Tabung Masa Depan ...

Friday, April 19, 2013

Hukum Anak Dalam Sebak

BILA JIWA DIHAMBAT RASA BERSALAH ......
Sebagai ibu bapa kita sentiasa mahukan yang terbaik untuk anak2 kita
Dan kadang2 terpaksa menerima apa juga kelebihan dan kekurangan mereka
Tidak pernah terlintas di hati untuk menghukum anak2 sedemikian rupa
Kerana kasih sayang dan naluri keibuan kita yang mengandung dan melahirkan mereka 
Sesuatu yang tidak pernah KA lakukan selama ini sebenarnyer
Kerana KA tidak percaya dengan cara hukuman sebegini sesugguhnnyer
KA lebih percayakan pendekatan secara berhikmah, teguran & amaran
Tapi apakan daya andai silap yang dilakukan itu telah dikira besar juga
Dan dalam keterpaksaan terpaksa untuk menjatuhkan hukuman juga
Walau dada sebak menahan waktu hukuman dijatuhkan
Satu hukuman yang dikenakan
Sebenarnyer bagaikan satu tusukan sembilu yang menghiris jiwa kita
Bergetar rasa menahan kesedihan
Tapi sesungguhnyer KA harap dier faham 
Hukuman adalah kerana KA sayang bukan kerana kemarahan
Dan harap dier belajar dari kesilapan & satu tanda peringatan !
Andai kuasa di tangan KA
Mahu saja KA putarkan masa agar kesalahan itu tidak pernah wujud & dilakukan !
Atau sekurang2nyer ada sistem untuk memadam cerita2 semalam ...............

( Dari google )
Walaupun merotan atau memukul anak ini dibolehkan, ia perlu menepati beberapa panduan dan syarat berikut:
5 Syarat Dalam Islam Untuk Pukul Anak
  1. Tidak dipergunakan hukuman ini kecuali jika tidak ada cara lain lagi.
  2. Pendidik tidak boleh memukul ketika dalam keadaan marah, sebab dibimbangi akan membahaya dan mencederakan anak.
  3. Tidak memukul pada bahagian-bahagian yang menyakitkan, seperti wajah, kepala dan dada.
  4. Pukulan bukanlah bertujuan untuk menyakitkan, tetapi sebagai pengajaran.
  5. Tidak boleh dipukul anak yang berumur di bawah sepuluh tahun. Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w :
“Latihlah anak-anak kamu bersolat ketika usianya 7 tahun , dan pukullah mereka (jika tidak mahu menunaikan solat) diwaktu telah berumur 10 tahun, dan pisahkanlah tempat tidur mereka (antara lelaki dan perempuan)” (H.R Abu Daud)
Walaupun ada syarat dan pukulan itu dibenarkan, harus ingat bahawa hukuman ini hanya boleh diberikan jika telah dilakukan nasihat, teguran dan diberikan amaran akan apa yang mereka lakukan.
Kita perlu berhikmah dan sabar dalam mendidik anak-anak, silap didik mereka tidak akan menjadi apa yang kita harapkan iaitu menjadi anak yang soleh.

Kredit HasrulHassan.Com
 
Moga bermanafaat untuk semua .
Akan terus mendoakan yang terbaik untuk anak2 ALONG, ANGAH DAN ADIK
Di Dunia & Akhirat .............. 
( Rasa nak nangis aje buat N3 ni ! )

20 comments:

anitaare said...

Anak-anak itu ujian Allah untuk kita..maka kita sebagai ibubapa kenalah ada ilmu untuk mendidik mereka..dan ilmu utk anak2 kita kena pelajari bukan hanya sekadar ikut-ikutan cara org dulu2 mdidik anak..yg terbaik ikutlah cara Rasulullah SAW..
Syabas KA..n3 yg amat baik utk semua

wantie said...

T mengaku, kalau org lain tak merotan anak. T memenag merotan Amirul tu. Tapi harus rotan dengan rotan. bukan dengan tali pinggang dan benda lain. Ini petua bapa T.

T memang rotan anak, tapi T rotan kat betis dan tapak kai sahaja.

bagi T la kan KA, situasi KA sekarang ni kan... jgn sedih atau rasa bersalah. Ini tanggungjawab. kalau tak sanggup buat sekali dalam hidup pun tak pa. sebagai pengajaran tuk anak. Idak le dorang ingat yang dorang buat la salah mcm mana pun, ibu tak kan pukul punya. paling tinggi berleter.

biar kita sebak sekarang jgn sedih dan meraung di kemudian hari.

T masih berpendapat, merotan dengan kaedah yang betul dalam mendidik. cuma penampar tu memang tak boleh dan tak sesuai.

mak T cakap " tampar muka anak akan sebabkan anak menjadi semakin ganas".

misz sheyla said...

sabar la..mane2 ibu pun rase menangis kot lepas diorang pukul anak

Asmar Arafad said...

sya pun nak nangis jugak nie...hu..hu..

eB said...

aduyai. mmg eB dh wat slh. hu3

Ati Masrif said...

pernah baca sunat dlm islam gantung rotan
di dinding rumah tapi kita mmg tak sanggup
nak beli rotan sbb time marah takut hilang pertimbangan
kalau marah sgt...hangerlah jawabnya
tapi lepas tu menyesal...

Haryati Faizal said...

setuju jugak ngan komen wantie...
mcm yati pun anak yg 1st br 7thn so, byk sgt dugaan yg diterima... nakal mang nakal...budak2 biasalah.

hubby kata kdg2 kena pukul jugak bila anak buat salah, bukan bermakna kita tak sayang tp lebih kepada pengajaran... pukul tu tanda dia buat salah dan klu blh jan buat lagi...

Zana Adieyza said...

memang kadang2 rasa bersalah atas hukuman yg kita buat.. tp kalau tujuan utk mendidik agar menjadi yg terbaik, insyaAllah akan dipermudahkan Allah..

LiLy @ MaMaQiStInA said...

memang banyak cabaran kita sebagai ibubapa dalam membesarkan anak2...kesabaran selalu teruji...bila kita pukul mereka tak bermakna kita tak sayang tapi sbg pengajaran buat mereka...

Kakzakie said...

Sebenarnya memang tak salah merotan/memukul anak tapi kakak mungkin dilahirkan dari keluarga yg tak memukul anak lagipun kami susah dapat anak itu yg jegil mata dan suara yg kami guna. Rumah kakak ada rotan tapi kakak pukul ke meja/dinding/lantai. Bunyinya pun mereka dah takut kan...

Qhaifa Nur said...

KA rotan kat rumah tu dah 2 kali tukar baru..bukan sebab merotan anak tapi lepaskan geram kat meja, kerusi samalah dengan Kakzakie..
kalau saya nak rotan memang tak sampai hati...lain pula dengan hubby tapi rotan kaki ke bawah saja...

Zura@Iwan said...

sabar ye KA>..kita kdg2 marah anak utk kbaikan...

sy ni tk bijak nk nasihat..sbb br pertama kali bgelar ibu...dh masih lg bljr...tmbh2 irfan tu kecil lg..umor dia mmg time nk xplore mcm2..kdg2 mmg tensen,...tp sbr sggh...budak2 aktif....gitu la..

Dylla Abas said...

kdg2 kalau rasa marah dgn anak buah..mmg tgn ni laju je nak pukul dia..tapi nasib baik boleh kawal lagi..harap2 tak buat dekat anak sendiri nnt..nice entri sis :)

AyueJean AJ said...

AJ belum ada anak kak..
Tak dapat rasa...
Tapi AJ percaya, nanti dia sendiri akan faham kenapa ibubapa rotan dia...

Mooniqueen said...

kalau anak umur 2-3 tahun patut ke dapat hukuman?ikutkan diorg masih tak berakal tp kdg2 kenakalan diorg buat betul2 hilang sabar...MQ slu berdoa jgn la aku cepat marah n pukul anak..

ArELeEz said...

syg anak tangan2kn katanye kn.. tp, b'pada! jgn smpi m'dera.

Lynn Munir said...

Beritahulah kesalahan mereka sebelum memukul dan pukullah dengan berhemah.
Pepatah ada berkata' sayangkan anak tangan-tangankan' tapi bukanlah bermaksud 'tangan sampai pengsan'. Berpadalah dalam menangani sesuatu perkara dan moga kita semua mendapat keampunanNYA.

Chic Na said...

bermanfaat utk masa depan. ;)

Fiza Rahman said...

MEndidik anak perlukan kesabaran yg tinggi. Nak plak anak2 dalam zaman yg seba moden nih. Saya pon tak terlepas dari memukul dirang kak. Tapi pukul2 manja gitu. Kekadang sebab terlampau marah sgt, tak sedar tgn tu cepat sgt naik. Lepas tu baru rasa bersalah.

Semoga kita diberi kesabaran yg tinggi dlm mendidik anak2.

Mrs Velentine said...

MV pun kdg2 kalau dh terpukul mmg nangis sendiri masa pukul tue..huhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...