat tengok video,.kalau tengok video mesti rasa sayu jer

Mrs Velentine said...

tak dapat tengok video,.kalau tengok video mesti rasa sayu jer

n O e s u h a i m i said...

sedih je tengok...ingat lagi dia kat tuan dia...

hainom OKje said...

adoi KA dah melinang air mata ni sedih banget....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...