Tabung Masa Depan ...

Wednesday, May 08, 2013

Bukan Mudah Menjadi Pemimpin !

Berkongsi kisah kepimpinan  Khalifah Umar bin Abdul Aziz yang terkenal dengan sifat amanah dan adil. Banyak peristiwa yang memaparkan sifat amanah dan keadilannya. Di antaranya cerita ini :-

    Pada suatu hari, semasa Khalifah Umar bin Abdul Aziz sedang mngira buah epal yang hendak dibahagikan kepada kaum muslimin, anaknya yang masih kecil sedang bermain-main berhampiran dengannya. Tiba2 anaknya mengambil sebiji buah epal daripada bakul, kemudian dia menggigit buah epal yang rangup itu. Khalifah Umar bin Abdul Aziz terpandang perbuatan anaknya itu. Dengan segera dia menghampiri anaknya dan dia mengeluarkan buah epal itu dari mulutnya anaknya. Sebab buah epal itu adalah hak kaum muslimin.
    Ketegasan Khalifah Umar bin Abdul Aziz itu menyebabkan anaknya menangis. Dia berlari pulang mengadu kepada ibunya. Ibunya, Fatimah memahami tindakan suaminya yang ingin menjaga amanah kaum muslimin. Tetapi, sebagai seorang ibu, beliau jg memahami perasaan dan keinginan anaknya. Fatimah memujuk anaknya dengan membeli sebuah epal di pasar.
    Ketika Khalifah Umar bin Abdul Aziz pulang ke rumah, beliau ternampak anaknya sedang memakan buah epal. Beliau lalu bertanya kepada Fatimah, “Wahai Fatimah, dari manakah adinda peroleh buah epal itu? Adakah ia milik kaum muslimin?”
    “ Tidak kekanda. Buah epal itu adinda beli di pasar untuk mendiamkan anak kita yang menangis tadi.” Mendengar jawapan itu, legalah hati Khalifah Umar bin Abdul Aziz. Beliau mendukung anaknya sambil berkata kepada isterinya, “Ketika kanda menarik buah epal itu dari mulut anak kita, kanda merasakan seolah-olah kanda menarik jantung kanda sendiri. Sungguh sakit kanda rasa, tetapi kanda tidak sanggup mendapat dosa kerana sebiji buah epal yang bukan hak kita.”
    Sungguh kuat sifat amanah beliau. Semoga Allah mengurniakan kita dengan sifat yang mulia ini.


Antara pemimpin2 yang telah mengangkat sumpah jawatan

 Menteri Besar Kelantan – Datuk Ahmad Yakob
 
  Menteri Besar Perlis – Azlan Man
 Ketua Menteri Melaka – Dato Idris Haron
  Menteri Besar Perak – Dato Seri Zambry Abdul Kadir
Ketua Menteri Sabah – Dato Seri Musa Aman
 Menteri Besar Kedah – Dato Mukhriz Tun Mahathir
 Ketua Menteri  Pulau Pinang – Lim Guan Eng
Perdana Menteri Malaysia - Dato Seri Najib Tun Razak
 ( All Pics Ehsan Google )

Moga pemimpin2 ini dapat memikul tanggungjawab & amanah yang telah diberikan rakyat
dengan sebaik2nyer !

( N3 AUTO PUBLISH )

24 comments:

Khai♥Rin : anies said...

menjadi org yg pertama disoal di akhirat kelak...

AyueJean AJ said...

betul kak...
Jadi pemimpin ni besar tanggungjawabnya....

Lelaki Ini said...

tahniah semua!

nea lopah said...

Semoga menepati segala JANJI

Cikda said...

memang berat, tapi kalau dah dipilih kena la tunaikan tanggung jawab dengan penuh amanah dan dedikasi.
sama2 kita doakan kejayaan mereka untuk kita semua juga.. :)

Bin Muhammad said...

Ada muka2 baru dan ada muka2 lama... Semoga mejalankan amanah dgn jujur dan adil seperti Khalifah Umar!

yan's cottage said...

bukan senang....kena ada sifat2 amanah sidiq fatonah....

Mama Vogue said...

Betul tu KA, tanggungjawab pemimpin tu sangat berat. Semoga pemimpin-pemimpin yg telah dilantik ni dapat menjalankan tugas dengan baik :)

hazwan hairy said...

semoga dpt mnjlankan tggunjwb dgn adil ;-)

Lisa Sheila said...

semoga semua pemimpin dapat memikul tanggungjawab yang diberikan dengan sebaik-baiknya... contoh yang sangat baik ... Khalifah Umar Al Khattab ...

MaMa Rey said...

harap para pemimpin yg dilantik menjalankan tugas sebaiknya

maszmadi said...

tahniah buat ereka, mga dapat jalankan tanggungjawab dengan baik adil n saksama.

Qhaifa Nur said...

ada muka lama dan baru...
moga terus berjaya...
yang pasti bukan mudah untuk memimpin...

wantie said...

berebut rebut kat dunia ni nak jadi pemimpin. sebab bila mati nanti jadi org yang pertama di soal. hahahaha.. sikap yang bagus. selalu mendahului

intanfirdaus247 said...

betul tu kak ka...pemimpin ni besaq tanggungjawab dia..dan antara yg pertama di soal kelak

Ema Johari said...

moga mereka menjalankan tanggungjawab dgn baik..

Nurfara Hani said...

tahniah kepada semua pemimpin baru. semoga tabah dan jujur menjalankan tanggungjawab

NurSalihah Norman said...

SubhanaAllah. Semoga mereka menjalankan tanggungjwb dgn baik, insyaAllah...

Haryati Faizal said...

besar tanggungjawab seorang pemimpin... hanya yg betul2 layak je yg bley memimpin...

ANNA MARIANA said...

tahniah semua... moga2 dapat jalankan amanah dengan jujur dan telus :)

Deqla Manjew said...

setuju... mmg bukan mudah..tp rakyat2 ada yg x reti nk bersyukur...huhuhu...

n O e s u h a i m i said...

bukan mudah menjadi seorang pemimpin...byk kena menjawab nanti...

Mrs Velentine said...

sukarnya menjadi pemimpin kan kak..tapi ada yang berikiran menjadi pemimpin adalah mudah

Fiza Rahman said...

Besar tanggungjawab bila jadi pemimpin ni.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...