Tabung Masa Depan ...

Tuesday, August 06, 2013

Petua Cantik Dengan Arang !

Tak sangkakan arang itu boleh digunakan dalam regim kecantikan kita juga. 
Sebabnyer, arang merupakan karbon yang mengandungi oksigen serta boleh menyerap gas
 dan toksin berbahaya. Dalam regimen kecantikan, arang banyak memberi manfaat kepada
tubuh badan antaranya:

( PHOTOS EHSAN GOOGLE )
Untuk Rawatan pemutihan gigi
Jika anda merasa gigi anda kurang bersinar dan berwarna kekuningan, jangan bazirkan duit untuk berjumpa pakar gigi. Sebaliknya, hancurkan tablet arang, letakkan ubat gigi di berus gigi anda dan celupkan berus gigi yang mengandungi ubat gigi tersebut dalam serbuk arang itu tadi. Pada mulanya, anda pasti kaget melihat mulut anda yang kehitaman, namun setelah dicuci, anda pasti akan dapat melihat perbezaannya.

Sebagai Masker arang
Hasilkan masker arang dengan menggunakan bahan-bahan yang ringkas seperti lidah buaya. Hancurkan satu hingga dua tablet arang dan campurkan ia dengan minyak pokok teh dan gel lidah buaya untuk membuat pes. Lumurkan pada wajah anda dan biarkan ia kering. Setelah itu, bilas dan lap sehingga bersih. Kulit pasti akan menjadi lebih segar dan bermaya.

Sebagai Skrub badan
Jika anda menghadapi masalah bau badan, anda boleh membuat skrub arang dengan gula perang, pati minyak dan tablet arang yang telah dihancurkan menjadi serbuk. Campurkan sekali bahan-bahan tersebut dalam satu bekas dan gaul sehingga sebati. Lumurkan di bahagian yang terbabit seperti di bahagian kaki atau bahagian bawah lengan dan urut bahagian tersebut sewaktu mandi. Kemudian, bilas badan anda sehingga kering.

INFO KREDIT SINI

( N3 AUTO PUBLISH - KA DAH PUN BERCUTI )

22 comments:

Nurzakiah Hanum said...

wow great

nor azman said...

wah bgsnya info

Norhasniza Khalid said...

nice tips.. :)
selamat bercuti dan selamat hari raya...

ummuaidan said...

Masih bersiaran lg yer..heheh..rs yg gosok gigi pernah dengar..
selamat bersiap2 tuk raya yer...

Deqla Manjew said...

sbb tu org kata jgn pandang luaran.. kan?kan? yg hitam ni jugak la byk kegunaannya.. hihi ;)

Vee said...

dulu masa kecil selalu bermain dgn arang . cuma x tau kelebihannya ... nice sharing ...

Mizz Aiza (Dunia Kecil) said...

menarik info ni KA.. boleh cuba buat scrub tu.. kalau untuk putihkan gigi tu mak aiza pernah praktikkan..

Rasp said...

yg hitam tapi berkhasiat hehehehehe...

neway, mohon dimaafkan kekhilafan diri...
Selamat Menyambut Aidilfitri...
Maaf Zahir dan Batin ...

Farah Waheda Wahid said...

walaupun arang siapa kata tiada kegunaan kan kakak KA? *_^...

ANIM said...

tak sanggup pulak rasanya KA..hahaha

Aishah Jahirah said...

orang zaman dulu mmg guna arang utk putihkan gigi...
KA saya mohon maaf atas salah n silap sepanjang kenal di dunia maya ni...:)Selamat hari raya aidilfitri..

QueeN TerataI said...

rajin lg ke org sekarang nk cari or dapatkan arang ni? hehehe btw.. gud tips!

kiera'sakura said...

memang sekarang nie byk barang kecantikan yang berasakan arang

Raudzah Z said...

Thanks KA..banyak jugak kegunaan arang ni kan..tak sangka..

MystoryPic said...

pernah juga dengar arang boleh memutihkan gigi.... tapi tak pernah pula cubanya

suka suka said...

Assalam KA... pernah cuci gigi dgn arang ni.. boh garam sikit.. dolu2 balik kampung ayah ... tiada ubat gigi :)

Papa Mifz said...

masker arang pun ado yer...hehe

Bin Muhammad said...

Assalamualaikum....
Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri. Semoga bergembira disamping keluarga tercinta. Maaf zahir & batin =)

Knor said...

biasa dgr untuk putihkan gigi je..

Ramadhan dah nak labuhkan tirai..
knor nak minta maaf jika knor ada buat salah
sama ada knor sengaja atau tak sengaja
tapi knor tetap hamba Allah yang jahil
asif jiddan semua..

selamat hari raya buat KA sekeluarga

baby comel said...

Bagus petua ni kak :)

Tetamu Istimewa said...

Sealunya untuk putihkan gigi yang pernah saya dengar.

Ira said...

bnyk juga manfaat arang ni ye..
tq KA sbb sudi share info ni..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...