Tabung Masa Depan ...

Thursday, August 29, 2013

Nak Tukar Cita2 Lah Pulak Adik

Bagi yang dah biasa singgah & baca blog KA
Pasti dah tau cita2 Adik kan
Dia minat sangat nak jadi tentera laut
Nak jadi kapten lagi tu !
Alih2 semalam dia kata macam ni kat KA
Adik :  Ummi, Adik rasa tak jadilah nak jadi tentera laut
KA : Kenapa pulak, kan Adik minat 
Adik :  Memanglah, tapi susahlah Ummi...
KA : Apa yang susahnyer, Adik kenalah belajar pandai2
Adik : Bukan tu masalahnyer...
KA :  Habis tu kenapa pulak !
Adik :  Masalahnyer, susahlah nak lukis gambar tentera laut, kalau cikgu suruh lukis gambar
cita2 kita bila dah besar nanti. 
KA : Hahaha..... susah nak lukis tentera laut terus nak tukar cita2 yer Adik !
Adik : Yelah, Kalau lukis gambar cikgu senang sikit.  Adik nak tukarlah 
cita2,  Adik ingat nak jadi cikgu pulak !
KA :  Mana boleh macam tu, kalau dah minat kena usahalah.
Takpelah, Adik praktis lukis banyak2 kali gambar tentera laut tu, 
nanti senanglah Adik nak lukis masa kat sekolah! Adik kan pandai lukis2 ni...
Adik :  Ermmm.. Adik tak pandailah, nanti Ummi ajar Adik yer !
KA : Adik suruh Abah ajarlah, Ummi bukan reti sangat lukis2 ni.  
Adik : Ok, ok...
KA :  X jadilah tukar cita2 yer Adik !
Adik :  Yelah, Adik minatlah jadi tentera laut. Bagus aper Ummi, 
kalau kita mati masa perang ke, mati syahidkan.... ( terdiam sekejap Adik)
KA :  Kenapa Adik ?
Adik :   Tapi, Adik tak sukalah perang2 ni, tak baikkan Ummi !
KA : ......

 ( Ini gambar kenangan Adik waktu jadi flower girl di wedding cousin dier 2 years back
Pasangan Puan Leftenan & Tuan Kapten Tentera Laut, walaupun takut & pucat lesi muka
Adik gara2 kena lalu bawah pedang masa tu,
tapi menyebabkan cita2 dier nak jadi tentera laut makin membara ! Adik, Adik... )



 Moga cita2 Adik akan tercapai jua hendaknyer satu hari nanti ! Amin2 ....
Doakan sama yer!

32 comments:

Kisah Si Dairy said...

insyallah..amin....

Deqla Manjew said...

hahahaha... kelakar la adik nih.. sbb susah nak lukis je kot.. xpe dik, nanti dah habis lukis tukar la balik! haha..

Cikda said...

salam KA,
gelihati juga tgk gelagat adik nih.. dulu kecik2 cikda lagi dasat dari adik..tiap tahun tuko cita@..

yg cikda tau, skang ni kalau kita nak anak kita jadi doktor.. kena selarikan IQ dan EQ dia.. cth: dari kecil dah biasakan dia dgn gaya doktor ni, biasakan dia dgn alatan dll.. sama lah cam KA buat nih..ambik berkat kata org..hehhehe mudah2an tercapai la hasratnya KA.. cikda doakan.. :)

Nurul Ain Zulkarnaind said...

sweetnya adik :)

Nurzakiah Hanum said...

tahniah

NoEn said...

apa pun cita2 adik semoga berjaya kecapinya

Haryati Faizal said...

moga2 tercapai cita2 adik besar nanti ye...

Nurfaezah Abdullah said...

semoga cita2 adik tercapai Aamiin... :)

eMMe said...

Salam KA, bijak nye adik bercakap.. moga adik jadi anak yg membanggakan ibu dan ayah yea...

Sheila Salim said...

Assalamualaikum KA, hehe comellah adik ni. semoga membesar dengan sihat dan jadi anak yang solehah :)

Asyifa Mustaffa said...

sy dulu pun selalu tukar cita2 kak...:)

entri bawah pasal zoo...hehe...sy x nak bukak...geli terpandang gmba katak tu kat dashboard sy...huhuhu...

Vee said...

adik perempuan rupanya . kena betul2 kuat semangat tuh . semoga berjaya ... insha allah .

wantie said...

mcm mcm la adik ni. lucu tau dia.

Kakzakie said...

Setiap kali baca kisah adik mesti kakak senyum KA. Kira sebenarnya cita-cita still yg ada cuma dek kerana nak lukis tu jadi masalah:)

Sayangku Zie said...

emmm kaletah anak2... wah jadi tentera laut.. nati bersanding macam ni lah yer... best best

Tihara said...

kiki cumelnya ada punye statement..tapi kalau jadi cikgu lagi sesuai untuk orang perempuan ni kan :)

Raudzah Z said...

So cute lah dik..nasib baik dia tak nak lukis perang ke..kalau tak puaslah melukis gambar orang ramai-ramai kena tembak..he.he

LYAfrina said...

waa..bijak adik ni..
insyallah..walau apapon cita2 nya moga semua dimakbulkan..andai jd navy.. mmg hebat la adik..

ieda immi said...

ahhahah lekat saya gelak kak ..
ekekek macam2 lah adik nie ..

skrg cita2 boleh tukar2 lagi kann ;)

Knor said...

amin..cantik floewr girlnya...tak pakai ala tentera ke dik

Hijab Valley said...

Salam sister.. jemput join 2nd Giveaway by Hijab Valley =)

http://hijab-valley.blogspot.com/2013/08/2nd-giveaway-by-hijab-valley.html

Aishah Jahirah said...

wah lalu bawah pedang tu...insyaAllah moga tercapai impian tu bila dah besar nanti...:)

Riedaffya ibrahim said...

semoga cita2 adik tercapai yer..

Masha Meisters said...

hehe...cantiknyer adik jadi flower girl ;-)

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

heheh adik ni mcm2 lah dia yer...xper dik slagi xdewasa cita2 blh tukar lg :p

intanfirdaus247 said...

Bila intan baca ni intan tergelak..tapi bila akhir entry ni intan jadi sedih dan sebak..adik oh adik..mulianya hati adik..semoga adik berjaya dunia dan akhirat,,.amin

Fiza Rahman said...

Good luck adik. Smoga tercapai cita2 tu. In shaa allah.

Chic Na said...

comel lah adik.. apepun cita2 adik semoga tercapai lah. ;)

~Kak Nah Backyard (^_^)~ said...

semuga adik berjaya menjadi seorang pegawai TLDM, belajar pandai2 sampai masuk UPNM.walau bukan tentera laut, knah juga sebahagian dari warga kerja TLDM =)

Mizz Aiza (Dunia Kecil) said...

semoga cita-cita adik akan menjadi kenyataan.. amin..

paridah said...

in sya Allah cita2 adik akan tercapai...

Tetamu Istimewa said...

Laa, kesitu pula dia. Harap-harap impiannya akan tercapai juga. Belajarlah bersungguh-sungguh.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...