Tabung Masa Depan ...

Tuesday, April 09, 2013

Class Silat Pertama Adik

Ini cerita Malam Sabtu lepas
Adik beria2 suruh hantar ke kelas
KA tanya kelas apa malam2 ni
Cepat je Adik bagitau, Dia dah join Kelas Silat Yang ini 
SILAT GAYUNG FATANI
 Aduhai sah2 dah terlupalah KA
Tentang ini !

( Abaikan gambar2 kabur yg diambil dari jauh by HP Cap Ayam KA malam itu )

Kelas dimulakan dengan bacaan AL- Fatihah

Dari jauh, KA nampak ADIK duk bersembang dengan rakan2dier

Balik Adik terus hulur kad ini sambil pesan
" Jangan lupa bayar tiap2 bulan yer UMI ! " 
 Hari2 duk praktis lah Adik sekarang ni... Ser! Ser! Ser ! Ser! 
KA sedang terfikir2 ni
Ser tu "Serang ker apa makna dier ha ....hehehe "
Paling x boleh tahan bila Adik kata 

" Berdebarnyer kalau orang panggil buat persembahan bila ada kenduri kahwin nanti "
Hrmmm... ada hati jugak tu !

INFO SILAT GAYUNG FATANI DI SINI

Seni Gayung Fatani merupakan aliran Silat Melayu yakni silat tempatan atau Seni Silat Melayu Tradisi Semenanjung dari yang serumpun dan sebenih dengannya, seperti yang diamalkan oleh masyarakat Melayu di Semenanjung Tanah Melayu dan daerah yang sempadan dengannya, dikenali sebagai Silat Pulut atau Gayung Pulut.PSGFM telah berjaya meningkatkan mutu pendidikan silat tradisi gelanggang bangsal kepada kurikulum silat yang telus dan setara serta mengekalkan keaslian Silat Melayu versi Malaysia. Silat ini telah didaftarkan dengan nam Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia. Perkhidmatan pendidikan silat PSGFM telah melalui evolusi iaitu bermula dengan kurikulum silat tradisi gelanggang bangsal, pada 1986 Kurikulum Baru PSGFM dan pada 2002 diperkenalkan Kurikulum Seni Silat Malaysia (KeKKWa/KPM/Pesaka Malaysia) yang diasaskan dan disusunkaqn oleh Tn.Hj. Tn.Hj.Anuar Abd.Wahab AMN) Kurikulum silat ini telah disusn semula dan diperturunkan kepada PSGFM, dinamalan kurikulum silat PSGFM moden piawai 2002. Kurikulum silat ialah ilmu silat atau kandungan pelajaran silat yang disusun bagi mewujudkan sukatan pelajaran silat 7 tajuk pada 7 peringkat. 7 tajuk pada ialah Bunga, Jurus, Belebat, Tapak, Buah, Tempur Seni dan Tempur Bela diri. Tujuh peringkat ialah Anak Gelanggang, Pesilat Remaja, Pesilat Perkasa, Pesilat Muda, Pesilat, Pendekar Muda dan Pendekar. Kurikulum silat meneruskan amalan pergendangan silat Melayu (muzik silat baku Malaysia) dan mengekalkan gerak, kaedah, rupa dan bentuk keaslian silat Melayu tradisi Semenanjung. Dengan itu kurikulum silat dapat mengisi seluruh aktiviti, pengetahuan dan kemahiran bersilat seperti silat pulut, silat buah, silat tempur, silat sukan dan Silat Kerohanian. Kurikulum seni silat Malaysia pernah diperturunkan kepada lebih daripada dua 200 guru silat dari perlbagai perguruan silat di Malaysia dan 33 orang daripadanya telah mencapai peringkat Pendekar Muda. Mulai tahun 2008 seluruh gelanggang tradisi, gelanggang umum atau kelas silat PSGFM hanya menggunakan satu sistem perkhidmatan pendidikan silat iaitu kurikulum silat PSGFM moden piawai 2002.
SUMBER DARI SINI 

( N3 AUTO PUBLISH )

20 comments:

Nurzakiah Hanum said...

wow

BUNDA a.k.a KN said...

so umi jangan lupa tau bayar tiap2 bulan..

maszmadi said...

semangat nak buat persembahan tu..... hehe

Rinna said...

Wahh bersemangat waja adik yer bersilat.. :)

Hilmirda Daud said...

Amy pun ingat nak antar anak2 gi belajar silat... entah bilalah agaknya.

Bin Muhammad said...

Bagus...budaya bangsa jgn dilupakan, Bukan kekuatan yg menjadi buruan tapi kekuatan dalaman dan keteguhan iman yg diterapkan didlm silat.
Ser...ser..seribu pengertian...hehe

MargeGoh said...

Hehehe comelnya Adik. Best jadi budak-budak. Tak payah kluar duit. Suruh parents jah yang settle :p

kasihredha said...

ser ser ser
hihi
bayar jgn x bayar

ummiross said...

hehe..dah terfikir pasal nak buat persembahan dikenduri kawin ye, sweet je kan budak2 bila bercakap, ikhlas je.

Cinta Misteri said...

wahhh... bagus KA. belajar mempertahankan diri, nnti boleh protect diri dan keluarga

che mid said...

Teringat Che Mid kecik-kecik dulu, pun masuk silat. Namanya Silat Cemandi kalau tak salah, sejenis silat Jawa. Lepas tu emak suka promote utk buat silat pengantin.. bila orang dah tau, sana sini ajak buat silat pengantin.. silap2 time pakai baju kurung pun pernah ha ha

Chic Na said...

wahhh adik pandai silat lah. bagus utk perlindungan diri.

MystoryPic said...

ok la tu... teknik mempertahankan diri penting sekarang ni... takder la teruk kena buli nanti. Kalau ada org buli adik ... bagi sebiji...

ANNA MARIANA said...

bestnya belajar silat..

KY said...

eeemm...adik terus fikir tentang masa kedepan tu heeee, KY juga pernah belajar silat..

Knor said...

TAK LAMA LAGI PANDAILAH DIA BERSILAT..

TAK TAKUT DAH JLN DGN DIA..

Fiza Rahman said...

Cayalah adik. Nnt bley ajar umi silat.

ALoNa CintamaniszLite said...

caiyok adik..caiyok...

anak2 sy..angah ngan akiss dh berhenti taekwando sbb masuk sekolah berasrama. Sy kata kalo ada persatuan taekwando kat sn..gi laa masuk..leh sambung kat dlm tu pulak..tp sian, dh penoh..

mama aryan said...

rajin adik masuk kelas silat gayung ye..

Mrs Velentine said...

wah adik dah fikir sampai ke situ mmg dia dah betul2 lah tue seriusnya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...