Tabung Masa Depan ...

Saturday, May 18, 2013

Kisah Kanser Payu Dara & Angelina Jolie

Terbaca berita ini di beberapa akhbar minggu ini tentang 
Kisah si jelita Hollywood, Angelina Jolie yang mendedahkan bahawa beliau  telah menjalani pembedahan mastektomi pada kedua-dua payudaranya pada awal Februari hingga April lalu.

 Bagaimanapun, Jolie menyembunyikan pembedahan itu daripada pengetahuan orang ramai sehingga dia mendedahkan berita itu menerusi artikelnya yang berjudul My Medical Choice di akhbar New York Times.
Bintang filem berusia 37 tahun itu menyatakan bahawa antara awal Februari hingga akhir April lepas, dia menjalani pembedahan ke atas kedua-dua payudaranya.

"Ibu saya berjuang menentang kanser selama hampir sedekad dan meninggal dunia semasa berumur 56 tahun," katanya.

"Risiko saya mendapat kanser payudara telah menurun daripada 87 peratus kepada lima peratus sahaja," kata Jolie yang mempunyai tiga anak kandung dan tiga anak angkat dalam artikel tersebut. 

Menurutnya, selepas menjalani ujian genetik, dia didapati membawa gen BRCA1 dan mempunyai 87 peratus untuk menghidap kanser payudara.

"Saya mahu menulis artikel itu untuk memberitahu wanita lain bahawa keputusan untuk menjalani pembedahan mastektomi itu bukan sesuatu yang mudah untuk dibuat.

Menurut kajian, gen penyebab kanser payudara pada kebiasaannya ditemui pada wanita-wanita Eropah Timur berketurunan Yahudi. 

"Saya tidak berasa sebarang kekurangan sifat kewanitaan. Ia (pembedahan itu) merupakan pilihan yang paling tepat," katanya.
Kredit Info To KOSMO 

KA ada juga terbaca, antara perkara2 yang mendedahkan kita kepada risiko penyakit kanser payudara tanpa kita sedari adalah :-

1.  Pengambilan makan segera dalam jumlah yang tidak terkawal
DAN JUGA 

2.  Pemakaian coli lebih dari 12 jam sehari... 
Betul ker ????

( N3 AUTO PUBLISH )

15 comments:

QueeN TerataI said...

sb tu waktu tidur tak digalakkan utk pakai coli... ;)

Cikda said...

coli??..rasanya munah salih la yg rajin x pakai coli..hihihi.. entah la KA

Aimaniman Ezaiza said...

info yang berguna bagus juga kalau dishare buat tatapan semua...

wantie said...

kalau nak tahu T sampai hari ni tak jumpa lagi muah jeruju. Mak T kata kena makan buah tu tuk elak barah tetek. memakan buah jeruju jugak dapat mgelak dari di hinggapi bisul.

mungkin inilah perubatan orang dodulu. di mana masa dulu ni, tak de giler giler kita dengar orang sakit barah payudara kan..

Angelina Jolie orang yahudi kan... dia pun penyumbang tersebsar pada ekonomi yahudi. hmmm... cara artikel tu macam nak bagitau yang penyakit tu memang glamour dengan orang yahudi.

Izan Ishak said...

bukan senang nk amik keputusan camtu kan....

Noraziha said...

Takutnya la bab pnyakit ni..

Noraziha said...

Takutnya la bab pnyakit ni..

MystoryPic said...

Ada juga terbaca pasal Angelina Jolie ni ... buang kedua-duanya. Kalau baca bab barah ni rasa seram dan takut jer..

Masha Meisters said...

respect people yang mcmni.....bukan senang nak bgtahu org lain and bukan seng nak buat keputusan camtu...

pernah dengar gak pasal bra use tu....

Knor said...

USAHA ADA..IN SHAA ALLAH

KAK NOR DAH LAMA PERGI..KANSER PAYU DARA JUGA

Tihara said...

yg pakai bra masa tido tu pernah dengar juga..betul ke yea, tapi kanser ni lebih pada genetik pun yea juga kan, wallahualam

Nizam.Ariff said...

aku tak pakai coli.
tu sebab agaknya lelaki amat jarang kena kanser payudara...
mungkin ada logiknya.

(dengar kata lelaki pun ada kena kaser jenis ni)

AyueJean AJ said...

Yang pasal baju dalam tu AJ penah dengar.....
Yang lain2 tu wallahualam..
Moga kita dijauhi dari penyakit ni ye kak...

mama aryan said...

pasal baju dalam tu,kalu tido malam lebih elok dibuka kata org

Fiza Rahman said...

ADa juga dgr tak elok pakao bra waktu tido. Tak tau lah sejauh mana kesahihannya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...