Tabung Masa Depan ...

Saturday, August 24, 2013

Rumah Terbukalah Sangat !

Hari ini sibuk sangat lah KA ni
Menyiapkan itu & ini

Buat sedikit majlis merai
Hari jadi anak dara yang tengah & my mummy
Sekali dengan majlis  open house raya juger lah kiranyer ni
Jadi mula dengan acara bacaan yassin & makan2 kecik ajelah nanti
Tak payah nak jemput orang2 lain dah ni

Yang penting sanak saudara & seluruh family 
Itupun dah penuh dan riuh rendah rumah tu nanti  
Sebab family KA ni memang amat2 lah besar hehehe
Mana2 yang kebetulan nak datang, memang dah tertulislah rezeki
Story mory KA pasti akan update nanti!
Oklah... nak mula bersilat didapur dah ni... The Chef is coming !!! 

 "Kata ahli Sufi, masakan yang dibacakan “Bismilah” dan “Selawat”
semasa dalam proses penyediaan, makanan itu akan mempunyai roh yang bagus.
Apabila kita memakannya badan akan menjadi sihat"

( GOOGLE IMAGE )
 Rumah terbuka di Malaysia bermaksud sesuatu perayaan agama disambut oleh penganut pelbagai agama dengan tujuan memupuk persefahaman di kalangan rakyat Malaysia. Rumah terbuka tidaklah bertujuan mengembangkan agama kepada penganut agama lain. Biasanya rumah terbuka diadakan di padang atau di dalam dewan.
Sebelum ini, konsep rumah terbuka dijalankan secara kecil-kecilan di mana tuan rumah menjemput rakan taulan datang ke rumah bagi menikmati juadah yang disediakan. Rakan dari kaum Melayu, Cina, India dan lain-lain turut dijemput.
Amalan rumah terbuka memberi kefahaman kepada rakyat bukan Islam tentang nilai hidup ajaran Islam yang menganjurkan sifat berbaik-baik sesama manusia.
Amalan rumah terbuka ini sesuatu yang unik bagi Malaysia, telah mendorong menyumbang kepada keamanan dan kebaikan keadaan dalam negara kita. Rakyat bukan Islam mendapat gambaran sebenar mengenai ajaran Islam. Selama ini rakyat bukan Islam sering mendapat gambaran mengenai Islam yang dikaitkan dengan keganasan terutama selepas Serangan 11 September.

25 comments:

aTieYusof Family said...

wah! selamat ber open house..moga semuanya dipermudahkan..:)

Knor said...

alhamdulillah sedawa...dr pg sampai mlm..dua hari ni..

Asyifa Mustaffa said...

selamat beropen house KA....:-)

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

Assalamualaikum kak

Wat open house yer..moga suma bjln lancar

Mizz Aiza (Dunia Kecil) said...

semoga dipermudahkan oleh Allah segala urusan tu KA.. mesti meriah bila keluarga datang berkumpul ramai-ramai.. :D

NoEn said...

tak pernah buat rumah terbuka...sapa nak datang rumah, dtg je

Nurfaezah Abdullah said...

so busy ye :) enjoy the big day kak :)

wantie said...

selamat bersilat KA.

nanti jgn lupa share kemeriahannya ye

ummuaidan said...

selamat berumah terbuka, celebrate besday angah n yr mother..semoga semuanya selamat inshaallah..

Ann Ishak said...

boleh datang tak hiksss:)

Norhaizan hakim said...

Semoga majlis berjalan lancar.

nor azman said...

bnyk ke pergi..kok..hehe

Anonymous said...

well said. good point. hope some points are taken in by many.
next topic...pinjam hak milik..org etc dan lupa atau buat lupa pulang balik. ni incl org yg sembahyg tak tinggal dan bukan ugama

adyna said...

Tak pernah buat open house lagi , ;) selalu g open house org je

Raudzah Z said...

Selamat beropen house ya KA..

Tihara said...

bagus pesanan bismillah dan selawat sebelum masak tu...selamat ber open house KA :)

Chic Na said...

mesti meriah ni..

Bin Muhammad said...

Pasti meriah rumah terbuka KA!

Ibu Lala said...

Buat besar besaran ke. Kite pun plan nak buat bday anak gak tp bln 9.

intanfirdaus247 said...

Selamat hari Raya kak KA.

Norhasniza Khalid said...

tak larat nak jelajah open house member, pergi ala kadar je... hihi

Haryati Faizal said...

betul tu KA, ianya umpama satu doa...

hainom OKje said...

Ohhhh ni kisah penat tadi ni....tau dah hehe

Deqla Manjew said...

amboiii.. tak ajak pun.... hihihi...

Tetamu Istimewa said...

Hati-hati bersilat KA. Nanti ada pula yang tersalah letak garam dan gula.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...