Tabung Masa Depan ...

Saturday, June 01, 2013

Tak Jadi Ke Trengganu Tapi Berkenduri Aqiqah Pula

Plan hari ini sepatutnyer nak berkonvoi ke Trengganu
Sama2 dengan ipar duai dari pihak En Hubby yang bertolak dari Kelantan sana
Rombongan menghantar pengantin perempuan ke belah lelaki pulak sepatutnyer
Selepas kenduri di belah pihak SIL KA minggu lepas....
Apa nak dikata, terlambat bangunlah pulak
Gara2 En Hubby tidur lewat hingga awal pagi
Sudahnyer, tak dapat nak join sekali
Mungkin xde rezeki nak pergi !
Tapi, dapat jugak memenuhi jemputan kenduri saudara di tempat KA ini
Dibuat dari pagi dan berakhir tengahari tadi
Kenduri Kesyukuran & Doa Selamat 
Meraikan kelahiran cucu, marhaban , cukur jambul & Aqigah juga !
Tahniah buat 2 pupu KA ni......

ADIK YANG SIBUK MEMBELEK2 GIFT YANG DITERIMA
  ANTARA YANG HADIR & SEKITAR MAJLIS
 
 JEMPUTAN LELAKI YANG HADIR PADAT HINGGA KE PINTU RUMAH
 
Aqiqah (Bahasa Arab: عقيقه‎) ialah penyembelihan haiwan ternakan yang dilakukan untuk anak yang baru lahir sebagai tanda bersyukur kepada Allah. Perkataan aqiqah dari kata al-Iqqah bererti rambut makhluk yang baru dilahirkan, baik manusia atau binatang. Aqiqah afdhal dilakukan dalam tempoh seminggu selepas kelahiran.
 Hukum aqiqah menurut pendapat yang paling kuat ialah sunat muakkad
Sebagaimana sabda Nabi s.a.w kepada Fatimah ketika mengaqiqahkan Hasan:
"Hai Fatimah!, cukurlah rambutnya dan bersedekahlah dengan perak kepada orang-orang miskin seberat timbangan (rambutnya). Mereka berdua lalu menimbangnya, adalah timbangannya waktu itu seberat satu dirham atau sebahagian dirham".
Aqiqah boleh dilakukan serentak di atas bahagian yang sama dengan korban. Pada hari aqiqah disunatkan anak yang baru lahir diberi nama yang bagus dan dicukup rambutnya serta bersedekah seberat timbangan rambutnya (bagi yang mampu) dengan perak.
 

3 comments:

baby comel said...

Semoga baby tu membesar dgn baik nanti

Herma Julianny said...

mana gambar budaknya??

Chic Na said...

meriahnya majlis. ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...