Tabung Masa Depan ...

Monday, April 08, 2013

Shaheizy Sam Paling Popular ABPBH 2012


 
Pelakon Shaheizy Sam mengungguli Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012 (ABPBH 2012). Dia turut menerima trofi Pelakon Lelaki Filem Popular pada acara yang diadakan di Stadium Putra Bukit Jalil pada malam tadi menerima sebanyak 79,656 undi.
Beliau turut menerima trofi Pelakon Lelaki Filem Popular.
Ia adalah kemenangan kedua buat pelakon itu selepas memenangi anugerah sama pada 2010.
Kemenangan itu membolehkan Shahiezy membawa pulang hadiah berupa sebuah kereta sumbangan Tan Chong Motor Sdn Bhd dan barangan kemas sumbangan Habib Jewels bernilai RM150,000.

Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat diberikan kepada kumpulan Search sebagai mengiktiraf sumbangan dan jasa mereka dalam bidang muzik selama 32 tahun.

Dalam pada itu, Yana Samsudin mencipta kemenangan dalam kategori Pelakon Filem Wanita Popular, sementara Hafiz menepati ramalan apabila menggondol gelaran Penyanyi Lelaki Popular.
Kategori Artis Berkumpulan/Duo Popular dimenangi oleh Black dan Malique yang manakala Penyanyi Wanita Popular dirangkul oleh Shila Amzah.

Pelakon TV Lelaki Popular dan Pelakon TV Wanita Popular, masing-masing dimenangi Aaron Aziz dan Nabila Huda.

Hero drama bersiri Vanilla Coklat, Aiman Hakim Ridza memenangi Artis Baru Lelaki Popular, manakala Wawa Zainal meraih gelaran Artis Baru Wanita Popular.

Pelakon dan pengacara, Didie Alias pula merangkul Artis Komedi Wanita Popular, manakala Zizan Razak memenangi Artis Komedi Lelaki Popular.

Kategori Penyampai Radio Lelaki Popular dan Penyampai Radio Wanita Popular, masing-masing dimenangi Faizal Ismail dan Fara Fauzana dari stesen Hot FM.

Fara juga berjaya mengekalkan kemenangannya sebagai Pengacara TV Wanita Popular pada tahun ini.

Manakala Datuk Aznil Nawawi kembali merampas gelaran Pengacara TV Lelaki Popular yang disandang oleh Zizan Razak tahun lalu.

For KA keputusan oklah, but paling KA suka adalah persembahan dari Ayai (ILUSI) itu .  Memang mantap & terbaik .  Suara pun maintain aje ! Adoi....tepuk dahi jugak dan mengucap panjang bila tengok fesyen sesetengah artis2 melayu kita....

KREDIT BERITA & INFO TO MSTAR

16 comments:

ZazaMyMoon said...

Salam & morning KA..
nyinggah pagi2 ke sini hehhee
nway congrats Sam :)

Nurzakiah Hanum said...

salam isnin
apa khabar hari ini
singgah pagi :)

hana hadi said...

tahniah... mmg ok dia menang :)

Nursaila Norman said...

seronok tgk abpbh mlm tadi :)
apa2 pun tahniah sam :D

Cik Aini said...

tahniah tuk Shahiezy Sam..tp tu lah mcm akak kata pakaian depa mmg perghhh..smp ank sedara ai tnya ibu dia 'tu pakai mcm tu dosa kan ibu "..

C.M.A @ CikMoonAdnan said...

suka suara ayai (ilusi) dan Zarul (Umbrella)

suara masih mantap....

Nieyl said...

Tuah ayam nampak di kaki..
tuah manusia tiada siapa yg tahu kan...nieyl ramalkan maybe Aaron atau Zizan...hihihi~ :) serius...dgr lagu lelama paling best...:)

AyueJean AJ said...

Hambar....
Tapi parody Johan tu memang best...
Hahhahah..

Si Matatajam said...

Tahniah buat Sam ^_^

NurSalihah Norman said...

congrats Sam! anyway, lagu2 90an mmg best & persembahan penutup mmg gempak saya suka heheheh...

hainom OKje said...

Rezeki dia....sapalah bakal bini dia ek KA...

wan nurul hezrina abd halim said...

memang sam layak terima...tang pakaian tuh mmg teruklah..artis2 kita nie mmg dah menujuke arah artis2 barat.berpakaian tidak tahu agama n budaya..

ALoNa CintamaniszLite said...

setiap kali ada majlis anugerah...kalo ada segmen rock...mesti segmen tu jgk ler yg paling happening.
harapkan lagu2 lain...bosan....huhu..

pakaian dorang...mm, siapalah kita nk pertikaikan, kan. Dorang dh sediakan jawapan pada soalan2 dan kritikan kutukan tu....

Selagi tak sedar diri...mcm tu lah.

wantie said...

tahniah utuk Sam. makin kayo...

Fiza Rahman said...

Tahniah buat SS.

Mrs Velentine said...

Tahniah buat yang menang..dan pada makcik yang pakai baju seksi tue mak ai

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...