Tabung Masa Depan ...

Friday, May 31, 2013

Cerita Tongkat Ali Pulak

Masih versi cerita2 dari kampung En Hubby
Depan rumah FIL KA juga ada pokok ni
Pokok Tongkat Ali
Tak payahlah nak cerita lebih2 yer
Rasanyer ramai yang dah tau khasiatnyer kan !
Kalau nenas batu untuk kewanitaan, 
Tongkat Ali pulak more to Kelelakian & Kejantanan ! He He He
Tu yang En Hubby beria2 kutip buahnyer buat benih nak tanam katanyer.......

 
  Tongkat ali atau juga dikenali sebagai pasak bumi adalah sejenis tanaman saka yang terdapat di hutan Malaysia dan Indonesia.
 Nama botaninya ialah Eurycoma longifolia daripada famili Simaraubaceae. 
Tongkat ali juga dikenali sebagai penawar pahit, bedara pahit, bedara putih, bedara merah, hempedu pahit, payung ali, tongkat baginda, muntah bumi, petala bumi, akar jangat semang, tongkat rasul, dan setunjang bumi.
Tongkat ali merupakan sejenis tumbuhan yang dikatakan mempunyai bahan bagi membantu lelaki yang menghadapi masalah syahwat.
Tongkat ali boleh mencapai ketinggian sehingga 10 meter di dalam rimbunan hutan tanah rendah. Biasanya, daunnya rimbun pada hujung batang. 
Kebanyakan pokok ini tidak bercabang. 
Jikapun bercabang, ia terlalu sedikit, iaitu satu atau dua cabang sahaja. 
Bunganya tersusun padat pada tangkai yang bercabang keluar dari pangkal daun.


Menarik kan !!!!!!

9 comments:

hazwan hairy said...

tu ke pokoknya?

Sheila Salim said...

Assalamualaikum KA, hehehe first time dengar nama ni nenas batu.. first time juga tengok buah Tongkat Ali! hehehe biasa tengok dah siap bungkus je. hiewhiew ;p

mama aryan said...

mcm tu rupa pokok tongkat ali,tak penah tgk lak sebelum ni..hehehe

Deqla Manjew said...

owhhhh gitu ye rupa pokok tongkat ali.. actually 1st time ni dgr tongkat ali pun berpokok..hahhaa... nice sharing...

kakchik@ella said...

ada buah dia ye KA? KC ingatkan dia berakar je.

Haryati Faizal said...

KA yang bulat2 kuning tu buah pe?

Chic Na said...

macam2 pokok ada kat rumah FIL akak ye.

klik2 nuff.. ;)

akar tongkat ali said...


Ii would recommended consume capsules would be the most effective and easiest way for us.
last but not least...... high quality of tongkat ali raw material sourcing must be a very important step for tongkat ali product manufacturer.

Dimana boleh dapat high quality of tongkat ali?

Malaysia tropical forest.

Orang Asli mesti tahu.
haha

anto said...

artikel yang bagus. jayalah terus herbal indonesia.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...