Tabung Masa Depan ...

Tuesday, June 04, 2013

Bila Adik Digigit "Lion" & Petua !

Beberapa hari lepas waktu duduk2 dengan Adik
Tersentuh sikit kat lengan dia, dan Adik mengaduh sakit !
Bila KA tanya kenapa
Adik jawab  "Lion gigit " sambil tunjuk kesan bengkak dan lebam biru di lengan
En Hubby yang duduk sebelah terus tanya balik
"Singa mana pulak yang gigit, kucing gigit kot "
Adik tanya balik " Apa pulak Singa ni Abah !"
Abah : "Yelah Adik kata Lion gigit !"
Adik : " Bukan lion lah, Rayyan...Rayyan,  Rayyan Firdaus tu yang gigit !"
Abah : " Oh ingat Adik sebut Lion gigit tadi !"
KA :  "Macam mana dia boleh gigit !
Adik ; "Adik dukung dier, tiba2 aje dier gigit, sakit pulak tu !"
KA : "Ha Ha Ha.. seb baik Rayyan kalau betul2 lion tak taulah macam mana!"
KA nak ambil gambar kesan gigitan dan lebam tu dan tepek di blog, tapi Adik tak nak !
 
Cepat2 En Hubby ajar Adik cara ni nak redakan sakit dan lebam tu. Macam ni..
Baca selawat 3 kali pada ibu jari kanan
Tekankan sedikit ibu jari tu pada lelangit kita
Sambil doa minta sembuhkan penyakit
Dan tekapkan ibu jari tadi pada tempat yang sakit/lebam tadi ..
In Shaa Allah !
Memang berulang2 Adik buat tu ! Nak hilang cepat katanyer ...

( N3 AUTO PUBLISH- Tengah busy di office baru ni ! )

23 comments:

Sheila Salim said...

Assalamualaikum KA, ehh... adik panggil Rayyan tu Lion ek? hehehe thanks for sharing doa kak :)

Nurzakiah Hanum said...

ingat singa tadi
hihi

LiYa HaNiF :: said...

terkejut gak lion gigit tu... kalau lion gigit hancur tangan adik... hehe rupanya rayyan yerk... :)

ummuaidan said...

siannyer adik kena gigit lion a.k.a rayyan..moga cpat surut yer..

ummi izan said...

hehe... kalau betul2 lion yg gigit bukan lebam je kot. sebut rayyan rupanya ye...

Fiza Rahman said...

Sian adik. Kena gigit dgn lion...hehehe...Mesti comel lion tu kan.

Cucu saya pon nama rayyan kak. Saya panggil lion juga >_<.

lieyalatif said...

Hahahahah comel bile rayyan disangka lion tu KA....

Deq's Qienz said...

hehee..lawak..mst cumill

QueeN TerataI said...

lor... rayyan rupanya.. kalo lion betul td bkn takat lebam je tu...

LYAfrina said...

heheh.. kelakor plok adik ni..

tq for sharing petua tu.. satu lagi petua, kita tuang susu pekat kat tmpat digigit/cakar & biar kucing jilat semula kaw tu.. msa kecik dulu mama lya pnh buat camni.. luka tu x melarat

ainnoraini said...

comey jer...dah berukar nama jadi lion...

mama aryan said...

hahaha...ingatkan betul2 kena gigit dgn lion td

Deqla Manjew said...

hahahhahaa.. rayyan bertukor jadi lion... hihihi... thanks utk petua tu.. bole la amalkan nnti.. =)

Ira said...

siannya adik..
sib baik bukan lion..hehe..
ira pn selalu kene gigit ngan aimy. boleh cuba la petua ni nnt. selalu ira biar je lebam.

mama ila said...

pernah jugak ila dengar petua tu..

ZazaMyMoon said...

hahaha sweet je ;)

Kakzakie said...

Org tak ada adik mesti suka tak sangka kena gigitlah pulak ye, kesian...

ALoNa CintamaniszLite said...

kalo lion...tak gigit dh...terus baham jer, hehe..ngeri laa bila dh tersalah amek info ni, hihi..

are_lin@yu said...

heheh rayyan jd lion ya..hihi

wantie said...

hohoho.. rayyan ngan Lion tu hampir hampir je bunyinya kan..

hainom OKje said...

Arwah abah OKje dulu pun amalkan ibu jari letak lelangit kalau nak ubatkan penyakit ni!

kiera'sakura said...

adik nak sebut cepat la tue. rayyan dah bunyi macam lion hihihi

Cikda said...

huish..cikda ingat lion tu nama jin ke hapa ke.. hahahhaa... suspen je adik nih..

thanks sharing caran nak hilangkan lebam tu.. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...