Tabung Masa Depan ...

Thursday, June 06, 2013

Cerita Misteri Di Jam 12 Tengah Malam

Baru2 ni waktu balik kampung En. Hubby, duduk berbual dengan kakak ipar KA sambil tonton TV. Kisah di TV berkisar tentang pengalaman mereka2 yang bekerja di waktu jam 12 tengah malam.  Sambil2 tengok TV, sambil2 dengar cerita & pengalaman Kakak Ipar KA tu sendiri. Ada dua kisah yang diceritakan beliau.  Jom KA kongsi!

( EHSAN GOOGLE )

Kisah 1 - Bila Mesin Taip Berbunyi Sendiri 

My SIL dulu2 kerja dengan KEMENTAH.  So, ada masa2 nyer dier kena standby juga.
Dan menurut beliau adalah menjadi kebiasaan, bila jam melebihi 12 tengah malam aje,
maka mesin taip dalam pejabat akan berjalan dan  berbunyi dengan sendirinyer.
Seolah2 ada yang sedang menggunakannyer,
walhal tidak ada seorang pun yang ada waktu itu.
Memang seram gilerlah. Tapi alah bisa , tegal dek biasa kan. 
Menurut beliau, biasalah kem2 askar ni selalunyer dah agak lama dan
terletak jauh agak ke dalam.  Benda2 macam ni memang bukan asing buat beliau ! 

Kisah 2 - Hantu Raya Di Rumah Sewa

My SIL selalu bertukar2 tempat kerja. Biasalah kerja dengan gomen.
 Ada satu ketika, beliau menyewa di sebuah rumah yang agak besar dan selesa.
Terletak di dalam negeri pahang.
Tapi menurut penduduk sekitarnyer, tak ramai yang sanggup tinggal lama di rumah itu.
Paling lama pun bertahan setakat sebulan macam tu !. Alkisahnyer, kata beliau memang 
banyak gangguan.  Antaranyer setiap kali beliau masuk ke kawasan dapur,
pasti seluruh bulu roma beliau akan meremang naik.  Pernah juga beberapa kali,
anak2 beliau yang masih kecil menjerit2 memberitahu mereka nampak
satu lembaga besar berbulu yang sering duduk di atas pam tandas.
Apatah lagi, My SIL tinggal bersendiri dengan 3 anak kecil kerana
my BIL tinggal berasingan kerana posting di tempat lain sebagai Navy.
Cuma My SIL sentiasa kuatkan semangat dengan solat & sentiasa isikan masa di rumah
dengan bacaan2 ayat2 suci Al Quran.  In Sha Allah beliau sendiri tidak pernah
diganggu oleh lembaga tersebut.
Satu hari, katanyer salah seorang sahabat sekerja beliau ingin menumpang tidur
di rumah beliau.  Sementalah My BIL xde di rumah, My SIL dan kawan beliau
tidur di atas katil dan dalam bilik yang sama.
Pagi esoknyer, kawan beliau memberitahu, satu malam beliau tidak dapat tidur
kerana diganggu dan ditindih oleh satu lembaga berbulu hitam yang besar.
Walaupun menjerit meminta tolong, suara seakan tersekat hinggalah menjelang subuh.
Begitulah antara pengalaman beliau sendiri.   Beliau sempat tinggal lebih setahun juga
di rumah itu, sebelum ditukarkan bertugas di temnpat lain.
Menurut beliau, selepas itu ada juga orang yang menyewa rumah tersebut,
tapi tetap tak bertahan lama gara2 gangguan tersebut .
Bila KA tanya apa agaknyer lembaga tersebut.
Kata beliau, rasanyer itu hantu raya yang ditinggalkan tuannyer di rumah tersebut.
Wallahua'lam

Bagi KA, yang penting kita kena kuat semangat,
sentiasa dekatkan diri dengan Allah swt
solat & amalkan selalu membaca ayat2 suci Al Quran
In Shaa Allah terhindar dari gangguan jin & syaitan kan !
Jadi, Mulakan hari kita dengan Bismillah ..........

16 comments:

Nurzakiah Hanum said...

seram

nuyui a.k.a miss YUI said...

eh, tak sggup nak bc hbs..huuh

ZazaMyMoon said...

InshaAllah, betul tu KA, kita kena sentiasa dekatkan diri dengan Allah..
kadang2 tu cerita dalam tv ada benarnya kan KA.. mungkin diorang based on cerita sebenar. wallahwa'lam

beta kupu said...

seram gak dgr citer ni...tp yg xbley blah ayat ni 'adalah menjadi kebiasaan, bila jam melebihi 12 tengah malam aje,
maka mesin taip dalam pejabat akan berjalan dan berbunyi dengan sendirinyer.'....seraaaaam. Tapi kra kuat n tabah la SIL KA tu, bley stay setahun lbey pdhl org len sbln dua je....

eLL said...

nasib baik tak pernah alaminya, KA

Aien said...

x dapat nak bayangkan kalau diri sendiri berdepan dengan keadaan tue..eeee...seram..

Ira said...

seram nye..
ira suka jgk tgk citer tu, detik 12 malam. tp da beberapa kali x tgk sbb on the way blk dr kg. huhu..
betul tu, kita kene kuat smgt.

JunAina said...

Kalau Kak Aina dah lama lari malam.

Rasp said...

uishhh berani tul SIL u sis....
i ni memang sedia maklum penakut...
kalo i lah rasanya mau tahan sehari jer kot hehehehehe...

wantie said...

ini petua. T pun dudlu masa anak dara suka kena tindih. kata org kalau kita kena tindih. sila gerakkan ibu jari. kekononnya kalau hantu tu nampak yang ibu jari still bergerak so tindihannya tu tak berjaya. dia akan blah.. la. T ada jugak buat gitu.

then masa peknen kan Amirul T selalu didatangi makhluk berbulu yang menyerupai muka my hubby. Datang tidur sebelah. bila azan subuh je. dia blah..then kandungan selalu bleeding je. jenuh jugak le berubat. kata orang kalau berbulu tu. Hantu Raya.

:: Mrs.Eady :: said...

serammmm...

Deqla Manjew said...

deqla pun suka tgk detik jam 12 tu..erkk seramnya .. boleh pulak mesin taip bunyi sendri.. ditindih hantu? deqla penah rasa pengalaman mcm tu kak.. dalam samar2 boleh nmpk rambut lembaga tu yg berjurai dpn mata deqla.. tp sejak dah kawen deqla dah x kena ganggu dah.. rasa kena tindih tu mmg sakit sgt kak.. rasa x bole bernafas.. tp deqla lawan dgr cara sebut ALLAHUAKBAR.. wlupun suara tak keluar tp sedaya upaya lontarkan dari hati..seram bila ingat blk..

Nursaila Norman said...

nasib baik baca kisah seram kat ofis..kalau kat rmh pastu mlm2 lak..mmg takut laaaaa..huhuhu

Fiza Rahman said...

Betul tu kak. Kena kuat semangat.

Bin Muhammad said...

Menarik...terhibur dlm keseraman...
sambil shopping sekali :)

nur ilmi saskia masmuda said...

Gue takut banget

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...