Tabung Masa Depan ...

Thursday, September 19, 2013

Kisah Adik Sang Penglipur Lara

Bagi KA, Adiklah Sang Penglipur Lara dalam keluarga
Kalau sedih, akan jadi ria bila dengar dier bercerita
Kalau gundah, akan jadi reda bila dier bersuara
Kalau runsing, akan jadi hilang risau semuanyer dengan celoteh dier
Selalu bersedia jadi kawan baik & kawan gaduh buat Along & Angah juga
Apalagi kalau dengar alunan lagu Tegarnyer dengan slanga yang pekat giler
Memang boleh bikin kita sakit perut menahan tawa !
Baru2 ni Adik demam teruk dan sakit tekak
Elok demam sedikit kebah, datang pulak sakit gatal & ruam di tapak tangan & kaki
Waktu mencuci tangan & kaki Adik di bilik air
Pelan2 Adik bisik sedikit sedih
" Adik ni asyik sakit je, hari tu demamlah sakit tekaklah , lepas tu gatal2 pulak "
KA pulak yang kena jadi penglipur lara kali ini
" Takpelah, sakit tu tanda Allah sayang pada kita, sakit tu boleh menghapuskan dosa2 kita
 juga tau, sebab tu kita kena sabar lah bila sakit2 ni !"
Tersenyum sikit Adik sambil kata
" Betul ye Ummi, kalau macam tu Adik sabar jelah  ! "

Pagi tadi bila bangun dan KA nak cucikan gatal2 kat tangan & kaki Adik
Cepat je dia kata macam ni dengan happynyer !
" Betullah kata Ummi, kita kena sabar , tengok gatal2 semua dah hilanglah, 
tinggal sikit2 aje !"

Kata Wikipedia,Penglipur lara 
ialah orang yang menghiburkan hati yang duka dengan menyampai­kan cerita rakyat 
yang berunsur jenaka, biasanya diselitkan dengan syair, pantun, seloka dan sebagainya. 
Ia merupakan salah satu sastera lisan orang Melayu. Pada zaman dahulu, penglipur lara
 dianggap sebagai budayawan tempatan yang berperanan sebagai sumber berita, hiburan 
 dan pendidikan.

Tapi kalau bab2 lagu ni, HAZAMA antara penglipur lara KA & Adik selain Faizal Tahir
 He He He


Terbaiklah HAZAMA !

19 comments:

izan mama mia said...

mesti petah mulut adik nie...

Nurzakiah Hanum said...

anum suka faizal tahir

Tihara said...

KA minat hazama yea, suara dia memang mendayu sikit :)

nuyui a.k.a miss YUI said...

=)

Kisah Si Dairy said...

kana-kanak memang suka untuk bertanya dan berkata-kata...seronok melayan diorang nie...

♥ Wina ♥ said...

pandainye adik berkata² :)

Farah Waheda Wahid said...

walaupun sakit adik tetap menghiburkan... apa2 pun semoga adik cepat sembuh ek kak...

Rai Ourkizuna said...

tabahnya adik.. semoga cepat sembuh..

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

adik petah berkata2 yer dia

ummuaidan said...

terbaek adik..cepat btul absorb apa yg diajar..mcmnilah!

Haryati Faizal said...

suka jugak hazama ngan faizal tahir..

Kakzakie said...

Masa adik demam pasti rumah pun sunyi jadinya kan KA...

:: Mrs.Eady :: said...

Sweet

wantie said...

adik ni memang penglipur lara. terhibur la ngan dia..

S.K.A said...

mesti adik tu menceriakn hidup..anak akak yg bongsu eh?? smoga cpat sembuh =) amin...dan2 je share lgu Hazama..he3 best..

piqa da bajitos said...

adik adik..hehe

Chic Na said...

bertuah ada anak macam adik ni..

Raudzah Z said...

Semoga adik cepat sembuh ya..

Tetamu Istimewa said...

Dalam sesebuah keluarga ada yang bertindak sebagai pendorong, penceria dan tidak dinafikan ada juga yang sedikit membangkang. Namun semua itu dapat mengeratkan silaturahim jika tali kasih sayang masih dipegang kuat.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...