Tabung Masa Depan ...

Friday, September 20, 2013

Cik Boo Jadi Mangsa Bila Bosan Dengan Mak Yam

Bila semuanyer dah bosan dengan AYAM
Takdelah yang request nak Sup Ayam (Adik)
Takdelah yang request nak Ayam Masak Merah (Angah)
Takdelah yang reguest nak makan Ayam Goreng Kunyit (Along & Hubby)
Sebab semua kata dah bosan dengan MAK YAM !
So, jawabnyer kenalah tukar menu
Cari daging lembu lah pulak yer CIK BOO !
Masak simple macam ni, tapi memang cepat habis & licin dikerjakan !
Bahan-bahannya yang simple sangat ;

1/2 - 1 kg daging dipotong kecil dan nipis.
Sedikit kunyit
Sedikit garam
  2 labu bawang besar-dihiris
  10 biji cili padi or 5 biji cili besar ikut suka (diketuk or dihiris panjang)
*2 ulas bawang putih - ikut suka

Cara KA, lain orang lain cara nyer kan  ;
  1. Gaulkan daging dengan kunyit dan garam.
  2. Masukkan dalam kuali dan goreng tanpa minyak untuk mengeringkan air nyer
  3. Bila air dah kering, masukkan sedikit minyak untuk menggoreng daging.
  4. Bila dah hampir garing, masukkan bawang yang dimayang serta cili potong.
  5. Siap dah , mudah sangat kan !!
  6. Kalau suka leh tambah letak aksesori lain macam kacang panjang dan kobis bunga sebelum diangkat ( yang ni Adik paling suka !)
  7. Satu lagi kalau suka boleh letak kan sedikit kicap manis juga!
SELAMAT MENCUBA !

29 comments:

Rai Ourkizuna said...

kadang kadang yang simple lagi sedap kan.. saya suka masakan gini..

ummuaidan said...

goreng kunyit nie mmg my feveret jgk KA..takder lauk lain lauk nie punjdlah

Norhasniza Khalid said...

wah.. sangat sedap nampaknya... boleh mama pinjam resepi... hihi

nuyui a.k.a miss YUI said...

sedap2..

Kancil 8349 said...

sedapnya makananan nie

beta kupu said...

sdpnya KA, siyes ni pebret sy kooot ;)

suri said...

saya nak boleh.hari malas nak masak tpi bila dia kata mlm kita klr mkn baw anl cma best jer..

AnneRaini said...

resepi simple camni lagi sedap.

❤Kamsiah❤ said...

kalau saya beli daging,selalu minta bahagian yg lembut..cakap kat penjual tu utk digoreng..bkn apa..kdg2 kena bahagian yg liat tu..aduhai..mcm nak tercabut gigi..

hazlina azmi said...

bestnya daging masak cam tu..blh amik resipi ni.hihihi..blogwalking
jemput singgah blog saya ye

http://superstorevitaminhebat.blogspot.com/

wantie said...

kita serupa.. t pun kalau masak daging goreng gitulah. masak tanpa minyak biar kerign air daging tu baru letak minyak bawang bagai...

Nieyl said...

yela..bosan jugak ayam ikan..ayam ikan...nieyl nak cube laaaa...

Nurzakiah Hanum said...

sedapnya

paridah said...

makan ayam selalu xbrapa baik utk kshtan KA..sbb ayam bandar kan ke disuntik utk pembesarannya dgn cpt..kita jg mungkin membesar sbb mkn benda2 yg disuntik dlm ayam tu..

Ain Noraini said...

mesti sedap tuu...

aTieYusof Family said...

Sedapnya.. dah mak nya pandai masak tu yg anak2 request mcm2 versi mak yam kan?..hehe...
tapi dah boring tukar plak ye...:)

Raudzah Z said...

Menyelerakan KA..even simple..

Mummydearie said...

Selalu juga masak Cik Boo mcm nih sbb mudah sgt. Being mak2, hari2 dok tengok resepi baru sbb tak tau apa nak dimasak lagi dah!

Deqla Manjew said...

hahahaha.. ingatkan apa la cik boo & mak yam tu.. ;p

SarahSyafiq said...

yg simple mcm ni yang best nak mkan.

hainom OKje said...

Okje masak daging jugak hari ni KA...tp mssak kicap....mcm sedap pulak dgg goreng tu

Mizz Aiza (Dunia Kecil) said...

wah.. sedapnya daging goreng kunyit.. dah lama aiza tak buat.. :D

hana hadi said...

baru perasan.. selagi xjemu dengan sesuatu benda tu.. selagi tu la duk mengadap benda tu sampai lah jemu.. mulalah beralih arah. hahaha

Chic Na said...

sedap ni makan dengan nasi panas. hehe..

escape..

MaMa Rey said...

mudah saja..sy sukkan resepi yg ringkas..tak banyak perlu di buat.

Tetamu Istimewa said...

Berselera pula tengok daging tu. Dah lama tak makan.

Sue PeLik said...

knp tgk org masak macam sedap jerk??? huhu tapi tak nok masak sendiri sebab macam tak sedap jerk huhuhu

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

nampak sdp!
bleh try nanti

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

jentik nuff

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...