Tabung Masa Depan ...

Friday, August 30, 2013

Kisah Cinta Jannah Adik !

Siapa peminat Drama Akasia TV3 CINTA JANNAH
Angkat tangan tinggi2 KA nak tengok ni
Aaaa... mesti ada tangan Adik menyelit sekali He He He
Sebabnyer, Adik antara peminat tegar cerita ini

Adik : Ummi, apa maksud Jannah ?
KA :  Jannah tu syurgalah, taman syurga macam tulah
Adik :  Ye ke, tapi dalam cerita ni Jannah tu nama dier
KA :  Boleh juga kalau nak letak nama Jannah...
Adik : Oooo...
KA : Kenapa Adik minat sangat cerita Cinta Jannah ni ?
Adik :  Memanglah itu cerita kesayangan Adik, Ummi..
KA Mesti Adik dah jatuh cinta kat pelakon lelaki tu kan, sapa nama dier tu ..
Adik : Mana ada !.. Kecik2 mana boleh cinta2 
KA :  Habis tu Adik minat betul tengok cerita cinta !
Adik :  Eeee Ummi ni, Adik tengok cerita Cinta Jannah tu sebab Ummi ngan Angah puasa !
KA :  Apa pulak kena mengenanyer !
Adik :  Yelah, Adik nak tunggu Azan, senang nak bagitau bila dah boleh berbuka !
KA :  Yelah tu !
Adik :  Betul lah Ummi..
KA :  Habis Adik tak nak puasa ke !
Adik :  Adik x yah, Adik dah puasa penuh hari tu, Ummi & Angah je yang tak cukup puasa !
KA :  Bertuah punyer anak ....

Sinopsis:
Jannah (Nelydia Senrose) melarikan diri dari rumah setelah dipaksa oleh keluarganya untuk mengahwini Suffian sebagai isteri kedua. Bapanya, Abdullah ingin menebus balik tanah kebun yang digadai oleh adiknya, Razak kepada Suffian selepas kalah judi. Jannah dibenci oleh bapanya sendiri sebab beliau begitu inginkan anak lelaki untuk mendapatkan harta pusaka ibunya. Duit tersebut juga dapat digunakan untuk mengadakan kenduri nikah untuk anak sulungnya, Balqis (Reen Rahim). 
 Setibanya Jannah di Kuala Lumpur, Jannah menjadi keliru kerana tiada hala tuju.  Tatkala memikirkan apa yang bakal dilakukan, ben tangannya telah diragut dan Jannah jatuh, terhentak kepalanya dan jatuh pengsan.
Secara kebetulan, Izaryl (Aeril Zafrel) lalu di situ lalu membantu Jannah yang pengsan. Pada masa yang sama, Izaryl berada dalam dilema kerana dia terpaksa mencari seorang isteri dalam masa 3 bulan bagi mengelakkan dirinya mengahwini Damia (Ramona Zam Zam), pilihan ibu Izaryl sendiri.
Dalam keterpaksaan, Izaryl membohongi Jannah dengan mengatakan bahawa dia telah memperkosa Jannah semasa dia pengsan. Justeru, mereka terpaksa berkahwin. Apabila mengetahui tentang perkahwinan itu, ibu Izaryl, Tengku Zareena (Dian P Ramlee), berasa amat marah.  Tengku Zareena telah  merancang untuk memisahkan mereka berdua dengan berpakat bersama Damia untuk menggoda Izaryl dalam harapan untuk menghancurkan rumahtangga Izaryl dan Jannah.
Apakah kebenaran akan terbongkar antara punca perkahwinan Izaryl dan Jannah? Dapatkah Tengku Zareena memisahkan mereka berdua? Bagaimana pula dengan takdir yang tertulis untuk Izaryl dan Jannah? Pastikah cinta bakal berputik antara mereka berdua? 
(Sumber: Galaksi Media)
Nak tahu cerita sepenuhnyer kena tonton sendirilah yer ! 

39 comments:

Mizz Aiza (Dunia Kecil) said...

best dapat anak macam adik.. petah berkata-kata, tentu tak kering gusi tersenyum dengan keletah dia.. aiza tak follow drama tu KA..

Nurzakiah Hanum said...

suka cerita nie
cian nasib jannah

Rai Ourkizuna said...

eh cam best sinopsis nya.. cuma masa tayangan tu tak sesuai.. mana nak sempat.. hish.. tv3 ni kann..

paridah said...

Ikuti jg drama ni mcm adik kata smbil tunggu waktu brbuka...drama tv kini sgt kreatif n melampaui logik akal...

baby comel said...

Kekekeke, pandainya adik kena kan ummi dia =)
Kita pun suka jugak jannah dgn laki dia zaril hehe

Asmar Arafad said...

KA saya pun dah mula suka dengan drama nie, baru nak jinak2 tgk. Thanks yer sebab sudi jengok blog saya, saya bg klik2 na..

Nadya Dyana said...

cumel je hehe nad tengok cite nie ^^

Sheila Salim said...

Assalamualaikum KA, hehe adik comel! sheila tak berkesempatan nak tengok citer ni. heee

Nurul Ain Zulkarnaind said...

pandai adik kan hehehhe

Khai♥Rin : anies said...

sy mmg layan cite ni...kol 6.50 mesti pastikn da kuar pejabat hehehehe...antara drama yg menjadi pilihan sy slps nora elena.. ;-)

Bin Muhammad said...

Menarik setiap kali perbualan dengan adik...ade saja jawabnya.
Xpernah tengaok cite ni.

J.Syazwana said...

pernah tengok berapa kali je. cerita ni best tapi selalu balik keje lambat tak dapat nak tengok. hahaha. nak tengok ending je la. :P

ummuaidan said...

Heheh..pandainya adik, selalu kenakan ummi..
done duit raya nnff

Mummydearie said...

Salam. Tak pernah tengok cerita ni tapi oklah, dah baca sinopsis kat sini. Dah tau jalan cerita. Erghhh, bila episod terakhir?

AyueJean AJ said...

AJ tak tengok cite ni....
Tapi ayat adik yang last tu buat AJ tergelak je.....
Baik punya perli....

Kisah Si Dairy said...

dah jatuh cinta kat cerita nie..sweet diorang nie..amboi2 adik..

Azian Elias said...

tak miss so far.. tapi tu lah.. waktu maghrib.. nak kena record nampak gayanya..

Dylla Abas said...

pandai adik kenakan ummi dia ye..bijak :)

wantie said...

T tinggal satu hari je lagi nak complete puasa nam ni.

kalau hubby kerja mlm baru T puasa. sebab tak kalut sangat time berbuka. kalau ada hubby kena masak sesempurna yang boleh. siap completed ulam sambal bagai. so tak de la nak puasanya.

minggu depan hubby kerja malam, bolehla T puasa. Lagipun berbuka T cuma makan makanan selain nasi.hehehe

ummiross said...

hehe..Adik yang cerdik, petah adik ni, seronok juga layan bercakap dengan Adik ni kan KA.

Knor said...

tak dan menengoknya KA

mama maman aka yana said...

Mama tgk gak tp takde la tegar sgt.. asalkan sempat jew.. kiki

Raudzah Z said...

Ada sekali tertengok KA...oklah...nway one click for you too.

Che Rosliza Che Mat said...

Cr pun layan jugak...comel jer soalan adik..

Aimaniman Ezaiza said...

ooo g2 sinopsisnya... makin nak tengok la macam ni citer CJ ni, anak mama pun ada tanya maksud jannah tp bila dikata syurga, dia kata tu nama pelakon,.. mmmg budak2 suka bertanya kann...

nor azman said...

beh ke cerita..adik mmg pndi..hehe

Acik Erna said...

assalam KA..kisah perbualan adik ngan KA selalu buat acik tersenyum sendiri..suka..rasa nak je pi jumpa dan peluk adik yang bijak tu

Deqla Manjew said...

hahaha.. mcm2 la adik ni.. kelakar.. deqla pun suka tgk cinta jannah ni.. best..x sabar nk tgu minggu dpn..

ANIM said...

pandai adik ...
kita yang dewasa ni boleh kalah kalau dapat anak petah bercakap ni

Noe said...

adik x nk ngaku dia suka hero tu...hehehe...x silap noe...ada 2 kali je tengok kut...itu pun masa awal2 citer tu ditayangkan...tp x mengikuti..

Daddy Ziyyad said...

hahahaha..gedebushhhh..maknya yg kena :P

Ira said...

salam KA..
ira pun layan citer ni jgk..
pandainye adik.. hehe..
adik puasa la wp puasa penuh, cari pahala lebih..
:)

Yumida Huda said...

sronoknye dpt layan telatah anak2
petah berkata-kata..
yumida x pnh tgk drama ni..tp minat kat nelydia tu

Vee said...

petah sungguh adik menjawab . sampai uminya tak terjawab ... heheheeee

Tihara said...

haha comelnya adik ni, mesti best borak dengan dia kan :)

Rasp said...

hahahahhahaha.... balik2 maknya terkena balik hahahahahah...

Haryati Faizal said...

auntie minat citer ni adik....hihi...

Chic Na said...

ada je kan akal bijak adik ni. ;)

Nastyna said...

Hahahaa baik sungguh hati Adik, terpaksa dia menahan tengok cerita cinta semata2 nak pantau waktu berbuka yer. Kelakar betul.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...