Tabung Masa Depan ...

Friday, May 31, 2013

Memang Berkhasiat Sungguh Buah Nenas Batu

  Depan rumah MIL KA ada ditanam pokok nenas batu ini.
Kata MIL KA, banyak khasiatnyer nenas batu ini.
Tapi paling banyak digunakan untuk penyakit batu karang dan sakit2 orang perempuan hehehe.
  So, KA pun carilah info2 lebih tentang pokok nenas batu ini.
Ianyer seperti nenas biasa tapi bersaiz sangat  kecil dan bertangkai panjang.

 
 Antara Kegunaanyer..
 Dapat mengecutkan rahim bagi wanita lepas bersalin dan juga berfungsi sebagai perancang keluarga iaitu dengan cara meminum air rendaman buah nenas batu selama tempoh ingin menjarakkan kelahiran anak.
 Buah nenas batu boleh membantu untuk melawaskan kencing, melancarkan pembuangan angin.
  Ia juga dipercayai dapat menghancurkan batu karang bagi penghidap penyakit batu karang.
Juga baik untuk melancarkan darah dan mengelakkan strok.
Paling penting sangat bagus untuk penjagaan dalaman kaum wanita !
Tapi, untuk orang lelaki pun bagus juga yer ....

 
 Caranyer
Mula2 basuh buah tersebut hingga bersih,
dan rendamkan ke dalam jag yang berisi air panas. 
Biarkan selama satu jam hingga buah nenas batu itu tenggelam .
Keluarkan buah dari jag dan minum air rendaman buah tersebut 
yang boleh digunakan sehingga 3 hari
Nenas batu yang telah direndam tadi jangan dibuang tapi boleh digunakan semula 
dengan menjemurnya sehingga kering di bawah sinaran cahaya matahari. 
Kelopak buah nenas batu yang kering akan tertutup bila direndam, 
dan akan berkembang semula bila dijemur. 
Sekiranya kelopak buah nenas batu sudah tidak mampu berkembang apabila dijemur, 
menandakan khasiatnya telah habis dan bolehlah dibuang
Biasanya nenas batu boleh digunakan sehingga setahun atau lebih
 bergantung kepada cara penggunaan

MOGA BERMANAFAAT UNTUK SEMUA YER !

( N3 AUTO PUBLISH - Kerja masih bertimbun2 ni)

25 comments:

Bin Muhammad said...

Ada khasiat rupanya...ingatkan nenas hiasan ajer

nuyui a.k.a miss YUI said...

pnh dgr nama nenas ni.

Acik Erna said...

assalam KA..pernah dengar tapi tak pernah tengok..ni baru pertama kali tengok gambarnya

nini said...

tq kak info ni memang bermanfaat......tapi nak buat tu kena tunggu tym rajin..ehem

With Julia said...

Sgt menarik tgk buah nenas sebegini lah kak KA...menarik sbb tangki dia panjang hehhe

Nieyl said...

mase first time makan nenas tuh klu x silap nieyl mase tadika...n first tu jugak menjadi kan last nieyl makan nenas...hihi~sbb nyer time tuh lidah nieyl gatal gler...kira mcm trauma laaa....hihihi~

Mizz Aiza said...

banyak juga khasiat nanas batu ni ya.. aiza tak pernah tahu nama2 nanas ni, tahu makan je.. hehe..

zakirasli .. said...

Wah, bgus ni.. Terima kasih kongsi entry menarik ni :D

hainom OKje said...

Tak yah kopek kulit dia ke KA?

Ira said...

Banyak khasiatnya ye..
TQ share info ni. :)

Sue-Rya Qistina said...

makan nenas dgn kicap sedap sungguh!
terliur dibuatnye. hehehe

Ibu Lala said...

kat mana ada nenas batu ni. cam susah nak jumpa je..

Khai♥Rin : anies said...

cicah kicap sedap ni

lieyalatif said...

ooo...bace info KA ni baru lieya tau.....rupe die pun lain sikit kan dari nenas biase....

Rasp said...

ala sis...
i ni nenas2 kurengggg skit sis...
tak suka sbb nanti lidas lidahku....

mama aryan said...

bagus juga ye,tp saya tak penah tgk nenas batu ni

Deqla Manjew said...

laaa... nenas batu je kan elok utk dalaman wanita? nenas biasa tu x kan... ?? slama ni dgr yg buah nenas ni tajam...huhu...

Haryati Faizal said...

banyak manfaat dia ye...KA

Kak Zie said...

Subhanallah...pokok nenas batu ini ada sepasu di rumah saya...tidaklah saya tahu akan khasiatnya...sentiasa ada buahnya yg sangat comel

Chic Na said...

pernah jgk dgr kakak2 kat ofis cerita buah nanas ni.

zam said...

Saya penah beberapa kali mengidap batu karang...selepas minum air nenas batu ni..terus batu tu hancur dan kluar melalui kencing....mujarap sungguh...kepada semua eloklah di tanam di setiap rmh...klu nk beli buahnya saja..mana orang jual...

Anonymous said...

Nenas yg biasa org jual kt kedai buah tu, yg warna kuning, kalau xbasuh elok lidah akan rasa gatal. Yg dimakan dgn kicap. Tu lain.

Nenas batu ni lain. Xsama. Mcm ramai confius pula.

Saya memang amal nenas batu. Alhamdulillah bagus utk wanita slps bersalin. Memang sedap badan, urat semua rasa segar. Dan nenas batu ni antara ramuan penting dlm jamu2. Dia ada fungsi 'mendarakan' ibu2 yg telah bersalin.

Saleha Masrudin said...

Hi... nak tanya ada lagi ke pokok nenas batu neh... kalo ade boleh tak kalo saya nak beli buah nya....

siti fatimah said...

Tumpang Tanya, kita rendam nenas batu ni, tanpa kupas kulitnya ke?

grandma said...

Saya ada pokoknya. Wasap saya 0132024161

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...