Tabung Masa Depan ...

Friday, May 03, 2013

Tahniah & Berita Gembira Buat Nurul & Jehan

NURUL WAHAB
Tahniah buat Penyanyi Nurul Wahab yang kini sedang hamil anak kedua selepas 15 tahun kehamilan yang pertama dulu.


Nurul atau nama sebenarnya Nurul Huda Abdul Wahab, 36, berkata, dia sangat teruja dengan kandungan yang kini berusia empat bulan itu dan berharap proses kehamilannya itu berjalan dengan baik.

"Bayangkan anak sulung saya sudah berusia 15 tahun dan kini mengandung buat kali kedua. Sudah tentu saya berasa sangat gembira dan teruja," katanya ketika ditemui mStar Online baru-baru ini.
Nurul dan Eric Daniel Depp, 48 yang merupakan perunding kesihatan warganegara Perancis telah mendirikan rumah tangga pada 6 Jun 2012.

Hasil perkahwinan pertamanya dengan komposer terkenal Ajai, penyanyi itu mempunyai seorang anak perempuan bernama Ayu Nazirah, berusia 15 tahun.

JEHAN MISKIN
Sekalung tahniah juga, buat Pelakon Jehan Miskin yang bakal mengakhiri zaman bujangnyer esok.
Dan beliau berharap tiada pihak yang berkecil hati, jika tidak mendapat undangan ke majlis pernikahannya dengan gadis Korea yang masih dirahsiakan identitinyer,  kerana ia diadakan untuk keluarga dan teman rapat sahaja.
 
 Jehan atau nama sebenarnya Mohd Jehan Miskin, 34, berkata, dia hanya menjemput 100 orang tetamu dan ingin melayan mereka sepenuhnya untuk sama-sama dapat meraikan hari bahagia itu.
"Saya dengan bakal isteri hanya mahu mengadakan sebuah majlis yang sederhana agar kami dapat melayan semua tetamu yang dijemput.

"Lagipun ia merupakan hari bersejarah buat kami, jadi kami inginkan sesuatu yang istimewa buat keluarga dan teman-teman yang susah-senang bersama kami," katanya yang dihubungi mStar Online di sini pada Khamis.

Majlis akad nikah akan diadakan di Carcosa Seri Negara dekat sini kira-kira pukul 2 petang dan selepas itu disusuli dengan majlis bersanding dan minum petang.

Siapalah gadis Korea yang bertuah tu yer ?

Sekali lagi tahniah buat keduanyer & sama2 kita doakan yer !

( N3 AUTO PUBLISH )

25 comments:

baby comel said...

Tahniah buat mereka...

Pokok Manggis Depan Rumah said...

Alhamdulillah. tahniah buat mereka.

ummuaidan said...

tahniah utk kedua2nya especially nurul..tumpang gembira..:)

paridah said...

TAHNIAH BUAT KEDUA-DUA INSAN SENI INI YANG SEDANG MELALUI DETIK KEBAHAGIAAN DLM KEHIDUPAN MASING2....

Masha Meisters said...

ehm2 tahniah.....hehe
org kat sini je biler la erk nak tamat zaman bujang....hehe

Cho Zila said...

tahniah.. tahniah.. berita gembirakan syukur aAlhamdulillah..

ANIM said...

sorang bakal dapat anak, sorang bakal dapat isteri...tahniah buat kedua2nya

Ati Masrif said...

balik kampung ngundi ke :)

mesti anak nurul syantekk gitu

adyna said...

Wah, tahniah utk mereka berdua

Mayang ABDUL RAZAK said...

wah tahniah jehan dan nurul ...

Z ie said...

Tahniah untuk kedua2 nya..

nuyui a.k.a miss YUI said...

tahniah buat mereka berdua..

wantie said...

tahniah..tahniah.. sukanya dengar berita gembira ni.

Fiza Rahman said...

Tahniah buat mereka.

Haryati Faizal said...

takde angin, takde ribut tetiba je jehan ni nak kawen... pandai betul dia simpan rahsia ye... apapun itu yg terbaik kan? semoga berbahagia ke akhirnya ye

Ibu Lala said...

Tahniah tahniah tahniah

Aku Penghibur said...

thaniah buat mereka :)

Sue-Rya Qistina said...

tahniah buat kak nurul dan jehan!
semoga semua kan baik2 saja :)
dengar berita jehan nak bernikah dgn gadis korea tu buat saya terperanjat je. hehehe.
cam tetiba je kan

LiYa HaNiF :: said...

tahniah buat mereka..

Nurzakiah Hanum said...

singgah petang :)

QasehnyaRania said...

tahniah buat mereka.

sronoknya nurul :)

hainom OKje said...

Tulah...dengar pasal jehan ni kat radio tadi....
Mesti come anak nurul nikan KA

Cinta Misteri said...

tahniah nurul & jehan...

gadis korea??? huhuhu

ALoNa CintamaniszLite said...

jauh dia cari ye..
Alhamdulillah, jodoh ngan orang korea..

Deqla Manjew said...

wahh.. tahniah nurul.. bakal dpt anak dgn suami lain...hihi.. tahniah jugak buat jehan...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...