Tabung Masa Depan ...

Sunday, July 21, 2013

Bila Resepi Di Tukar Belimbing Buluh Ke Mangga


Selalunyer KA buat
Mesti bubuh buah belimbung buluh tu banyak2
Memang sedap...
Tapi yang ini resepi yang diubah suai
Belimbing buluh ke mangga
Macam sedap jer... nak cuba lah juga untuk menu berbuka puasa!

Bahan-Bahan
Pati santan 250ml, diperah daripada 1 biji kelapa parut
Air 100ml
Pes cili padi 1 sudu besar
Pes kunyit hidup 1 sudu teh
Bawang merah 2 ulas, dikupas dan dihiris nipis-nipis
Bawang putih 1 ulas, dikupas dan dihiris nipis-nipis
Asam gelugur 1 keping
Telur itik 4 biji
Mangga muda 2 biji, dikupas, dibuang biji dan dipotong-potong
Cili hijau 2 tangkai, dibelah dua
Garam secukup rasa
Cara
Bubuh pati santan, air, pes cili padi, pes kunyit hidup, hirisan bawang merah
dan bawang putih serta asam gelugur ke dalam periuk.
 Jerang di atas api besar sehingga mendidih, kacau selalu agar santan tidak pecah.
Kecilkan api dan renihkan selama 5 minit.
Padamkan api dan pecahkan telur sebiji demi sebiji dalam kuah yang merenih.
 Biarkan telur tiga suku masak sahaja.
Hidupkan api dan masukkan potongan mangga muda,
kacau dan masak sehingga lembut.
Tambah cili hijau dan perasakan dengan garam secukupnya.
Padamkan api dan hidangkan.
Catatan Chef
Untuk mengelakkan gulai pecah minyak, masak gulai dengan api yang kecil.
Anda juga hendaklah selalu mencedok dan menuang semula gulai
ke bahagian tengah periuk dengan menggunakan senduk ketika memasaknya.

Resipi Ramadhan sumbangan Chef Ismail, dipetik dari ‘Kuisin Warisan Melayu’
Kredit: Restoran Rebung, Bangsar, Kuala Lumpur


21 comments:

Tetamu Istimewa said...

Kalau dah masukkan mangga muda dan asam gelugor, mesti berkerut muka nanti bila makan. tapi kalau yang suka masam-masam, mesti sedap kan.

Chic Na said...

belimbing buluh masam juga kan..

klik ikea..

❤Kamsiah❤ said...

saya tak pernah masak telut itik hehe...daging itik pun tak makan...makan telur masin ja

Mizz Aiza said...

nampak sedap resipi ni KA..

Marya Yusof said...

As salam KA,

Lama dah tak makan telur itik..! Kat sini ada jual tapi tak pernah try beli sb rs tak sedap kalau masak sendiri lagipun hubby tak makan... Marya pun suka klu letak belimbing buluh...kalau letak daun gelugur pun sodap gak... adeh, lama tak makan...

Selamat berpuasa :))

aizamia3 said...

terliur dibuatnye.. ;)
sesekali kita ubah resepi.. masamnya pun lebih kurang sama.. ;)

Asyifa Mustaffa said...

orng n9 mmg kbnykannya masak lemak disatukan dgn mkanan yg masam2...klau mangga tu..slalu mil guna yg muda..atau bacang..kadang rebung pun ada gak dicampur dgn daging salai..atau ikan salai...

Shaiful Zaidi said...

sedapnya..

ANIM said...

Nak makandi restoran rebung, alahai kocek kena tebal. Saya dapat resepi pun jadi lah...

Noe said...

resepi berbuka petang ni ke KA?

MulutPayau said...

Nmpak sedap ...boleh try buat jugak hanti ni....

Myra Jay said...

Mesti sedap ni, rasa masam2 lemak.. :)

Nak kena p cari mangga la :)

Ira said...

mesti sedap ni.. :)

Haryati Faizal said...

kecur air liur la KA...

Fiza Rahman said...

Sedap ni kak. Nasib saya bari makan gulai telur itik ni sabtu aritu. Tapi campur dgn pucuk ubi ☺☺

Fiza Rahman said...

Ford & hishop.

ummuaidan said...

belum pernah lagi bubuh mangga dlm gulai..agak2 msm tak nanti..

Deqla Manjew said...

kreatip..hihi..x penah lagi try mkn mangga dibuat lauk mcm ni...

baby comel said...

mangga muda??? lapar nya...

wantie said...

T pun suka kalau ada resipi yang letak mangga ni.

tetiba teringat pajeri buah kedondong.hmm... lama tak makan.

mama aryan said...

kecur air liur menengoknyer KA...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...