Tabung Masa Depan ...

Friday, June 21, 2013

Yuna Sedang Mengenal & Raja Azmi Rancang Bertunang

Terbaru tentang Yunalis Zarai atau lebih dikenali sebagai Yuna, beliau mengakui dalam proses mengenal hati budi Julian Schratter yang merupakan jurugambar rasminya di Amerika Syarikat.
Walaubagaimanapun Yuna enggan mengulas lanjut tentang kisah percintaannya kerana 
sudah belajar daripada kesilapan lalu.
"Ya,kami sedang berkawan. Masih lagi dalam proses mengenal hati budi masing-masing," ujarnya ketika ditemubual menerusi Skype dalam satu sidang media konsertnya di Istana Budaya pagi tadi.
Dalam pada itu, Yuna turut menampilkan Julian atau mesra dengan panggilan Jules dalam muzik video terbarunya, "I Wanna Go" yang merupakan lagu single pertamanya bawah naungan The Verve Music Group. 


Dalam perkembangan lain, Yuna bakal beraksi di Istana Budaya buat julung kalinya dengan diiringi Orkestra Simfoni Kebangsaan pada 6 hingga 8 September akan datang.


Yang ini pulak kisah Raja Azmi yang bertemu jodoh baru katanyer.
Kalau sudah jodoh, pasti tidak ke mana. Usia 54 tahun ternyata tidak menghalang Raja Azmi untuk berkahwin sekali lagi selepas perkahwinannya dengan Jailani Sidek menemui kegagalan.
 Lelaki bertuah yang berjaya mencuri hati Raja Azmi ialah Eddie, 45 tahun yang merupakan
 pemain gitar kumpulan rock CRK.


Menurut Raja Azmi, majlis pertunangan dirancang akan dijalankan pada 15 Julai ini. 2 bulan selepas itu akan diadakan pula majlis pernikahan. Semoga segalanya berjalan lancar buat Raja Azmi dan Eddie. 


Kita doakan yang baik2 ajelah yer ! 

( N3 AUTO PUBLISH - Busy sikit ler hari ni ! )

25 comments:

Sheila Salim said...

Assalamualaikum KA, yuna dah ada yang baru. heee ehh RA nak kawin? alhamdullilah. dah sampai jodoh dia :)

Noe said...

semoga apa yg dirancang oleh mereka..berjalan dengan lancar...kalau dah jodoh tak kan ke mana..

atty's said...

betul tu doakan yg baik2 je utk diaorg.

Knor said...

semoga bahagialah hendaknya..

QasehnyaRania said...

semoga jodoh mereka berpanjangan :)

Mizz Aiza said...

semoga semuanya baik saja.. :D

Nastyna said...

WIsh them all the best, respek la RAja Azmi, even dia lebih tua, tapi tak nampak pun kan.

Fiza Rahman said...

Semoga adalah jodoh mereka tu.

Farah Waheda Wahid said...

betul KA...kita doakan yang baik2 ajerlah buat mereka... *_^

Deqla Manjew said...

haih... yuna ni dgn mat salleh pulak.. hihi... tahniah buat raja azmi dan pasangan... kumpulan rock CRK? yg femes dgn lagu cinta dan airmata tu ke ?? hihi..

Daddy Ziyyad said...

Elok la tu..

Moga dapat membina rumahtangga yg di redhai Allah...

Mira Adzlia said...

semuge mrk berjodoh :)

❤Kamsiah❤ said...

bab hati dan perasaan ni...org lain susah nak faham..yg punya diri ja yg tau..

Cik Kay Jue said...

semoga semuanya berakhir dengan baik.. >_<

boni kacak said...

kita doakan yang terbaik buat yuna.. :)

Azian Elias said...

semoga mereka berbahagia lah kann..

eita said...

xyah tunang lah kawen terus je...
senang citer

man said...

Betul2 semoga diaorg dalam keadaan baik..hehehe

Chic Na said...

doakan yg terbaik jelah utk mereka.. ;)

Kancil 8349 said...

semoga jodoh mereka ditemukan dan berkekalan

wantie said...

semoga RA, bertemu kebahagian yang lebih baik selepas ini.

Raudzah Z said...

Semoga berbahagia ya yuna...and raja azmi jugak..

Riedaffya ibrahim said...

yuna jumpa orang jauh ye..

ayut said...

ooooo...kenal mengenal yg lg 1 bakal bertunang..insya Allah..doakan yg terbaik...

ayut said...

ooooo...kenal mengenal yg lg 1 bakal bertunang..insya Allah..doakan yg terbaik...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...