Tabung Masa Depan ...

Thursday, July 25, 2013

Makanan Ajaib Untuk Kesihatan

Mula2 macam tak percaya je, tapi bila baca fakta2 ada kebenarannyer !
Jom KA kongsi sama..
Gula-gula memanjangkan jangka hayat
 Ternyata kanak-kanak yang gemar memakan gula-gula menjadi lebih sihat, 
berat badan normal dan mengurangkan risiko penyakit jantung! 
Kajian lain pula mendapati orang dewasa yang memakan gula-gula berkemungkinan
mempunyai berat badan berlebihan berbanding orang yang kurang memakan gula-gula. 
Walaupun berat badan mungkin bertambah, gula-gula mampu memanjangkan umur kita 
sehingga satu tahun.

Bertih jagung (pop corn) kurangkan risiko kanser
 Menonton filem kegemaran di pawagam juga boleh menyelamatkan hidup anda.
 Bertih jagung sangat kaya dengan antioksida yang dipanggil 'polyphenols'. 
Polyphenol ini berfungsi untuk mengurangkan risiko kanser dan pelbagai penyakit lain 
seperti sakit jantung. Satu hidangan bertih jagung mempunyai lebih polyphenol 
daripada buah-buahan dan sayuran.

Gula-gula getah makanan untuk otak
Ramai orang berpendapat gula-gula getah tidak mempunyai manfaat. 
Anda mungkin tidak sedar ia boleh meningkatkan daya ingatan dan prestasi otak. 
Bukan itu saja, anda telah mengurangkan rasa lapar dan keinginan untuk makan
 (terutamanya makanan ringan yang tidak mempunyai kebaikan).

Cili legakan sakit
 
 Cili bukanlah makanan ringan namun dia juga bukan makanan untuk diet. 
 Sesetengah cili mempunyai lebih vitamin C berbanding buah oren. 
Bagi yang tidak tahu, cili boleh menyembuhkan sakit perut dan juga diaplikasikan 
dalam tujuan perubatan hari ini. Cili selalunya digunakan di dalam ubat sapu 
atau balsam untuk sakit sendi. Jadi dalam perubatan, cili digunakan untuk 
memberi rasa hangat bagi mereka yang mengalami sakit sendi.

Gula semulajadi baik untuk gigi
 Gula semulajadi ini selalunya digunakan di dalam gula-gula getah, pudina dan gula-gula
 yang lain kerana ia rendah kalori dan baik untuk gigi. Jika sering digunakan, 
plak dan asid laktik yang boleh merosakkan gigi akan berkurangan. 
Bukan sahaja membantu mengatasi masalah mulut, malah kanak-kanak 
yang mengambil Xylitol ini dua kali sehari boleh mengurangkan 
risiko jangkitan telinga sebanyak 25%.

Coklat baik untuk jantung
Ramai yang sedia maklum bahawa coklat boleh mengurangkan tekanan darah 
 dan meningkatkan fungsi jantung apabila diamalkan setiap hari dalam kuantiti 
yang secukupnya. Makan sedikit coklat mampu melembapkan kulit anda dan 
membuatkan wajah kelihatan licin. Selain itu, coklat juga mampu membantu anda 
daripada terkena sinaran UV.

INFO KREDIT SINI  & PHOTOS EHSAN GOOGLE

15 comments:

:: Mrs.Eady :: said...

Jommmm makan coklat! :)

Sheila Salim said...

Assalamualaikum KA, wahhh banyak manfaat sebenarnya. sheila paling suka coklat! heeeeeeee

Haryati Faizal said...

selalunye...mknn tu la yg org suh elakkn, tp ada jg kebaikan dia ye...

AnneRaini said...

still tak boleh makan byk2 nnti badan sihat gigi rompong..hehe

Deqla Manjew said...

byk mitos yg mengatakan smua ni tak elok utk keshtn kan.. tp hakikatnya salah.. so jom mkn byk2.. lagi2 cekelat tu..haha.. feveret!

ummuaidan said...

semuanya yg dinyatakan tuh adalah makanan feveret tuh

❤Kamsiah❤ said...

takde cili,seolah tak sempurna sesuatu masakan..

Nieyl said...

x percaya...tapi bler bace "biar betul???" hihihi~

Kisah Si Dairy said...

makan coklat jelah...

::NureeN:: said...

betul2...
td kat radio pon dgr info pasal choc

Mizz Aiza said...

aiza suka makan pop corn dan coklat.. :D

Fiza Rahman said...

Tapi kan kak, klo banyak mkn gula2 waktu mlm, bley jadikan bebudak ni active & lambat tido ☺☺

Coklat tu memang feveret saya ☺☺

Raudzah Z said...

Bila di tengok list ni..contra sungguh dengan apa yang kita selalu baca dan di "brainwash" all the while..tq KA for sharing

Chic Na said...

kena mkn gula2 ngan coklat la lepas ni.. heheh..

Ema Johari said...

banyak kebaikkannya makanan ringan ni..tp tak elok ambil dlm kuantiti yg banyak juga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...