Tabung Masa Depan ...

Tuesday, May 07, 2013

Bila Adik Berkisah Ada Lucu, Gembira & Sedih

KA bagitau Adik, ramai nak tau tentang Adik di blog
Adik kata " bukan ke Umi selalu cerita dah pasal Adik kat Blog, tak bosan ke ?"
KA jawablah " Memang lah tapi ramai yang tanya lagi, Adik kan popular !"
Sengih aje Adik sambil jawab "Iyelah tu Umi!"
" Cer Adik cerita semula !" pinta KA
( ADIK WAKTU KE KEDAI BUKU YANG POPULAR ITU , BARU2 INI )
Umur Adik ?
"Umur saya 7 tahun !"
Perempuan ke Lelaki ?
"Eeee.... mestilah perempuan !, Apa lah Umi ni...."
Hobi ? Hobi ?
" Hobi.... membaca, menaiki basikal, buat kerja2 kreatif ni, mewarna, melukis....... melukis apa2 jelah, gambar pemandangan ke, gambar benda2, gambar orang ke, binatang ke, gambar kartun, buah2an ke, gambar basikal pun boleh, gambarrrr......"
OK, OK cukup2 dah... cita2 pulak ?
 " La, nak jadi Pegawai Tentera Lautlah ( Jawab sambil berkawad) sebab tu Adik suka naik basikal, itu latihanlah supaya kaki Adik ni kuat nak berkawad nanti! "
He He He Ada lagi nak cerita tak ?
" Kat sekolah kan Umi, ada budak lelaki tu cakap dier suka kat Adik,  Eeee.... apalah kecik2 dah gatal kan Umi, belajar lah dulu !"
Abis Adik jawab apa ?
" Adik buat tak tau ajelah, lepas tu dier cakap suka kat budak lain pulak, Eee.. kecik2 dah gatal !"
Ha Ha Ha
" Jangan main2 dengan Adik, Adik ni ada belajar silat .... Ser Ser Ser !"
Ha Ha Ha

Itulah serba sedikit tentang Adik, yang berjiwa kental nak jadi Tentera Laut, 
tapi sangat2 sensitif bila bercerita tentang hal2 kematian & hari Kiamat.  
Pasti Adik akan menangis tersedu2 bila diceritakan tentang kematian & hari pembalasan.  
Mesti Adik akan cakap
 " Adik takut, Adik nak solat, nak puasa penuh, Adik nak buat baik dan dapat pahala banyak2, Umi " ! 

( N3 AUTO PUBLISH )

23 comments:

Haryati Faizal said...

baguslah sbb adik ada kesedaran dr kecik...belajar rajin2 tau, jadi org yg berguna bila besar nanti... semoga berjaya didunia dan akhirat

Sheila Salim said...

assalamualaikum KA, comelnya adik. adik bijak. insyallaj besar nanti adik berjaya dunia dan akhirat :D

Fiza Rahman said...

Baguslah adik. Kecik2 dah matang ☺☺. Semoga tercapai cita2 adik tu.

Kirm salam kat adik yer kak ☺☺

maria firdz said...

Comèl dan bijak adik... Moga jadi ank solehah...

Shaiful Zaidi said...

baguslah adik ada ilmu silat..

ummuaidan said...

Pandailah adik nie..moga cita2 adik tercapai nanti...inshaallah

zulaikha megat said...

adik cute pasai tulah dah ada peminat..

tahun depan tanya cita cita..mesti nak jadi yang lain pulak kan..

JunAina said...

KA...pandai didik anak. Bukan senang anak2 umur 7 tahun nak faham semua tu.

Bin Muhammad said...

Bijak sungguh berbicara adik ni...teringin sgt ingin berjumpa.

wantie said...

kata orang kalau org yang berjiwa sensitif ni besar nanti akan jadi seorang yang penyayang...

bagus la adik ni.

n O e s u h a i m i said...

bagus adik...kecik2 dh ada ilmu silat...semoga adik menjadi anak yg solehah

Ira said...

oo nk jd tentera laut ye.
semoga tercapai cita2 adik..
betul tu adik, belajar dulu..
kecik2 da gatal mamat tu kan.. kejap je blh tukar suka org lain bila kene reject..
hehehe..

Kakzakie said...

Ohhh... adik ada peminat ye. Sebab apa nak tahu tak sebab adik comel:)

ieda immi said...

pandai betul adik nie ekeke ;)

Acik Erna said...

seronok baca cerita adik..

Acik Erna said...

seronok baca cerita adik..

Cho Zila said...

tahniah adik.. moga terus menyenangkan hati...

Nurzakiah Hanum said...

comel kan

Deqla Manjew said...

alamakk.. baru nk ajak berkenalan..skali ada silat daa... seram mak..!! hahahahaha....

Cikda said...

hahaha.. cikda suka tang dia jawap .."iyelah tu ummi..".. hahaha terbayang nadanya sekali.. chomei..

ummiross said...

hehe..petahnya adik, tentu seronok layan adik bercakap.
Alhamdulillah, lembut hati adik, moga menjadi anak solehah penyejuk hati ibu ayah.

Mrs Velentine said...

semoga cita2 adik tercapai

petrasis1 said...

lama dah sy tak singgah... hehe... sy singgah je mesti cari post pasal adik... :-)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...