Tabung Masa Depan ...

Monday, September 02, 2013

Rahsia Kek Menawan Dan Sempurna

Kek ni bukan KA yang bikin yer, tapi hasil belian my brother sempena birthday my mum Jumaat lepas. Untunglah mak, bukan saje umur berganda, dapat kek pun berganda kali ni ! Sebabnyer sebelum ni dah pun tempah 2  - 3 biji kek untuk meraikan hari jadi nyer in advance ! Sampai Adik pun kata 'ALAMAK, ADA KEK LAGI ???' 
 Agak lama juga KA tak membaking, faham2 ajelah bila penyakit M tu datang. Tengah berfikir2 nak membaking ni, sambil ingat2 balik tips2 nak buat kek terbaik. Jom KA kongsi sama2 !
TIPS MEMBUAT KEK
1) Bila sudah mendapat resipi yang ingin dicuba, baca dan fahamkan bahan-bahan yang ada dalam resipi dan juga peraturannya. Jika ada bahan atau peraturan yang tidak faham, bertanya pada yang arif.
2) Buat nota sendiri dalam resipi tersebut. Sewaktu hendak mula membuat Kek tersebut, keluarkan cawan sukatan, timbang, pemukul telur, mixer atau bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat kek tersebut. Dan juga sediakan bahan-bahan yang hendak digunakan. Ini untuk memudahkan anda menyukat dan juga supaya tidak lupa/ tertinggal bahan sewaktu mula mengadun kek.
3) Bahan-bahan kering seperti tepung gandum, baking powder, baking soda, garam hendaklah diayak bersama. Kek akan lebih gebu dan ringan bila menggunakan tepung yang telah diayak dan juga sewaktu mengayak tepung bersama baking powder/ baking soda ia dapat menghasilkan tepung yang serata dengan baking powder dan baking soda berbanding dengan kita menggaulkan begitu dengan tangan. Pernah terjadi Diana tidak ada masa untuk mengayak tepung dan hasilnya kek yang menggunakan bicarbonate of soda tidak serata dan rasa pahit soda pada sesetengah bahagian.
4) Ikut peraturan resipi satu persatu, dan sewaktu masukkan tepung sebaiknya menggunakan spatula dan kaup balikkan adunan dengan satu arah pusingan sehingga sebati. Jangan terlalu menggaul adunan tepung kerana ia akan menghasilkan kek yang agak mampat dan tidak gebu, cukup sekadar tepung sebati dengan adunan mentega.
5) Loyang perlulah dilenser dan disalutkan tepung supaya kek lebih mudah dikeluarkan selepas membakar. Dan ketuhar harus dipanaskan terlebih dahulu. Jika ketuhar anda adalah jenis yang cepat panas, turunkan suhu sedikit dari suhu apa yang tertera diresipi (contoh resipi suruh bakar 180 darjah C, gunakan 160 atau 170 darjah C), ini untuk menggelakkan kek merekah kerana suhu yang tinggi akan menyebabkan kek merekah.
6) Bila menggunakan lidi untuk mengguji jika kek telah masak. Cucuk dan lihat jika masih ada cebisan kek yang melekat di kek bermakna ia masih belum masak, bakar sehingga lidi penguji bersih dan itu tandanya kek telah pun masak.
7) Bila kek sudah masak keluarkan dari oven dan biarkan ia sejuk seketika sebelum dikeluarkan dari loyang. Jika kek itu perlu dikukus, panaskan air kukusan terlebih dahulu dan sebaiknya balut tutup kukusan dengan kain bersih supaya wap tidak akan menitis diatas kek. Atau juga boleh tutup loyang kek dengan aluminium foil.
9) Kek yang dibakar atau dikukus sebaik-baiknya jangan dibuka pintu oven atau tutup kukusan pada 45 minit pertama ia dibakar atau dikukus. Ini supaya anda dapat menghasilkan kek yang lembut dan gebu.
Cara untuk mengenal kek yang telah dihasilkan dengan sempurna adalah bukan sahaja dengan paras rupa kek tersebut yang menawan tetapi juga hendaklah anda rasa kek tersebut. Jika rupa menawan dan rasa pun sedap, itulah kek yang telah dihasilkan dengan sempurna.
APAPUN, SELAMAT MEMBAKING ....

37 comments:

Farah Waheda Wahid said...

nice sharing kakak KA... last baking masa bulan puasa hari tu...time tu terlebih rajin...heeee... ^_^

Nurzakiah Hanum said...

great :)

ummuaidan said...

Bagus petua nie KA ..nanti boleh cuba..tq 4 sharing..

Mizz Aiza (Dunia Kecil) said...

aiza pernah cuba buat kek, tapi tak gebu sangat.. mungkin sebab no.4 tu kot.. terima kasih di atas perkongsian ni KA, sangat bermanfaat..

LydSunshine said...

oo... byk sgt ceritanya... maka saya pilih untuk beli je la kek. hehe.

Kakzakie said...

Cucuk lidi kakak rasa dari kita kecik pun mak kita dah gunakan kan KA.

Betullah cantik kalau tak sedap pun tak guna..

Vee said...

perkongsian yg baik ....

Nieyl said...

singgah sini...:)

Raudzah Z said...

Kita Tak pernah baking KA..kalau buat sure tak jadi punya..may be one day kita boleh trykan guna tips ni..

Ema Johari said...

bertuah mak KA..dapat kek lebih dr sebiji lagi...

CikLily Putih said...

rasanya kukus lagi sedap daripada bakar coz tak kering sangat tekstur nya.

MulutPayau said...

Tips yg berguna..terima kasih atas prkongsian...

Nadya Dyana said...

Thanks share ^^

Bin Muhammad said...

Hanya makan kek aje yang ku tahu, hehe

Ira said...

Tq sudi share tips ni.
Da lama tak buat kek.. hehe..

aTieYusof Family said...

Rajin nak membaking ye KA..
klu sy ni buat kek pun tak lepas lg..hehe..
rezeki mak dpt kek berganda thn ni:)

AnneRaini said...

kadang2 kek saya pun xjadi...haha

Knor said...

ada tip lgi..bolehlah jenguk selalu kat sini..tq utk infonya

Chic Na said...

good tips. dah lama jugak tak baking..

wahida said...

wow!! pandainya KA membaking, kalau saya mmg hampeh la...hahaha...

Deqla Manjew said...

abg KA buat sendiri ye? wahh.. terer eh dia.. terliur tgk krim tu.. perghhh!

MizzTina said...

mekaseh kak utk info ni.. setakat ok je buat kek.. tp fail buat kek buah.. hehehe

mama maman aka yana said...

mama pun dah lama tak berbaking KA.. huhu.. kot2 ilmu didada pun dah berkarat.. kiki

Rinna said...

Sedapnyaa tgk kek tuh.. rezeki kan byk dpt makan kek

Tihara said...

saya kalau nak buat kek, saya suka cup cake, senang nak makan tak payah kerat :)

J.Syazwana said...

dari dulu teringin nak baking kek tapi oven takde. hahaha. tunggu kawen je la. hihi

Yumida Huda said...

nice sharing kak
yumida klo buat kek main bedal je sukatannya
padahal dah de penimbang..hehe

Cik Kay Jue said...

wah.. bestnyer mak KA dpt banyak kek..

izan mama mia said...

ooo..itu petuanya...

Haryati Faizal said...

erm...sedapnye kek coklat....

Empayar Utama said...

Saya beli ajalah.

Mohd Selim Zainal said...

Assalammualikum...k,

sedap kek..hhehe

mselim3

pls: x dapat nak rasa kat alam maya..huhuh

Umi Qi said...

Waaaaaaa sedap yer kek ibu sis yg tercinta...hebat lah sia ada petua lg nk buat kek...tq sis KA

Myra Jay said...

Thank you kak, nak buat kek ni memang kena teliti dengan tepat kan, baru kek jadi cantik kan :D

ummiross said...

ummi masa muda2 suka juga membaking, sekarang penyakit M semakin menebal, hehe..

hainom OKje said...

TQ KA share tips ni walaupun OKje jarang sangat buat kek hehe asyik M memanjang ni hehe

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

nice sharing kak...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...