Tabung Masa Depan ...

Wednesday, April 03, 2013

Penjagaan Pokok & Kebaikan Limau Kasturi

Yang ini POKOK LIMAU KASTURI ...
Ditanam En Hubby KA dilaman rumah
& ianyer memang sentiasa berbuah lebat, sepanjang masa ! 
Limau kasturi ini, selain sedap dan enak bangat kalau dibuat air,
Juga memang meletop abis, kalau diperah waktu buat sambal belacan.....
Memang banyak kegunaan buah Limau Kasturi ni. Sebab tu En Hubby
 memang menjaganyer dengan cukup2 rapi.  
Even nak memetik buahnyer pun, En Hubby hanya gunakan gunting saje.  
Supaya ianyer tak rosak dan akan menghasilkan buah yang lebih banyak dan baik lagi !
Dan 
Bunga2 orkid KA jadi mangsalah, bila ditumpang sangkutkan pada dahan2 pokok,
Untuk memastikan pokok limau kasturi ini rendang sentiasa.....
Kadang2 bila terlalu berlebihan buahnyer, dapatlah dijual juga
Selain jadi rezeki jiran2 kami..........


Rasanyer, KA ada buat N3 petua dengan mengggunakan limau kasturi ni.  Dan yang ini tambahan 5 petua lagi,  yang KA perolehi dari pembacaan di internet.  Kongsikan bersama yer !

Antara Kebaikan Limau Kasturi

1. Mengurangkan Lelah
- Ambil sesudu madu. Kalau boleh madu asli. Kemudian, campurkan dengan 5 titik jus limau kasturi.
- Minumlah campuran madu dan jus limau kasturi tadi.
Anda boleh meminumnya pada bila-bila masa walaupun ketika tak mengalami lelah. Tapi cukuplah anda mengamalkan cara ini seminggu sekali.

2. Melegakan Pening Kepala
- Ambil sebiji limau kasturi dan potong sedikit di bahagian atasnya.
- Kemudian, picit kulit limau kasturi tadi sehingga cecairnya keluar. Pastikan anda menghalakan cecair tu ke arah hidung semasa ia terpancut.
Sebagai tambahan, anda juga boleh memakan kulitnya secara mentah. :)

3. Mengatasi Masalah Badan Berbau
- Amalkan selalu memakan kulit limau kasturi secara mentah.

4. Menyembuhkan Sakit Tekak
Biasanya ia digunakan bagi menyembuhkan sakit tekak akibat lendir dan kahak.
- Bagi orang dewasa, anda campurkan jus limau kasturi dengan sedikit lada hitam.
- Kacau campuran tu hingga rata dan minum.
- Jika kanak-kanak pula, anda boleh campurkan jus limau kasturi tu dengan sedikit madu lebah. Tujuan menggantikan lada hitam dengan madu adalah untuk mengelakkan daripada kanak-kanak tu mengalami kepanasan.

5. Menghilangkan Kesan Minyak pada Pakaian
- Perahkan sebiji limau kasturi ke dalam piring.
- Campurkan perahan limau kasturi tadi dengan sedikit garam.
- Kemudian, gosokkan campuran di atas pada bahagian pakaian yang terkena minyak.
- Lepas dah gosok, biarkannya selama 5 hingga 10 minit. Kesan minyak tu akan hilang nanti.
Akhir sekali, barulah anda basuh pakaian tadi bersama dengan pakaian lain macam biasa.

22 comments:

ZazaMyMoon said...

sharing is loving.. trima kacih KA =)

Asmar Arafad said...

thanks for the info, berguna...

nor laila said...

as salam...singgah pagi rabu...syoknya ada pokok limau kasturi...teringat saya pada pokok limau kasturi saya yang saya tinggalkan di rumah sewa lama saya...masa saya tinggalkan...buahnya sungguh lebat walaupun saya hanya tanam di dalam pasu...

Bin Muhammad said...

Ada tanam, baru setinggi 2kaki, berbunga lebat tapi jarang lekat. Masalah utama, sering daun mudanya di makan ulat.

Norhaizan hakim said...

Teringat pokok limau kasturi emak dikampung..buahnya memang lebat sampai bertaburan di tanah..

❤Kamsiah❤ said...

buah seribu guna...samada utk luaran atau dalaman badan...suka buat jus campur asam boi..

bunga_rose said...

kami 3 beranak mmg tengah sakit tekak, batuk berkahak ni, boleh try la petua yg KA bagi tu.. thanks share

Farah Waheda Wahid said...

kat rumah tanam jugak ni kak...tapi tanam dalam pasu la... sebab tak banyak kawasan... senang...kalau nak pakai limau kasturi amik jer...x yah nak gi kedai beli... ^_^

aTieYusof Family said...

Suka perah air limau nipis ke dalam sambal kicap.. campur teh pun sedap..:)
Banyak kebaikan limau kasturi ni kan?

boni kacak said...

limau kasturi boleh menghilangkan lelah? wah.. bagusnya...

faraherda.razalan said...

Punyalah byk jugak khasiat limau kasturi ni. Buat air pun sedap. Msk smbl pun sedap. Bt sambal belacan, lagiiiiiii sedap. Heheheheh!

Ibu Amirul said...

Banyak kegunaan limau kasturi ni rupanya

lizz said...

saya selalu kalau sakit tekak memang guna limau kasturi perah airnya campurkan dengan madu...

are_lin@yu said...

wahh mmg rjin ni..dh bsar pokok tu..

N.Aima K said...

boleh jimat banyak kalau tanam pokok limau nih

wantie said...

kalau mak T le. batuk tak mo hilang. Dia perah limau ni campur ngan kicap. minum.

kekadang T buat jugak. sebab T tak suka ubat batuk. lepas minum terus laloq

mama aryan said...

memang sedap limau kasturi ni,dulu2 suka makan dgn asam boi..

ALoNa CintamaniszLite said...

semua limau ada baunya tersendiri, kan..
kalo limau nipis...lain bau dia. Kalo limau kasturi...lain sket bau dia..dan paling ketara limau purut, hehe..

hainom OKje said...

Kat kg banyaklah jugak pokok limau ni ...kat kebun....tapi kalau balik kl tak pernah jugak ambik...hehe malas nak petik!

Myra Jay said...

MJ suka minum airnya :D

9n0L4 said...

mak oiii. meriahnye buah die. :)

Fiza Rahman said...

Banyaknya buah. Dpt makan dgn asam boi sedap ni kak.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...