Tabung Masa Depan ...

Saturday, September 07, 2013

Jaga Kulit Kena Ikut Jenis Nyer Ngah !

Boleh pulak, tetiba aje Angah kata macam ni
" Sebab apa tau orang ingat Ummi ni muda lagi, sebab muka Ummi memang takde kedut2 !"
Aduhai bodek ke Angah ooooiiiii.....
 Bengang je Angah bila orang kata Angah tu Adik KA He He He...
Satu je penjelasan KA buat Angah
"Sebab kulit Ummi jenis berminyak, so lambat lah nampak kedut.  
Lainlah kalau kulit kering, cepat je kedut tu nampak, kalau tak jaga ! 
Yang penting sebenarnyer penjagaan.  Paling penting lagi kena tau jenis kulit muka kita.
Barulah senang nak jaga.
Jom KA kongsi sama !

( Ehsan Google Image )
Panduan menjaga kulit kering
1) Jika kulit anda kering, elakkan mebersihkan wajah tanpa menanggalkan solekan terlebih dahulu. Gunakan tisu basah, atau pembersih khas solekan terlebih dahulu.
2) Bersihkan solekan di mata dengan berhati – hati. Kulit di sekitar mata amat sensitif. Jika tidak berhati, ia akan mengakibatkan masalah lingkaran gelap bawah mata.
3) Jangan menggunakan skrub wajah yang mempunyai biji. Penggunaan skrub berbiji akan menggalakan penglupasan kulit.
4) Gunakan serum atau pelembap muka setiap hari.
5) Ambil supplemen yang sesuai jika masalah ini berlarutan.

Panduan menjaga kulit sensitif
Elakkan menggunakan produk yang mempunyai alkohol, wangian atau lanolin. Bebas pewangi tidak bermakna ia bebas kimia. Anda cuma perlu teliti dalam memilih produk.
1) Jangan kerap menukar produk. Sebaiknya, setia pada produk yang terbaik untuk anda.
2) Jangan bersolek secara kerap apatah lagi solekan yang tebal.
3) Pilih skrub yang mempunyai ekstrak tomato atau epal kerana ia mengurangkan iritasi pada kulit.

Panduan menjaga kulit berminyak
Bersihkan wajah anda sekurang – kurangnya dua kali seminggu.
1) Gunakan tuala khas untuk mengelap wajah anda. Jangan menggunakan tuala yang sama untuk mengelap badan kerana kulit berminyak sangat sensitif.
2) Pilih supplemen yang mengandungi vitamin C organik.

Panduan menjaga kulit kombinasi
1) Jika anda ingin tahu kulit jenis ini, anda akan berasa kering pada beberapa kawasan dan licin di bahagian yang lain selepas mencuci wajah.
2) Elakkan membersihkan wajah dengan menngunakan produk yang berunsurkan krim kerana ia akan menyebabkan kekeringan dan pengeluaran minyak secara berlebihan.

Panduan menjaga kulit berjerawat
1) Jika anda mempunyai masalah ini, anda tidak disarankan untuk mencuci wajah secara kerap.
Elakkan tabiat mencuci muka dengan kasar dan menggunakan produk pembersih wajah berkali – kali dalam sehari.
2) Seandainya anda berpeluh, pastikan anda mengelapnya terus. Usah biar ia kering sendiri dan meresap ke dalam kulit.
3) Elakkan memicit jerawat pada muka anda. 

21 comments:

Maria Firdz said...

nice sharing... sy natural.. mudah sikit nk jaga... x cerewet sgt la..

Ann Ishak said...

terima kasih KA dengan tips ni, banyak membantu :)

Kakzakie said...

Tu dia Angah umi dah bagi panduan kenapa umi nampak muda. Jgn jeleslah org kata umi tu akak Angah hahaha...

Chic Na said...

hihi.. mesti nampak cam kakak ngan adik.

hazwan hairy said...

nk buang parut lps jrwat la..hikhik

Bin Muhammad said...

Sendiri pun tak pasti jenis kulit apa, xpernah ada pencuci muka... cuci dgn air jer...

Masha Meisters said...

masha bermasalah kulit kering la....huhuhu....risau cgt!

Asyifa Mustaffa said...

sangat la membantu...

Tihara said...

kulit sya yang kombinasi tu, minyak tang hidung ja, tang lain kering..guna fair n lovely je sesuai kak :)

❤Kamsiah❤ said...

save22 utk KA..:)

eita said...

bagus jgak info ni....

kadang tumain hentam je ..takde nak menjaga sangat kulit muka ni

sHaRiNa eLyaNa said...

thnks info menarik

meh join
http://www.opzzpinky.my/2013/09/segmen-follow-me-by-sha-fd.html

petrasis1 said...

nice tips KA.. thanks :-)

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

nice tips kak

MaMa Rey said...

tq berkongsi KA..betul tu yg penting penjagaan kan

Cinta Misteri said...

erkkkk...thanks for sharing

CiM berkulis sensitive, berminya, berjerawat...owhhh tidakkkkk

Haryati Faizal said...

a'ah betul tu, kalau muka takde masalah senang je nak jaga...

wantie said...

jeles tau tengok kulit org yang tak de masalah. kulit T ni jenis berminyak. berjerawat.

silap sikit je keluar le jerawat berbijik bijik.

Mizz Aiza (Dunia Kecil) said...

kulit aiza jenis sensitif.. kalau salah pakai produk rasa gatal dan merah..

Deqla Manjew said...

alhamdulillah. deqla x de sgt masalah kulit ni..cuma risaukan bintik2 hitam kat hidung.. huhuhu.. ni tips dari adik ye.. hihi..pndainye.. ;p

Fiza Rahman said...

Good tips kak. Saya pakai pencuci muka jer. Klo rajin buat masker putih telur tu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...