Tabung Masa Depan ...

Tuesday, May 14, 2013

Pagi2 Dengan Cerita Dunia Serangga & Kafe Ais

Pagi2 KA dah baca Berita Dunia di KOSMO
& tertarik dengan 2 cerita ini, Share with uosl juga yer !

PERANGI OBESITI DENGAN MAKAN SERANGGA
 
 ROM - Salah seorang saintis dari Universiti Wageningen di Belanda, Arnold van Huis menyatakan memakan serangga yang mempunyai khasiat mungkin membantu memerangi obesiti.
Beliau membuat pendedahan itu dalam satu laporan yang disiarkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) semalam.
Laporan itu disediakan oleh beberapa saintis berhubung kajian tentang pemakanan serangga.
Ketika ini, lebih 1,900 spesies serangga dimakan di dunia kebanyakannya di Afrika dan di Asia.
Huis berkata, kebanyakan serangga mempunyai sejumlah protein dan mineral sama seperti daging dan mengandungi lebih banyak lemak yang disyorkan para doktor untuk diet seimbang.
"Di Barat, kami mempunyai budaya tanggapan yang serong kerana serangga yang datang dari negara-negara membangun adalah tidak elok (untuk dimakan)," katanya. - Reuters

Komen KA 
Ish3......memang idoklah for KA !  Tak sanggup u....

KAFE AIS PERTAMA DI DUBAI
DUBAI, Emiriah Arab Bersatu - Sebuah kafe ais menjadi daya tarikan para pelancong asing di sini yang menyediakan pelbagai minuman panas.
Suhu di dalam kafe itu ditetapkan pada tahap - 6 darjah Celsius.
Ia merupakan kafe ais yang pertama di Asia Barat.
Para pengunjung akan duduk di atas kerusi ais yang dilapik dengan bulu haiwan.
Pelbagai ukiran ais dipamerkan di dalam kafe tersebut termasuk bangunan tertinggi di dunia, Burj Khalifa.
Kafe yang dikenali sebagai Chillout itu dikendalikan oleh syarikat dari negara ini, Kumpulan Sharaf. - Agensi

Komen KA 
Memang heaven gilerlah kalau dapt cenggini, lepak2 sambil hirup coffee panas.. perrghhhhh !!!

14 comments:

yan's cottage said...

salam KA....

yang pertama tu...memang tak sanggup lah.....yang satu lagi tu...memang best....nak pula masa musim panas2 macam sekarang nie....

nuyui a.k.a miss YUI said...

erk..cmtu ea.

aTieYusof Family said...

Erk! seram pikir kena makan serangga tu...huhu:)

Lelaki Ini said...

sejuknya suhu dia..
sy kat office ni suhu 16 celcius pun dah komplen kesejukan.

boni kacak said...

adoi..sampai nak kena makan serangga bagai..haha, kurangkan je makan nasi. InshaaAllah tak menjadilah obesiti tu

:: Mrs.Eady :: said...

erks...

Fiza Rahman said...

Eeeuuwwww...geli tgk serangga pon dah geli apatah lagi nak makan.

Ibu Amirul said...

makan serangga???? oh tidakkkk

satu hal plak bila nak ge makan kat situ kena pakai baju sejuk, haii macam2lah

nea lopah said...

biorlah obesiti ini.......hahahahaha

wantie said...

oh tidakkkk... banyak lagi menda lian yg boleh di makan utk elak obesiti.. sabor je lah.

adei... tak basah ke punggung dorang. mcm mcm gelagat manusia ni kan..

ALoNa CintamaniszLite said...

byk supplement leh kurangkan obes dan kolesterol ni.
takyah ler kot nk makan2 serangga bagai.

Tp masa kecik2 sy penah makan belalang kunyit yg dibakar, hahaha..
Bila dh tua2 ni...takde ler...ngeri pulak.

Haryati Faizal said...

i pun tak lalu la nak makan serangga2 tu...hihihi

Ratu Hatiku said...

Eee geli la plak...xpelah sanggup diet lagi dr mnk serangga2 tu...

Bestnya kalau kat malaysia buat kafe mcmni.. KA jom kita bukak satu hihihi

Deqla Manjew said...

gmbr pertama tu x cool langsung!! eeeiii nk muntah rasa!! gmbr kedua tu mmg cool... heaven la kan.. haha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...