Tabung Masa Depan ...

Saturday, August 17, 2013

Hukum Menziarahi Kubur Apalagi Di Hari Raya

Menziarahi kubur terutamanyer bila hari raya dah menjadi satu kemestian
pada KA sekeluarga.  Begitulah dari dulu hingga sekarang ini,
terasa ada yang kurang bila tak dapat menziarahi kubur arwah abah pada hari raya. 
Selain menziarahi pusara arwah atuk & nenek serta insan2
yang telah pergi dulu mendahului kita kan.  Di situlah juga biasanyer dapat bertemu
dengan saudara mara & pakcik makcik yang lama kita tak jumpa ...
  
Hukum menziarahi kubur adalah harus dengan dengan adab-adab yang digariskan oleh Syariat. Manakala menziarahi kubur kaum kerabat terutama ibu bapa adalah sunat Muakkad. Makin bertambah pahalanya jika kubur ibu bapa diziarahi pada tiap-tiap hari Jumaat atau hari raya dan dibaca surah Yasin di sisinya. Hal ini berdasarkan hadith,

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: مَنْ زَارَ قَبْرَ أَبَوَيْهِ أَوْ إِحْدَاهُمَا فِي كُلِّ جُمْعَةٍ غُفِرَ لَهُ وَكُتِبَ بِرًّا.
(رواه الطبرانى في الأوسط)

Yang bermaksud, Dari Abu Hurairah ra berkata: Sabda Nabi saw: Barang siapa menziarahi kubur kedua ibu bapanya atau salah seorang daripadanya, tiap-tiap hari Jumaat nescaya diampunkan baginya dan dicatit sebagai (anak) yang berbakti.


Begitu juga hadith,
عَن ابْن عمر رَضِي الله عَنهُ قَالَ مَنْ زَارَ قَبْر أَبَوَيْهِ أَوْ أَحَدهُمَا احتِسَابًا كَانَ كَعدْلِ حجَّة مَبْرُورَة وَمَنْ كَانَ زوارًا لَهُمَا زَارَت الْمَلَائِكَة قَبْره
Yang bermaksud, Daripada Ibn Umar ra berkata: Sesiapa menziarahi kubur kedua ibubapanya atau salah seorang daripadanya dengan penuh keikhlasan ianya menyamai pahala haji yang mabrur dan sesiapa menziarahi kedua-duanya maka malaikat akan menziarahi kuburnya pula


( N3 AUTO PUBLISH )

15 comments:

Budak Kampung said...

nice share kak KA

Raudzah Z said...

Al fatihah untuk Arwah Abah Dan semua yang telah tiada..

kay_are said...

memang seiap tahun time raye akan ziarah kubur ni sebab mase tu je leh pergi ziarah secare beramai ramai kan.. =)

zaza nizam said...

betul tu kak..zaza pun sama mesti xlepaskan peluang.. al fatihah

ummuaidan said...

selamat hari raya KA & family..
kalau kat sini pompuan takleh ziarah kubur..jrglah kalau ade pun..depa tak buat

Mia Liana said...

al-fatihah buat arwah..

Azim Aris said...

selamat hari raya KS....KA...nk exchange bloglist ngan sy bgtau tau :)

Tak Mungkin Benar

ayut said...

menziarahi kubur...rutin bila pagi raya kan :)

Mrs Velentine said...

MV biasa pegi raya kedua

wantie said...

tahun ni tak sempat nak ziarah kubur arwah pak cik. Badan pun tak cuci. tu yang tak pergi tu..

hainom OKje said...

TQ share ni KA...OKje lama tak ziarah kubur arwah abah!

Mizz Aiza (Dunia Kecil) said...

al-fatihah kepada yang telah pergi..

ALoNa CintamaniszLite said...

samalah KA...
terutama pusara mak sy...kalo balik btg..ada kesempatan mesti nk ziarah.

nuyui a.k.a miss YUI said...

info berguna =)

Deqla Manjew said...

mmg wajib kan.. deqla pun ke pusara arwah ayah pagi syawal pertama tu.. bkn hari raya pun pegi jugak.. sbb dkt je ngan umah..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...