Tabung Masa Depan ...

Monday, June 17, 2013

Antara 4 Tips Terbaik Cara Didik Anak Belajar

Bukan  senang nak mendidik anak supaya rajin belajarkan.
Kadang2 nak suruh buat homework pun berbuih mulut kitakan
Tapi bagi KA, banyak cara yang boleh kita praktikkan
Untuk mendidik anak2 agar rajin belajar
Kalau di sekolah, mungkin ada guru  yang memantau
Tapi kalau di rumah....
KA nak kongsi 4 antaranyer 

Pertama :-
Jangan suka berleter.  Tapi cuba puji prestasi anak2 kita tu.
Kita sendiri pun tak suka kalau dileterikan, begitu lah juga anak2.
Puji setiap kali ada peningkatan dalam pembelajaran.
Dan berikan sokongan andai ada penurunan. 
Ini akan membuatkan anak2 berasa dihargai 
Dan akan berusaha untuk lebih berjaya di masa hadapan.

Kedua : -
Didik anak anda secara langsung.
Maksudnyer apabila anak2 kita belajar, duduklah bersama
dan tanya sama ada anak2 bermasalah atau tidak. 
Kalau rasa ada sedikit kemahiran bolehlah kita ajarkan pelajaran tersebut.
 Kalau tidak, sekadar duduk memberi galakan sudah memadai. 
Sambil tu cerita2kan sedikit kisah2 motivasi & kejayaan
yang boleh anak2 jadikan sebagai satu ransangan untuk mereka berjaya. 
Pasti anak2 rasa tenang dan memudahkan pembelajaran mereka di rumah

Macam Adiklah sekarang ni. 
 Tapi KA kenalah siap sediakan air minuman & apa2 untuk dia kudap2 !!!!
Along & Angah pulak sejak dah besar2 ni lebih suka buat sendiri, 
kalau tak tau tu, barulah sibuk nak cari Umi !
 
Ketiga : 
Tukar cara mengajar anak anda kepada yang lebih seronok & bersahaja
Tak semua anak samakan. Ada yang cepat belajar 
Ada juga yang agak lambat. Namun yang penting, pastikan anak2 rasa seronok
untuk belajar sambil kita lihat dimana kekuatan dan kelebihan anak2 kita itu.
Tak kisahlah lambat sedikit, namun akhirnya mereka akan cemerlang juga
Andai ada usaha !

Keempat :
Sentiasalah mendoakan anak2 kita.
Janganlah berharapkan kecemerlangan semata2
Kerana bukan semua2 anak2 cemerlang dalam pelajaran
Allah swt maha adil
Anak2 kita juga sebenarnyer ada kelebihan2 yang lain dalam diri mereka
Yang kita tidak sedar sebenarnyer
Jadi doa untuk mereka anak2 kita sangat2 penting !
Doa seorang ibu kan makbul.... In Shaa Allah

( KA Sekadar Berkongsi, Moga Bermanafaat Yer ! )

(N3 AUTO PUBLISH )

18 comments:

Nieyl said...

Singgah pagi...:)

Cikda said...

yela KA cikda pun setuju dgn tips2 ni.. insya allah kita amalkan sama2..

nuyui a.k.a miss YUI said...

ada gunanya ni =)

CtAyue said...

good sharing...betullah bila selalu puji dan galakkan mereka, mmg anak2 akan jd minat..

Norma NML said...

Betul tu Kak KA..anak ni kalau kita push dorang pun dah tahu stress. Kena banyak bersabar dan berdoa..:-)

Khai♥Rin : anies said...

setuju sgt2 kak...tp mak ayah ni kena byk bersabar...ada jenis mak ayah yg krg sabar..

JunAina said...

Anak bungsu akak memang lambat sikit belajarnya. Bertabahlah mak ni dok mengajar. Darjah 3 baru lancar membaca.

NM02 said...

TQ KA... akan ku guna ilmu ini utk mendidik qausar bila besar nnt

mama aryan said...

salam KA...

tips yg sgt berguna utk saya ni

Maria Firdz said...

bgus entry ni.. ibu bpa guru terbaik utk ank2.. cikgu di sekolah hnya mmbntu.. :)

faraherda.razalan said...

Amboi, siap ade kudap. Kang kudap2 sgt kang, gumuk lak. Heheheheh...

Kakzakie said...

Terima kasih moga dpat dimanfaatkan.

Bin Muhammad said...

Terima kasih KA, tips yang bagus ni

are_lin@yu said...

adoi trnmpk daim lah..trs trliur.haha

Mizz Aiza said...

yang no.4 tu paling penting..

Deqla Manjew said...

setuju dgn tips yg diberi.. paling penting puji mereka sbb pujian boleh merangsang semangat mereka.. kalo keje nak kondem je camne anak nak berjaya ye dak.. ? =)

hainom OKje said...

Terima kasih share petua ni KA...

Fiza Rahman said...

Good tips kak. Thanks.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...