Tabung Masa Depan ...

Thursday, April 11, 2013

Resepi Sama Tapi Tak Serupa

Kadang2, bila pening memikirkan lauk apa yang dimasak, KA selalu buat benda2 yang simple2 macam ni, Sebab, sedap sangat bila dapat makan dengan nasi putih yang panas2.  Tak payah banyak lauk dah, Gorengkan aje ikan ataupun ayam, memang jadi pasangan makanan yang perghhhhh paling sedap ! Bahan2nyer juga simple yang amat2.  Dah kita ni lahir bawah pokok pisang, memang biasalah makan lauk pauk kampung macam ni. He He He

YANG PERTAMA :  PUCUK UBI GORENG PEDAS

YANG KEDUA : BETIK MUDA GORENG PEDAS

Bahan2nyer sama aje, cuma bahan utama aje yang beza 
Samada guna daun pucuk ubi atau betik muda  

Bahan-bahan...

  • 1 biji betik muda /  Beberapa ikat pucuk ubi
  • Sedikit ikan bilis atau udang kering ataupun telor  
  • 5 ulas bawang merah (ditumbuk)
  • 2 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • 10 biji cili api (di tumbuk - boleh dikurang/tambah ikut suka kepedasan)
  • Sehelai daun kunyit
  • Sebatang serai ( di ketuk  aje )
  • Minyak utk menggoreng & menumis 
  • Garam/gula secukup rasa
Cara-cara
  1.   Ikan bilis/udang kering dicuci bersih, goreng hingga garing dan ketepikan 
  2. Kalau gunakan telur, agak2 nak masak pecahkan telur tersebut.
  3. Tumiskan bahan tumbuk hingga wangi dan garing. Masukkan daun kunyit, serai .
  4. Kemudian masukkan cili api, tumis sampai pecah minyak.
  5. Kemudian masukkan betik muda/pucuk ubi tersebut hingga agak2 empuk dan masukkan bilis/udang kering yang telah digoreng tadi
  6. .Tambahkan garam/gula. Gaul sebati.
  7. Boleh dibuat sambal kering atau tambahkan air kalau berkuah sedikit.
  8. Taraaaa.. Dah siap untuk dihidang ..............SELAMAT MENCUBA 

36 comments:

lelamaisara said...

SAYA SELALU AJE MASAK YG SIMPLE MACAM NI..:)

Myra Jay said...

1st time tengok masakan berasaskan betik muda ni ;D

MargeGoh said...

Ummph sedapnya! Sememangnya yang simple tu adalah yang terbaik. Makan nasi putih dengan telur dadar goreng & ikan masin pun sedap. Laparnya.....

AyueJean AJ said...

Pucuk ubi tu memang AJ suka lah..
kalau tang betik muda tu, AJ tak tau lah...

adzairdawati makdara said...

perghhh terus rasa lapor

Farah Waheda Wahid said...

hu hu hu.... 2-2 tu Farah x pernah makan... Pucuk Ubi dan Betik Muda tu kenal dan tau... mama ada masak...tapi saya yang x makan... ekekekeke...

Haryati Faizal said...

lama tak makan pucuk ubi masak lemak...

nazeef nazeem said...

sedapnyer KA..terliur mak buyong dah nih..ish ish..mana nak dapat nih..kene balik kampung minta mak masak kan nih

nazeef nazeem said...

sedapnyer KA..terliur mak buyong dah nih..ish ish..mana nak dapat nih..kene balik kampung minta mak masak kan nih

❤Kamsiah❤ said...

tak pernah masak mcm tu...pucuk ubi biasanya masak lemak ja...betik muda tak pernah makan mcm tu

Nurzakiah Hanum said...

lapar terus tgk makanan

ummiross said...

Perghh!!!, pekena dengan nasi panas ni memang sodap!!

Riedaffya ibrahim said...

dua2 nampak sedap..

makchaq said...

Kalau kat rumah makchaq, yang simple lebih mendapat tempat dari yang canggih2.. maalum la.. makchaq sentiasa hidangkan yg simple sampai anak2 pandai makan yg simple ja...he he

LiYa HaNiF :: said...

dah le tak lunch lagi nie.... ni yg rasa nk tolak je semua keje ni ketepi pastu nk makan je hehe

boni kacak said...

yang betik tu saya tak pernah cuba lagi..sedap ke??

Sue-Rya Qistina said...

perggghhh..terangkat klau makan ngan nasi panas2!!
saya selalu buat betik muda masak asam je, x pernah try yg ni lg

ANNA MARIANA said...

wah,, sedapnyaaa..... >,<

N.Aima K said...

nyum nyum meh

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

samalah kita KA, lahir bawah pokok pisang jadik memang sukalah lauk2 kampung ni.. tapi kalau teman serumah lahir bawah pokok stroberi kenalah ikut rentaknya juga, hihihi

Qhaifa Nur said...

betik muda goreng pedas tak pernah makan lagi...
nampak sangat sedap ni, kalau nur pasti nak cuba makan...

JunAina said...

KA kat tempat Aina kalau betik muda tu buat masa bening atau kerabu je dak pun masak lema...sedappp...

Mrs Velentine said...

sedapnya kak..terutamanya pucuk ubi tue

Mrs Velentine said...

klik2 sini

Norhaizan hakim said...

Saya pun 1st time tahu menu betik muda tu..

NurSalihah Norman said...

uuihhh, sedapnya. akak buat saya terliur lah heheh...

KY said...

2 2 KY tak pernah makan, sbnarnya baru tahu blh buat mcm tu heee

Chic Na said...

bagusla akak suka makan sayur. ;)

azievee said...

Yang simple tu sedap KA...hihihi

wantie said...

pucuk ubi? kalau T le buat masak lain suami dan anak anak semuanya tak makan. Dorang nak pucuk ubu masak lemak cili api je..

memang Amirul tu ikut pangai suami. makan meilih. kalau dorangtak nak makan, memang dorang tak makan.

kekadang tu T la yang kena ikut apa yang dorang makan.

kalau kawin nanti mirul tu mcm mana la kan..

n O e s u h a i m i said...

masak camni lg sedap la KA

Fiza Rahman said...

Tak pernah mkn lagi betik muda. Tapau sket utk saya kak ☺☺

hainom OKje said...

tak pernah pulak daun kunyit dgn serai tu mungkin lagi sedapkan...ka

nea lopah said...

bole lah sy cuba jugak nnti

ArELeEz said...

ermm.. dapp.. ;P

Devi said...

Simpel dan lezattttt

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...