Tabung Masa Depan ...

Sunday, September 01, 2013

OST Jodoh Itu Milik Kita Black

Layan lagu ni sekejap ! Black always yang terbaik !


Drama bersiri Jodoh Itu Milik Kita 40 episod ini menampilkan Farid Kamil selaku Aariz Danial, Tiz Zaqyah (Dahlia), Shazwan Zulkifli (Syafiq), Nabila Huda (Alya), Keith Foo (Joshua), Ziela Jalil (Marina), Heriyanto (Haikal), Zul Ariffin (Redza), Zain Saidin (Jarrad) , Aishah Ilias (Teja) dan Lana Nordin (Yuni).

Sinopsis Jodoh Itu Milik Kita :
Jodoh Itu Milik Kita mengisahkan perkenalan Dahlia dan Marina membawanya kepada ikatan pertunangan dengan anak Marina, Syafiq. Walaupun tidak bercinta, Dahlia bersetuju atas rasa hormat, apatah apabila mengetahui Marina menghidap kanser perut.

Pada hari pernikahan, Syafiq melarikan diri kerana tidak dapat menerima jodoh pilihan keluarga. Dalam kekusutan yang berlaku, abang Syafiq, Aariz Danial yang baru kembali dari Melbourne, Australia terpaksa menggantikan adiknya.

Aariz dan Dahlia bermula sebagai kawan walaupun sudah halal berkahwin. Tanpa disedari, cinta berputik di hati mereka. Syafiq pula ke New Zealand untuk mencari teman wanitanya, Alya.

Bagaimanapun, Syafiq pulang semula ke Malaysia tanpa rasa bersalah. Apabila mengetahui Dahlia menjadi isteri Aariz, perasaan membuak membenci di hati Syafiq. Dia berikrar mahu memusnahkan kebahagiaan Aariz. Kenapa Syafiq terlalu mendendami abangnya, ikuti perjalanan drama bersiri, Jodoh Itu Milik Kita yang mula bersiaran pada Isnin, 19 Ogos lalu di Astro Mustika HD (saluran 134).
Jalan cerita lebih kurang nak sama dengan cerita2 yang meletop2 di mana2 stesen TV sekarang ni.  Perasan tak ??.  Mesti ceritanyer tentang kisah kahwin terpaksa, kahwin bukan atas dasar cintalah, bercinta dengan orang lain, lepas tu kahwin dengan orang lain.  Lepas tu bila cinta dah mula nak berputik2, datanglah pulak bermacam2 dugaan & masalah.  So, dah boleh agak kan jalan cerita & kesudahannyer !!

(N3 AUTO PUBLISH)

13 comments:

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

yeayyy saya layan citer ni..best

baby comel said...

dah namanya adaptasi novel kan.. and normally happily ever after kan at last =)
tapi novel ni best tau kak, lagu Black dah confirm2 best

Nafisa81 said...

dimulakan dgn kebanjiran novel seperti ini di pasaran

Nastyna said...

Memang trend drama Melayu skang macam ni kan, kalau dulu trend citer2 hantu, skang citer kawen2 paksa. Boleh jer layan drama lagu ni time bosan2, tapi saya kurang gemar dengan Farid Kamil hihihi.

ayut said...

slmt kat mustika...tngu tv lain amik la..hihihi :p

Shaiful Zaidi said...

mcm menarik jer..

Yumida Huda said...

suara dia bez..even high note
x penah lari picing..ehe...mcm terer pulak bidang nyanyian ni..al maklum la suka berkaraoke dlm keta

ezaiza Iza said...

Sayang la x langgan mustika, mungkin tgk kat internet je le...yupp mcm kisah ssid dan cj juga, buat yg tengok asyik masyuk..

Chic Na said...

layannnn.. ;)

Raudzah Z said...

Tak berkesempatan nak tengok cerita ni..but tgk komen-komen dia orang macam sedap je..

Mizz Aiza (Dunia Kecil) said...

aiza tak ikut draa tu.. tapi lagu black tu memang aiza suka dengar.. :D

Deqla Manjew said...

eh ada drama baru ke? alamak.. 1st time baru tau nih..hihi..

Fiza Rahman said...

Suka lagu ni.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...