Tabung Masa Depan ...

Saturday, June 15, 2013

Kongsi Kisah Cempaka Dengan Adik


 CEMPAKA TU MACAM MANA ????
Adik kan peminat siri GBS tu.
Ala GENG BAS SEKOLAH...
Hari tu dah tanya pasal Orkid.
KA siap dah buat N3 dah.
Yang ini, sibuk nak tau pasal Cempaka pulak.
Ok KA kongsi sama2lah
Mesti kena cari info jugak,
Nampaklah cerdik sikit banyak bila explain kat Adik He He He 
KA pun baru tau juga ada tentang
Adanyer Cempaka putih & kuning ni !
Takpelah kita sama2 tambah ilmu yer ...
Michelia alba atau lebih dikenali dengan nama Cempaka putih adalah sejenis pokok berkayu yang biasanya tumbuh di hutan dengan ketinggian mencapai hingga 30 meter. Cempaka (atau nama genusnya Michelia) memiliki 3 spesis dengan warna bunga yang berbeza iaitu warna putih (michelia alba), warna kuning,dan warna merah (michelia champaca). Daun cempaka putih mempunyai permukaan yang licin.
Buahnya yang boleh dimakan dan mempunyai rasa yang sedap ,mempunyai bentuk seperti jantung dengan bahagian bijinya yang agak pahit. Kayunya boleh dijadikan perabot dan peralatan rumah. Akan tetapi hasil perabot dari kayu ini jarang didapati kerana kuantiti pokok cempaka besar yang terlalu kurang. Sekarang, kaedah kahwin telah membolehkan cempaka ditanam sebagai tumbuhan tanaman dalam pasu dan boleh berbunga walaupun tingginya belum mencecah satu meter.
Bunganya yang berbau wangi mempunyai kandungan minyak volatile yang terdiri daripada cheraniol, linalol, methuleugenol, asid benzik, nerol, dan methulaethulazijnzuur. Kayu cempaka juga mempunyai bau yang sangat wangi dan biasanya minyak pati cempaka didapati dari ekstrak bunga, daun dan kayunya.


Kata orang, bunga cempaka kuning ni pun boleh digunakan
secara tradisional untuk merawat Penyakit Kencing Tak Lawas

CARANYER...

1. Sediakan beberapa kuntum bunga cempaka kuning dan bersihkannya.
2. Rebus kesemua bunga tadi sampai mendidih.
3. Bila air rebusan dah mendidih, biarkannya sehingga agak suam kuku.
Kemudian, barulah anda meminumnya.

SOURCE & INFO CREDIT HERE

OK  Adik, dah habis cerita tentang
Orkid & Cempaka yer..
Jangan tanya tentang Bobby pulak sudahlah...
GBS !!!!!!!!


( N3 AUTO PUBLISH )

18 comments:

Mizz Aiza said...

aiza selalu tengok yang warna putih tu.. ada warna kuning juga ya.. terima kasih atas perkongsian ni.. :d

Kancil 8349 said...

cempaka putih tu kalau kumpul banyak2 dan diikat...baru dibuat permainan sepak2..

Kakzakie said...

Yg ada khasiat kuning tapi rumah kampung in-law kakak yg ada warna putih. Tapi kalau malam baunya menyeramkan wangi menusuk seluruh kawasan. Dulu kakak memula kawen takut sebab kan sinonim cerita pontianak, sekarang dah lali tak takut lagi:)

aTieYusof Family said...

erm! sama lah anak sy tu suka sgt GBS tu..hehe..sllu juga tengok bunga cempaka ni...

Raudzah Z said...

Nasib baik adik bijak..so mummy dia kena buat extra work..he..he..kita pun baru tau ada dua cempaka, putih & kuning..ingatkan cempaka putih aje..,

zaza nizam said...

owh boleh dibuat kencing tak lawas. thnaks info kak.. bru tau.. bunga ni pun wangi kan.. :)

wantie said...

thanks for the tips.. baru tau je ni

kalau T dodulu bila kencing tak lawas, Nenek suh kencing kat atas pos puntung kayu yang berbara tu..

sekarang ni mana nak cari puntung kayu api..semua guna dapur gas.

ieda immi said...

suke tgk bunga cempaka ..
teringat nama isteri azhar sulaiman

cempaka emalin .... admire sgt nama tuu dulu .. ;)

KY said...

KY pun suka bunga cempaka ni, baunya lembut je, biasa jumpa yg putih je

ummuaidan said...

Oh tak tahu plak cempaka boleh buatubat..thanks for sharing yer KA

ANIM said...

Dulu cempaka ni dijual dalam kelongsong 10 sen..
Persis " gadis dan bunga"
Saya beruntung mgajar area kg..masih ada anak2 murid bagi bunga cempaka kat sekolah..

MystoryPic said...

cempaka kuning & cempaka putih memang bau wangi.... suka kalau letak dalam sejadah

baby comel said...

cantik cempaka yg kaler kuning tu.. tapi tak pernah tengok real depan2 =)

Chic Na said...

suka bunga ni. wangi sangat. dulu byk kat umah atok.

klik digi..

Ietams said...

bunga cempaka ni wangi.
kat kampung byk org ade tanam kat rumah dorang.
ms kecik2 dulu rajin tengok acik2 selit bunga ni kat rambut bile time berbunga... ayu je acik2 tu bersanggul cempaka

Bin Muhammad said...

Baru tau...buahnya boleh dimakan, nanti balik kampung nak cubalah. Tq KA

mama aryan said...

bila anak2 bertanya,emak pun akan berusaha mencari jawapankan,sedikit sebanyak dapat juga pengetahuan utk kawan2 yg membaca ni..tq KA

Deqla Manjew said...

owh... berkesan utk penyakit kencing x lawas ye kak? baru2 ni deqla ada penyakit tu.. tp deqla minum air bali je.. berkesan juga.. =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...