Tabung Masa Depan ...

Monday, June 03, 2013

Fouziah Gous Sah Tunangan Zhafran

KA pernah buat N3 tentang rancangan pertunangan pelakon cantik
Fouziah Gous dan kekasihnyer waktu itu Md Zhafran
Akhirnyer, semuanyer menjadi kenyataan dalam satu majlis pertunangan
Yang diadakan di restoran Asmara Penchala, Sungai Penchala Sabtu lepas 
 Pada majlis itu juga, Zhafran memberi 5 dulang terdiri daripada tepak sireh, manisan, 
set kosmetik dan wangian, sepesalinan kain dan sebuah kamera. 
Dan sebagai balasan, Fouziah memberikan sebanyak 7 dulang kepada Zhafran 
yang terdiri daripada jambangan sireh junjung, sepasang baju melayu, selembar songket,
 sebuah beg, set wangian, senaskah Al-Quran, juga coklat dan buah-buahan.
 Acara kemuncak menyaksikan ibu Zhafran, Puan Normah Ali menyarungkan cincin 
ke jari Fouziah tanda diri pelakon Trilogi Cinta dan Cinta Bertamu di Abu Dhabi itu kini
 tunangan kepada anak lelakinya. Saat manis itu turut disaksikan oleh ibu Fouziah.
 
Gambar2 sekitar majlis pertunangan mereka.
 
 
 
Fouziah dan Zhaf memilih bulan September tahun ini untuk melangsungkan perkahwinan mereka.
Mudah2an apa yang dirancangkan dipermudahkan jalannyer kan !
Sekali lagi tahniah Fouziah & Zhafran.....
Memang sama cantik sama padan ni !

17 comments:

Papa Mifz said...

kelihatan mcm berkahwin pulak...hehe

ANIM said...

Moga selamat hingga ke jinjang pelamin..
Bahagia terserlah

hazwan hairy said...

sgt gojes...tahniah kt dorg sgt sepadan..

MulutPayau said...

memang sama cantik dan sama padan....

zulaikha megat said...

sama cantik sama padan..semoga semuanya berakhir dijinjang pelamin..

Knor said...

muka hampir sama..sama padan

MystoryPic said...

Sesuai sangat... handsom dan cantik sangat

GA GreenArtwork said...

bru tunang..... tak sah lagi tu.....

My recent post : Salam Perkenalan dari GREEN ARTWORK

Maria Firdz said...

hmm.. bertunang mcm khwin dah.. resam ni buat org terikut2 ala artis.. huhu.. apa2 pun tahniah.. moga kekal hgga ke jinjang pelamin..

nea lopah said...

sepadan..semoga kekal hingga jinjang pelamin.

Zira Aziz said...

..dh mcm majlis kawen dh..

NinaAz said...

gojesnya dia. cantik sgt

LiYa HaNiF :: said...

mmg sama cantik sama padan.. :)

Fiza Rahman said...

Tahniah buat mereka. Sama cantik sama padan. Muka mereka pon ada iras ☺☺

Ira said...

sepadan mereka berdua ni. ensem & cantik.. :) semoga yg dirancang akan terlaksana..

mama aryan said...

tahinah utk mereka, seoga kekal hingga ke akhir hayat

Deqla Manjew said...

laa.. ingatkan dah nikah.. hihi.. rupanya tunang jek.. majlis nmpk mcm nikoh dah ni..haha.. retis la katakann.. hensem la tunang foziah.. lg hensem dari iqram.. hihihi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...