Tabung Masa Depan ...

Tuesday, September 17, 2013

Petua Hindar Sakit Nyanyuk Or Alzheimer

Petuanyer Dengan SUDOKU !
Katanyer, permainan Sudoku berupaya menambah ketajaman minda.
Perkataan Sudoku merupakan akronim daripada suuji wa dokushin ni kagiru yang berasal 
dari Jepun yang bermaksud angka mesti kekal tunggal atau bersendirian.
Bagaimanapun, asal usul permainan Sudoku sebenarnya dicipta oleh seorang ahli matematik 
dari Switzerland, Leonhard Euler, pada tahun 1783. Beliau menyifatkan Sudoku sebagai 
sejenis permainan berkotak yang ajaib.
Presiden Persatuan Sudoku Malaysia, Ismail Omar, berkata, permainan menyusun nombor
 seperti Sudoku melatih seseorang untuk sentiasa peka dengan sebarang kemungkinan.
“Kami berharap lebih ramai rakyat negara ini gemar mengisi masa lapang dengan 
melengkapkan permainan Sudoku kerana ia juga mampu meningkatkan daya fokus pemain.
“Satu lagi kelebihan permainan ini ialah ia sesuai untuk semua peringkat umur,” katanya 
ketika ditemui di pejabat Kosmo! baru-baru ini.
Difahamkan, permainan teka-teki angka yang juga menjadi senaman minda itu juga diakui 
boleh menghindarkan pelbagai penyakit berhubung sakit tua 
termasuk nyanyuk atau alzheimer.
( Ehsan Google )
Persatuan Sudoku Malaysia & KOSMO sekarang sedang menganjurkan pertandingan
Sudoku Kosmo! bersama Midea 2013. 
Midea merupakan pengedar rangkaian produk elektronik dan
 perkakasan rumah, Midea Scott & English Electronics Sdn. Bhd. (Midea).
“Orang ramai digalakkan menyertai peraduan ini bagi menguji keupayaan mereka
menyelesaikan teka-teki Sudoku daripada pelbagai tahap kesukaran.

Peminat Sudoku berpeluang menyertai pertandingan permainan teka-teki itu bermula 
dari 16 (semalam ) hingga 21 September ini.
Kesemua teka-teki Sudoku disediakan sendiri oleh syarikat pemegang hak cipta permainan
tersebut iaitu Nikoli Co. Ltd. (Nikoli) yang berpangkalan di Jepun.
Nikoli turut menaja sebanyak 100 buah buku Sudoku kepada pemenang, di samping hadiah
 menarik lain daripada Midea. Midea akan menyediakan hadiah berupa barangan elektrik
 berjumlah RM15,000 kepada para pemenang.
Pemenang tempat pertama akan menerima barangan elektrik bernilai RM5,000, tempat kedua (RM3,000) dan ketiga (RM2,000).
Selain itu, 10 pemenang saguhati akan menerima perkakasan elektrik Midea bernilai
RM500 seorang.

Info Kredit KOSMO 

Menarik kan !!
En Hubby KA memang giler kalau bab2 SUDOKU ni
Memang cadang nak suruh dier masuklah ! Mana tau rezeki kan..... 

26 comments:

Nurzakiah Hanum said...

great

Farah Waheda Wahid said...

SODUKU ni memang best layan, tapi bila time kena migraine memang tak dapek lah kak... he he he...

ummiross said...

mengasah dan menguji minda ni kan, otak kena rajin berfikir bila main sudoku ni, jadi cergas dan cerdas. Good luck to suami KA.

Rai Ourkizuna said...

ralit kalau main sudoku ni..

Cendol said...

Salam,ini memang sesuatu yg bagus.mengasah akal kan...ada juga yang kata kena banyak membaca.

Ema Johari said...

dulu tak tahu pun cara main dia mcm mana..bila sekali tgk kawan punya kusyuk main..baru faham...tp tak pernah try lagi

Maria Firdz said...

Smpai skrg x tahu main.. Haha..

Cheida_Mymee said...

suka main soduku ni!
hp lma dulu da game ni.. rajin layan bila time meeting or rehat hahaha..
akak update entry ni terus nk cari kt plays store and install..
ehehhe dah lama tinggal

beta kupu said...

best gak main ni tp kena btl2 fokus...so sbb tu kot bley hindar nyanyuk

Deqla Manjew said...

mmg terer la sape pndai main tu.. suruh la hubby akak masok.. mana tau mmg ada rezeki.. ;)

J.Syazwana said...

aduhh menarik betol hadiah tu. otak ni dah berkarat dah. dah lame giler tak try main ni. huhuhu

Khai♥Rin : anies said...

tingat arwah makcik dulu. minat giler dgn soduku ni. dr yg mudah smpi la yg susah. dia boleh khatam dlm sbln je.
all the best kpd yg menyertai

Yumida Huda said...

hb yumida minat main sodoku ni
yumida lak malas nak carik2
yumida isi semua tabung Nuffnang sini...selamat menabung :)

Si Matatajam said...

M tak pernah main.. Camna yek nak main Sudoku ni.

piqa da bajitos said...

suke suke sudoku ! Nak masuk jugak !

Chic Na said...

pernah gila sudoku dulu tp dah lama tinggal.. bestnya kalo dapat join..

S.K.A said...

menarik =) tp cmne nk main ye?? xpnh pn tgok org main bnda ni..

makchaq said...

Makchaq ngan anak2 suka main sudoku ni...ada beberapa buku sudoku kat rumah, berebut main..

Mizz Aiza (Dunia Kecil) said...

dulu aiza main kat dalam telefon.. dah lama tak main..

MystoryPic said...

saya tak pernah cuba permainan sudoku ni... selalunya dok tengok kawan2 opis ada gak yang rajin mainnya

ieda immi said...

Tq kak info nie
saya pun x pernah main
tapi pernah baca pasal teknik nie ;)

suka suka said...

Ada buku sudoku.. fahamnya tdakmmm

Kancil 8349 said...

petua bagus...tapi ndak berminat plak...hehehe

hainom OKje said...

Teringin nak cuba main SODUKU ni tapi tak reti... best jugakkan nak google sat

Zira Aziz said...

..xsangka ye..kdg2 main gak sudoku ni..tp lg stress sbb xdpt nk setelkan ..hehehe

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

ala xminat plak nk men soduku ni haha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...