Tabung Masa Depan ...

Thursday, April 11, 2013

Shila Amzah DiUndang Julio Iglesias

Nampaknya aktiviri seni penyanyi Shila Amzah benar2 padat sekarang ini.  Baru saja menamatkan konsert bergerak di Amerika Syarikat bersama lima penyanyi lain beberapa hari lalu, Penyanyi Wanita Popular ABPBH'12 ini dijadualkan kembali ke Shanghai bagi menyiapkan beberapa projek termasuk lagu tema China Idol dalam bahasa Mandarin, yang asalnya disampaikan Kelly Clarkson.
 
Selain dari itu, Shila juga khabarnyer  telah diundang sebagai artis jemputan pada konsert bapa kepada penyanyi sensasi, Enrique Iglesias dan sedang giat menjalani latihan vokal sebagai persediaan menghadapi Konsert Lagenda Latin, Julio Iglesias yang tersebut. 
 
 
 
Menurut Juara Asian Wave ini, persembahannya itu nanti sangat istimewa kerana selain tampil solo di ketiga-tiga lokasi, dia juga bakal berduet dengan penyanyi tersohor itu dengan membawakan lagu When You Tell Me That You Love Me dan All For You.
 
Mengikut jadual, Shila yang ditemani ibu bapanya bakal menjelajah bersama Iglesias bermula di Shanghai pada 14 April disusuli Shenzen (18 April), manakala konsert terbabit dijangka selesai selepas destinasi terakhir di Beijing (21 April). 
 
 Usai konsert itu nanti, Shila Amzah akan pulang seketika ke tanah air bagi melengkapkan pula pembikinan album Melayu beliau yang hampir selesai. 
 
Apapun moga terus maju jaya untuk Shila Amzah yer !
 
 
( N3 AUTO PUBLISH )

26 comments:

Khai♥Rin : anies said...

sy br je dgr kt radio sinar ttg hal ni

Knor said...

wah bestlah tu..

Nurzakiah Hanum said...

tahniah2

Ibu Amirul said...

makin hebat Shila Amzah sekarang...
Well Done

Bin Muhammad said...

Semakin maju dan panjang langkahnya. Semoga sukses dlm bidang yg diceburi dan bersinar di persada antarabangsa

ummuaidan said...

jauh shila menjelajah yer...;)

::NureeN:: said...

tahniah buat shila... :)

Fiza Rahman said...

Wah...tahniah utk SA.

Hazmin Hamudin said...

Tengah laku sekarang ni Shila Amzah...

Batu Adventure said...

nice day:)
saya adalah saya hari ini karena pilihan-pilihan
yang saya kemarin..


bagi-bagi motivasi yaa.. :)


http://wisataoutboundmalang.com/

ALoNa CintamaniszLite said...

sng hati tgk dia lepas dh putus ngan boyfren dia yg panas baran tu..mm...

faraherda.razalan said...

Peh!!! Murah rezeki SA ni KA. Mcm KA gak. Hehehehe...

zaza nizam said...

wah! tuah badan namanya.. untung shila :)

wantie said...

wow.. semakin baik menempa nama..

moga dia success selalu

MAZLIZA ABD RAZAK said...

bertuahnya shila..

Qashmere said...

semakin pemes shila ni. berkat bersabar..

lelamaisara said...

rezeki dia kan..:)

Myra Jay said...

Wahhh tahniah buat Shila Amzah :D

AyueJean AJ said...

Semakin berjaya dia...
ALhamdulillah...

Haryati Faizal said...

alhamdulillah...murah rezeki dia ye...

LiYa HaNiF :: said...

alhamdulillah rezeki dia kan... :)

Nafisa81 said...

semakin murah rezeki shila

N.Aima K said...

waaaaaaaaaaah! hebat

Mrs Velentine said...

tahniah..hebat

n O e s u h a i m i said...

gud luck shila..

ArELeEz said...

bravo, shila!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...