Tabung Masa Depan ...

Saturday, May 04, 2013

Jehan & Julie Camelia Rhe Sah Suami Isteri, Tahniah !

Aktor kacak, Jehan Miskin kini secara sahnya bergelar suami kepada seorang gadis Korea, Julie Camelia Rhe. Pasangan ini telah selamat diijabkabul dalam satu majlis indah di Carcosa Seri Negara, Kuala Lumpur sebentar tadi.

 Pelakon yang mula dikenali menerusi lakonan hebatnya dalam filem 'Qaisy dan Laila' dan pasangannya dinikahkan oleh Pendaftar Perkahwinan, Penceraian dan Rujuk Orang Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Mohd Sahirman Ahmad, tepat jam 2.40 petang tadi dengan mahar berjumlah RM12,000.

Majlis akad nikah ini hanya dihadiri oleh kira-kira 100 orang tetamu. Acara diteruskan dengan majlis resepsi dan acara minum petang (Hi-Tea) bagi meraikan kedua-dua pengantin. Jehan mengenakan busana mempesona tajaan Bon Zainal, manakala isterinya kelihatan begitu menawan dengan busana indah yang ditaja oleh Zaterra dan Celest Thoi.

Tahniah buat Jehan & isteri beliau yer.   Moga kekal ke akhir hayat !

11 comments:

kay_are said...

semoga kekal hingga ke akhir hayat.. amin..

Cheida_Mymee said...

comel bini dia hehehe lpas ni pandai lew jehan nyanyi gwiyomi hahaha

Cik Kay Jue said...

wah.... kawin dgn org korea...

BUNDA a.k.a KN said...

Tahniah buat Jehan dan pasangan...semoga kekal sampai keJannah..

eita said...

ada tengok tadi...
sepadan doh dia 2 orang....

Nursaila Norman said...

tahniah jehan & isteri :))

Nursaila Norman said...

tahniah jehan & isteri :))

paridah said...

TAHNIAH...HAPPY WEDDING DAY JEHAN...

AyueJean AJ said...

Tahniah...
Semoga berkekalan...

Fiza Rahman said...

Tahniah buat mereka.

Deqla Manjew said...

tahniah buat pasangan...berlesung pipit la wife dia.. suka tgk org ada lesung pipit ni.. ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...