Tabung Masa Depan ...

Monday, July 01, 2013

Al Fatihah Sekali Lagi


Weekend semalam semua plan tak menjadi
Tahun ini, pertama kalinyer Floria terpaksa dilupakan
Minggu lepas kerana jerebu kuat
Minggu ini kerana sesuatu yang tak terjangka
Hari Sabtu lepas aje Zohor 
Bergegas menziarahi MIL sister KA di hospital
Masih tak sedar sepenuhnyer 
Selepas operation memotong bahagian kaki akibat diabetes
Dan menunggu hingga hampir senja di hospital
Plan malamnyer nak ke Floria sebenarnyer
Elok2 aje nak balik lepas waktu Magrib tu
Dapat panggilan telefon, MIL my sister tak stabil pernafasannyer
Dan tak lama selepas itu
My sister call kata MIL dier dah meninggal dunia...
Bergegas pulang dan malamnyer jenazah tiba dari hospital
Dan ditempatkan di rumah salah seorang anak arwah
Yang merupakan jiran KA juga
Dengan keadaan tidur hampir pukul 3.00 pagi
Dan terpaksa bangun seawal pagi selepas subuh
Kerana jenazah akan disemadikan seawal 9.00 pagi keesokkannnyer
Hujan renyai yang turun se awal pagi menambahkan sedih di hati 
Selesai semua urusan, sepatutnyer ada satu undangan kenduri
Tapi terpaksa dilupakan 
Kerana semua penat & keletihan
Petang baru ada kelegaan dan berkesempatan membantu
Menyediakan makanan untuk majlis tahlil di masjid malam nyer !
I'll definitely missed arwah so much
Dan merindukan bicara dan bualan arwah yang selalu berlucu & menghiburkan
Teringat2 saban tahun bila ke rumah arwah waktu raya
Beliau satu2nyer makcik yang masih beri KA angpau raya
Walau KA dah pun beranak tiga !..
 Sayunyer raya ni tanpa arwah ....
AL- FATIHAH SEKALI LAGI BUAT ARWAH

 
( Pagi ini salah seorang lagi jiran KA, Allahyarham Hj. Amir telah kembali ke rahmatullah , sama2lah kita sedekahkan Al- Fatihah buat Arwah dan pada semua yang telah pergi mendahului kita ! )

25 comments:

beta kupu said...

Takziah n Al - Fatihah untuk arwah berdua

Mizz Aiza said...

al-fatihah untuk arwah yang telah pergi meninggalkan kita.. semoga ditempatkan di kalangan orang yang beriman dan beramal soleh..

SarahSyafiq said...

Alfatihah.
Cerita KA ni hampir sm dgn jiran sy baru meninggal minggu lepas.sakit yg sm, waktu yg sama cuma mungkin bkn org yg sm.

aizamia3 said...

Al-Fatihah..
Moga KA dan keluarga kuat dalam mengharungi dugaanNYA..

shameel Iskandar said...

Al-Fatihah..
Benarlah Mati itu sebuah temujanji. ia akan menghampiri walaupun kita menajauhi.

nea lopah said...

Semoga RohNya di cucuri rahmat

nea lopah said...

Al-Fatihah...Semoga rohnya di cucuri rahmat dan d tempatkan d kalangan org beriman.

klik2 nuff juga =)

❤Kamsiah❤ said...

Al fatihah...semoga arwah dipermudahkan segalanya...sebaknya bila ramadan hampir tiba...org yg rapat dgn kita pula telah tiada..

Fiza Rahman said...

Al-fatihah buat mereka.

Eye_nee said...

Innalillahiwainnailaihiraji'un..

Semoga Roh mereka ditempat kan dikalangan insan2 yg diredhai...

Al-Fatihah...

lizz said...

alfatihah...moga rohnyer dicucuri rahmat....

NM02 said...

al-fatihah buat mereka yang telah pergi

Khai♥Rin : anies said...

RIP
alfatihah
salam takziah...

JunAina said...

Al-fatihah...semoga di permudahkan segalanya buat mereka.

zakirasli .. said...

Al-fatihah. salam takziah utk K.A .. setiap yg bernyawa pasti kan merasai mati.

dear xila said...

alfatihah buat KA ...

LydSunshine said...

Semoga mereka mendapat tempat yang lebih baik di alam sana.

:: Mrs.Eady :: said...

al-fatihah...

keli menari said...

al fatihah. Salam takziah

Acik Erna said...

AlFatihah buat arwah dan salam takziah but keluarg

wantie said...

Alfatihah dan takziah .

Asyifa Mustaffa said...

Al fatihah....smoga arwah ditempatkan dikalangan orng2 yg soleh....

Haryati Faizal said...

Al Fatihah....

Bin Muhammad said...

Innalillah...semoga pemergian mereka dicucuri rahmat, al-fatihah

Deqla Manjew said...

AL-FATIHAH.. moga ditmptkan arwah di kalangan org2 yg beriman...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...