Tabung Masa Depan ...

Saturday, July 06, 2013

Selamat Berhujung Minggu Dengan Citer Lucu

( KA Share Dari FB )
PADA suatu malam, seorang ayah mendengar anaknya berdoa. "Ya, tuhanku,selamatkanlah Mak, Ayah, Nenek. Selamat tinggal, Datuk".

Si ayah kurang pasti akan maksud doa tersebut, tetapi keesokan harinya si datuk ditemui mati kerana sakit jantung.

Pada malam itu, si ayah mendengar anaknya berdoa lagi. "Ya, tuhanku, selamatkanlah Mak dan Ayah. Selamat tinggal, Nenek".

Si ayah terasa amat risau. Keesokan paginya, si nenek pula ditemui mati, juga kerana sakit jantung.

Si ayah yang ketakutan mendengar anaknya berdoa lagi malam itu. "Ya, tuhanku, selamatkanlah Mak. Selamat tinggal, Ayah".

Si ayah panik sepanik-paniknya. Dia berjaga sepanjang malam dan pagi-pagi lagi sudah pergi bertemu dengan doktor untuk memastikan bahawa dia sihat.

Bila dia pulang ke rumah, isterinya menunggu di depan pintu. "Bang, abang pergi mana, kalau abang ada pagi tadi boleh jugak tolong tolong, kecoh pagi tadi tau!"

Si ayah yang hairan bertanya, "apa yang terjadi pagi tadi?"

Isterinya (dengan muka sedih) menjawab "Tukang kebun kita, Pak Mat mati sakit jantung pagi tadi ..."

Si ayah ?@!%^#=+
FIKIR2KAN & SELAMAT BERAMAL... HE HE HE
Neway......
( DARI GOOGLE )

15 comments:

Teena Tna said...

Haa, mak dia ada affair ngn tukang kebun...

Kakzakie said...

Takut mati bukan kuatkan amal tapi jumpa doktor pulak ye...

Tapi siapa tak takut bila doa anak dia betul-betul terjadi..

suri said...

apa yang terjadi buat sakit hati dah

man said...

kena jaga kesihatAn lah ye

ummuaidan said...

Salam KA..
rindu nak dtg sini..curi2 nie ms baby tengah tido haa..tks fr yr good concern ttg kami...:)

Bin Muhammad said...

Terkedu baca...hmmm...

Selamat menikmati hujung minggu :)

Masha Meisters said...

hahahaha.....
siapalah bapak budak tu hek? adoyaiiiii

Mizz Aiza said...

kisah yang lucu.. tapi penuh bermakna.. selamat berhujung minggu KA..

ayut said...

aik??pelik....tkg kebun gan mak ada skandal ea...huhuhu

QasehnyaRania said...

ajal maut ditangan Allah

kay_are said...

memang dalam maksud cite ni.. hmm

Fiza Rahman said...

Macam2 ☺☺

Fiza Rahman said...

Save22 & coke ☺☺

Raudzah Z said...

Half part aje dapat..last one punya caption tu kureng faham sikit...

Deqla Manjew said...

hahahahaha.. wlupun x logik tp tergelak baca lawak ni... maknanya ayah dia si tukang kebun tu la.. haihh.. scandal dgn tukang kebun rupanya! hahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...