Tabung Masa Depan ...

Monday, April 22, 2013

Cerita Angkasa Lepas Versi Adik


Semalam Adik tunjukkan KA draf lukisan dier ini
KA tanya apasal kali ini lain pulak
Adik jawab "Yang ini cerita Angkasa Lepaslah Pulak"
En Hubby kat sebelah mulalah sibuk tanya Adik
Apa yang dilukis satu persatu
Adik mulakan dengan yang ini
 
 Adik tanya "Yang ini apa  ?"
En Hubby jawab "Entah, macam gambar tahi bintang x jadi aje ni !"
Cepat2 Adik jawab balik " Eeee Abah ni, yang ini meteor, meteor tahu tak "
En Hubby balas balik  " Samalah tu !"

 Adik tanya lagi " Yang ini apa Abah ?"
En Hubby jawab " Ini Roket lah "
Adik terus kata " Ini memang senanglah, kalau Abah tak tau juga, Adik tak taulah !"
KA selamba je kata " Dan2 je Adik lukis roket , macam tau2 je pilihanraya !"
Adik diam dan jawab balik " Eee tak fahamlah Umi cakap apa !"
Lepas tu Adik terangkan pulak
"Yang ini ada gambar bintang jugak...  tapi yang ini planet apa !"
KA tak tengok gambar tapi terus je jawab " Musytari !"
Adik cepat2 tunjuk gambar kat KA sambil kata " Ini planet Zuhal "!
KA pun cepat cakap " Musytari tu pun planet jugak !"
Adik jawab balik " Yelah bumi pun planet jugakan, tapi yang ini Zuhal lah Umi  !"

 KA tanya kat Adik
"Mana Adik tau semua ni"
Selamba aje Adik jawab
" Cikgu ada cerita sikit2 kat Sekolah, lepas tu Adik fikir2 sendiri, Adik lukislah !"
'Oooooo..." KA balas jawapan Adik

Tiba2 pulak Adik bagitau KA macam ni
" Adik rasa Planet Musytari ni Lelaki lah  Umi !.
KA tanyalah  "Kenapa pulak "
"Sebab kat sekolah Adik ada cikgu lelaki nama dier CIKGU MUSYTARI "  jawab Adik pendek
He He He Adik2, umur baru je genap 7 tahun pikirnyer macam2 !  

32 comments:

Nurzakiah Hanum said...

best2

saffiya_aleesya @ echa said...

hahahha planet lelaki..lawak laa adik ni. kanak2 kan bercakap ikut ape je yang terlintas di otak..

Sheila Salim said...

Assalamualaikum KA, comelnya adik. ada sifat kelakar dalam diri dia. hehehe pandai budak zaman sekarang kan. advanceeeeeeeee :)

Amanda Suria said...

hahahha...mcm2 la adik ni...budak zaman skrg very advanced kan KA...

Qhaifa Nur said...

pandai adik ni...
sama dengan nama cikgu he..he..

MargeGoh said...

Adik bijak & berbakat orangnya.

faraherda.razalan said...

Heheheheh...comelnya adik. Bijak betul die. Lukis pun ctk je. Kelakar pun ade gak bile baca entri KA ni. Cikgu Musytari? Unik betul nama cikgu Adik tu...

Ibu Lala said...

ha ha ha kelakar la adik ni. nama cikgu sama ngan nama planet ye..

Cikgu Ma said...

kemain dia...hihiihi

Acik Erna said...

KA tu yang seronok tu..buat kita teringat2 dan kerinduan nanti

Lelaki Ini said...

hahahahah
adik2!
musytari tu memang lelakilah adik.
hahaha

nea lopah said...

planet pun ada jantina yer? hehehehe

||aLeaSaRa|| said...

slm sggh dr bw trs terjah sini.hahahhaa uniknya nama cikgu tu...kelakar btllah anak sis ckp planet tu lelaki.

Daddy Ziyyad said...

imaginasi kanak2, mmg fantastic....lagi bagus kalau kita terapkan nilai ilmu di dalamnya...bawa Adik ke Planeterium/ Petrosains..mesti dia lagu teruja ;)

azievee said...

Amboi bijak nyer nak KA...Dah meneroka ke Angkasaraya ekkk...

makchaq said...

Anak2 sekarang bijak2... banyak memabaca dan banyak pendedahan..

Makchaq masa darjah 1 apa pun tak tau rasanya...

wantie said...

serious kelakor KA. tak tahan ketawa sampai ngalir air mata ni. ha.. ko.

san kat planet tu . tetiba di jantinakan oleh adik. sian pulak kat cikgu tu di planetkan oleh adik.

kalau la cikgu tu tau. hahahahahaha
adei.. kelakor kelakor kelakorrrrrrrr

Zira Aziz said...

..cantik lukisan bdk umo 7 thn ni..ni ade bakat jd pelukis ni..

Knor said...

bijak2...kecik2 dah tau mcm2 planet..

LYAfrina said...

dialog last tu sungguh kelakar..
wahh..bgus sgt imiginasi dia..

Nastyna said...

Hahahhaa ending selalu kebabom. Adoi macam2 la adik.

Mieya Atiera said...

hehehe.. ade ke samakan manusia dengan planet? adik oh adik

TiranaAduka said...

salam sis ka
Pandainya melukis .tapi kalu nk bg meriah diwarnakan lg nampak cun!

hainom OKje said...

Bagus sebenarnya kalau budak kecik suka berimaginasi ni...

mama aryan said...

hahaha...adik ni memang kelakar lah

n O e s u h a i m i said...

muakakakaka...lelaki upanya musytari tu..

Haryati Faizal said...

bagus jugak dia praktis apa yg dia belajar kat sekolah...

bunga_rose said...

comelnya... bijak betol, baru umur 7 tahun tu...

MaMa Rey said...

hehehe..suka baca citer ADik ni..bijak betul la..

yg last tu paling best..hehehe

Fiza Rahman said...

Ekekeke...adik ni klakar lah. Tinggi imaginasi...bijak.

Mrs Velentine said...

adik ni berbakatlah

AyueJean AJ said...

Hhahahahahha....
Tang planet tu berjantina tu yang AJ gelak..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...