Tabung Masa Depan ...

Sunday, August 04, 2013

Ada Yer Kuih Kato Kau !

1st time KA tau ada kuih namanyer Kuih Kato
Tengok2 resepinyer pun mudah aje & nampak sedap
Nak cubalah juga & KA sharekan sekali kan sini yer !

Bahan-bahan
Gula merah 250g
Air 1 sudu besar
Tepung pulut 500g, diayak
Tepung beras 125g, diayak
Daun pandan 5 helai, ditumbuk, dicampur dengan 75ml air dan diperah 75ml airnya
Air 750ml
Kelapa parut yang dibuang kulit ari 125g, digaul dengan secubit garam dan dikukus selama 5 minit
Cara
Masak gula merah dengan 1 sudu besar air sehingga gula larut. Tapis dan ketepikan.
Campurkan tepung pulut, tepung beras, air daun pandan dan 750ml air di dalam mangkuk adunan. Kacau sehingga tidak berbintil-bintil. Tapis ke dalam mangkuk lain.
Tuang adunan ke dalam acuan persegi berukuran 20 x 20 cm dan kukus di atas air menggelegak selama 30 minit sehingga kuih masak. Angkat dari pengukus dan biarkan kuih betul-betul sejuk sebelum memotongnya.
Potong kuih mengikut bentuk yang dikehendaki. Golekkan kepingan kuih di atas kelapa parut bergaram yang sudah dikukus.
Atur kepingan kuih di dalam pinggan, tuang air gula merah ke atasnya dan hidangkan.

Resipi Ramadhan sumbangan Chef Ismail, dipetik dari ‘Kuisin Warisan Melayu’
Kredit: Restoran Rebung, Bangsar, Kuala Lumpur

KREDIT RESEPI & INFO DARI SINI

( N3 AUTO PUBLISH )

14 comments:

Norhasniza Khalid said...

ini kuih feberet mama ni... hihi

Raudzah Z said...

Macam buah melaka..cuma ada kuah beza dia ya KA..

Vee said...

saya klu bab kueh , tahu makan , tak tau nama ... heheheee

Riedaffya ibrahim said...

nampak sedap ni KA...

zakirasli .. said...

Baru tau psal kuih ni.. terima kasih kongsi resepi. Rajin2x nnti boleh cuba :D

eita said...

ni bukan kuih lopeh ke?

MystoryPic said...

Kalau tak silap saya mak saya suka juga buat kuih ni.... tapi kami panggil KUIH POLI

mama aryan said...

nampak gaya dlm gambar mcm kuih lopez je..hehe

mcm sedap je tu

Ema Johari said...

pelik nama kuih ni

wantie said...

T pernah makan kuih ni. tapi yng tak de kelapa parut. memang sedap.

Ira said...

mesti sedap ni.. terliur plak.. hehe..

Deqla Manjew said...

tgk skali imbas mcm onde2.. lama2 mcm kuih jeniffer lopez je.. hihihi..

hainom OKje said...

macam versi kasuwikan KA...hehe macam macam betul... asal mana agaknya kuih ni

Tetamu Istimewa said...

Macam kuih lopes saja.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...