Tabung Masa Depan ...

Tuesday, September 24, 2013

Bila Adik Alah Pada Ubat !

Adik kena demam panas lagi
So, kali ini terpaksa lah di cover dengan antibiotik pula
Sebab dah bengkak2 & merah2 di tekak dier
Alkisahnyer bila makan je ubat antibiotik tu
Naik lah pulak segala macam ruam, gatal & bengkak di tapak tangan & kaki
Sah2lah Adik kena alergi
Terpaksalah KA bawa Adik ke klinik lagi
Kesian pulak tengok Adik menahan gatal di tangan dan kaki
Walaupun Adik boleh sabar & relaks lagi
KA pulak yang tak sampai hati
Tapi kali ini siap dapat KAD ISTIMEWA INI
Kena ditunjukkan bila mendapatkan rawatan & perkhidmatan kesihatan
Supaya kejadian yang sama tidak berulang
Dan kita kena alert2 benda2 macam ni ...

KA kongsi sedikit info untuk makluman kita bersama yer !
Tanda dan Gejala
Alahan ubatan boleh menyebabkan pelbagai jenis gejala berlaku bergantung kepada ubat
 dan kekerapan anda mengambilnya.
Berikut adalah merupakan tindakbalas yang selalu berlaku:
  • Kulit
    • Campak – seperti ruam
    • Gatal –tompokan merah di atas kulit dengan rupa bentuk yang berbeza menyebabkan terasa gatal
    • Photoallergy – Sensitif terhadap cahaya matahari, kulit menjadi gatal dan kemerahan apabila terdedah kepada cahaya matahari
    • Erythema multiforme – Bulatan merah, bengkak dan gatal di tempat tempat tertentu adakala dikaitkan dengan pembengkakan permukaan lidah
  • Demam
  • Sakit sendi dan otot
  • Bengkak nodus limfa
  • Radang pada buah pinggang
  • Tidak seperti kebanyakan tindakbalas alahan yang berlaku secara pantas selepas terdedah kepada bahan penyebab alahan, tindakbalas alahan terhadap ubatan akan berlaku sehari atau seminggu selepas pengambilan dos pertama.
  • Anaphylaxis atau tindak balas anaphylactic - Merupakan tindak balas yang serius dan boleh membawa kematian. Pesakit yang mengalami tindak balas ini perlu dirawat dengan segera di bahagian kecemasan Hospital.
    • Tindak balas kulit- Gatal-gatal , tanda kemerahan , terasa panas dan gatal
    • Kesukaran bernafas - Saluran udara tersumbat, terasa ketat, mengeluarkan bunyi “wheezing”, tekak tersekat.
    • Pitam – Sakit kepala dan hilang daya imbangan badan secara tiba-tiba akibat peningkatan tekanan darah
    • Degupan jantung tidak sekata
    • Bengkak pada muka, lidah, bibir, tekak, sendi, tangan atau kaki
  • Hampir semua tindak balas Anaphylactic berlaku dalam masa 4 jam selepas dos pertama. Kebanyakannya berlaku selepas 1 jam mengambil ubat, namun ada juga yang berlaku dalam masa seminit malah sesaat.

Sebab-Sebab
Tindak balas alahan ini berlaku disebabkan oleh sistem imun badan bertindak balas secara
berlebihan terhadap ubatan, juga dikenali sebagai penyerang kimia atau antigen. Tindakbalas berlebihan ini selalu dirujuk sebagai tindak balas hipersensitiviti.
Badan menghasilkan antibodi terhadap antigen dan menyimpannya di dalam sel khas.
  • Antibodi dalam tindak balas alahan disebut immunoglobulin E, atau IgE.
  • Apabila badan terdedah kepada ubat yang sama sekali lagi. antibodi akan memberi
  •  signal kepada sel untuk melepaskan bahan kimia “mediator”." Histamine adalah contoh
  •  sejenis mediator
  • Kesan mediator ini akan menunjukkan gejala-gejala tindakbalas.
Penyebab utama alahan ubatan adalah seperti berikut:
Painkillers (analgesics) seperti codeine, morphine, nonsteroidal anti-inflammatory drugs
(NSAIDs, seperti ibuprofen atau indomethacin), dan aspirin.

Antibiotics seperti penisilin, sulfa drugs, dan tetracycline
  • Ubatan masalah sawan seperti phenytoin (Dilantin) atau carbamazepine (Tegretol)
Faktor Risiko
Faktor risiko bagi alahan ubat:
  • Kecenderungan keturunan untuk mendapat alahan ubat
  • Banyak atau pelbagai ubatan diambil pada waktu yang sama (interaksi ubat-ubatan)
  • Buah pinggang atau hati tidak berfungsi dengan baik
  • Penyakit-penyakit yang melibatkan sistem imun seperti systemic lupus erythematosis atau HIV
Rawatan
Rawatan untuk alahan ubat termasuklah memahami perkara yang perlu dilakukan jika anda mempunyai tindakbalas alahan. Elakkan ubatan yang menyebabkan alahan dan ambil ubatan
 seperti antihistamines untuk gejala yang sederhana.
Sekiranya anda syak mendapat alahan sebaik sahaja selepas mengambil ubat, berjumpalah
dengan doktor. Anda boleh mengambil antihistamine seperti chlorpheniramine malaete (piriton
dan lain-lain) untuk menghilangkan kegatalan dan mengurangkan ruam. Sekiranya tindakbalas menjadi lebih teruk anda memerlukan rawatan seperti suntikan ataupun pengambilan secara oral
bagi corticosteroids. Tindakbalas anaphylaxis memerlukan tindakan segera dengan suntikan epinephrine dan rawatan di hospital untuk mengekalkan tekanan darah dan membantu
 pernafasan.

Pencegahan
  • Tiada cara yang diketahui untuk mengelakkan alahan ubat. Anda boleh mengurangkan risiko dengan meminimumkan pengambilan ubat selagi boleh. Semakin banyak badan terdedah dengan ubatan, semakin mudah untuk mendapat alahan ubatan.
  • Sentiasa memberitahu anggota kesihatan yang anda temui untuk rawatan mengenai alahan anda dan jenis tindakbalas yang anda hidapi.
  • Jangan mengambil ubat yang ada tindak balas kepada anda sebelum ini. Sekiranya anda sudah terdedah dengan tindak balas kali pertama, risiko untuk mendapat tindakbalas yang lebih teruk akan lebih meningkat.
  • Sekiranya perlu, pakailah gelang atau rantai pengenalan kesihatan. Peralatan ini dipakai pada pergelangan tangan atau leher untuk memberitahu anggota kesihatan mengenai tindak balas alahan dan risikonya.
  • Anda boleh membawa kad berkaitan informasi kesihatan di dalam dompet. Beritahu anggota kesihatan yang merawat anda mengenai sebarang kesan sampingan yang pernah dialami sebelum mereka memberi ubat kepada anda.
  • Beritahu anggota kesihatan yang merawat anda tentang sebarang ubat, preskripsi atau tanpa preskripsi yang anda telah ambil.

37 comments:

Mrs Velentine said...

siannya adik cepat sembuh..alergic ubat yea

attyfir said...

semoga adik cepat sembuh ye.

Mrs Velentine said...

done ford fiesta & british council

Nurzakiah Hanum said...

great sharing info

Norhasniza Khalid said...

oh... kesiannya.. apapun nice sharing, bagus info ini untuk mama terutamanya,,,

Noe said...

kesian adik...ada alahan ubat la plak...thx KA atas info yg berguna ni...semoga adik cepat sembuh

yana aina said...

owhh klu alergik ubat dpt kad erk. sian adik...moga cepat sembuh. thnx KA share info ^^

Asyifa Mustaffa said...

ye la KA, sy ambik ubat pun msti doc tnya...alah x pada ubat...kadang kita x tau juga diri sndiri kan...mcm2 perkara bole jadi.

Moga adik cpat sihat ye...

nea lopah said...

Cepat sembuh yer adik, tq share info yer KA

eB said...

UISH. elergy ubt nih bhy... :(

Rasp said...

alahai ciannya dia...
tak sempat baik yg satu..
kena lagi yg lain...
semoga cepatlah adik sembuh...

ZQ Batik said...

kesian adik, semoga cepat sembuh...

Kisah Si Dairy said...

allergic nie mmg payah la skit nak baiknya..pantang salah makan...harap adik cepat sembuh ye..

Rai Ourkizuna said...

kesian adik.. lepas ni kena alert..

Amanda Suria said...

get well soon adik...

QueeN TerataI said...

alah ubat yer,.. sian adik.. get well soon ye syg... KA.. tq for the info

nor azman said...

sian adik ye...makan ubat ye..hehehhe

Shark Kay said...

susah jugak ni kalau alergik ubat.
kene cucuk ler jawabnyer kalau cmtu.
hope dia dh sembuh skarang.

wantie said...

Kena hati hati ni KA. kalau dah ada alahan pada ubat memang susah. Kena selalu berjaga jaga. kad tu penting.

Semoga adik cepat sembuh yer

Ain Noraini said...

semoga cepat sembuh, anak kakain, hanim pun demam , selsema dah pun bawak pergi klinik..musim la sekarang ni kann...

are_lin@yu said...

klu ada alahan tu yg ssh kan..kna cek btl2..

lizz said...

saya pun alergik atibiotik yang ader espirin kalo tak silap bila makan muka jadi bengkak dan tekak gatal mata semua gatal2.memang kena berhati2... bagusla ader kad tu...senangkan moga adik cepat sembuh yer...

Sheila Salim said...

Assalamualaikum KA, adik alah dengan antibiotik amoxilin ye?

Riedaffya ibrahim said...

siannye kat adik..cepat sembuh ye adik..

Sally Samsaiman said...

laaa...get well soon adik...sally pun alah dgn antibiotic..huhu

eMMe said...

kesian Adik.. sabar je la... kalo gitu, payah juga la nak berubat.. mungkin leh berubat cara lain, skrg ni kan mcm2 rawatan disediakn, rawatan Alternatif, contohnya... letih gak kalo tak leh makan ubat sembarangan...

aizamia3 said...

moga Adik cepat sembuh hendakNYA.. amin.

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

moga cpt sembuh yer dik

Deqla Manjew said...

alegik ubat pun ada.. kesian adik..moga cpt sembuh..

Ann Ishak said...

banyak jugak kesannya bila allergic dengan sesetengah ubat ye

Chic Na said...

kesiannya adik.. kena tukar ubat la ye sis?

semoga adik cepat sembuh.. ;)

S.K.A said...

erkkkk..tkot pulak baca gejala alergik ubat ni =( rsanya xde kot..gejala2 cmni..gatal 2 adalah..tp xpasti..hmm kecian adik..smoga cepat sembuh..

paridah said...

Alergik ubat kena ambil ingatan tu...cpt sembuh ye adik...hilngkn kerisauan mama

suri said...

suri anak selalu demam..skrg demam..bab kulit alah pun ya juga

Mizz Aiza (Dunia Kecil) said...

semoga adik cepat sembuh.. mak aiza pun ada alahan ubat dapat kad macam tu juga KA..

Nadya Dyana said...

Semoga adik cepat sembuh :)

Fiza Rahman said...

Siannya adik. Kena make sure ubat jgn salah bagi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...