Tabung Masa Depan ...

Friday, September 13, 2013

Yang Baik Haruslah Kita Jadikan Tauladan

Sekadar perkongsian dari FB pagi Jumaat ni. 
Sangat2 menyentuh hati, even KA dah pun baca berulang kali cerita ini ! 

Ini adalah kisah benar yang menyayat hati iaitu kisah seorang kanak-kanak di China 
yang mendapat anugerah tinggi dari kerajaannya kerana dikatakan telah melakukan
 “PERBUATAN YANG LUAR BIASA”.
 Di antara 9 orang penerima anugerah itu, dia merupakan satu-satunya kanak-kanak 
yang terpilih dari 1.4 billion jumlah penduduk China kerana kesukaran hidup dan 
pengorbanan menjaga bapanya.
Sejak dia berusia 10 tahun kanak-kanak ini ditinggal oleh ibunya yang sudah tiada akibat 
 tidak tahan hidup bersama suaminya yang sakit teruk dan sangat miskin.
Sejak itu Zhang Da, demikian nama kanak-kanak itu, hidup dengan ayahnya yang tidak 
bekerja,  tidak boleh berjalan dan sakit-sakit. Dia terlalu kecil untuk memikul tanggungjawab
 yang berat itu, namun dia tetap berjuang.
Dia bersekolah dengan berjalan kaki melalui hutan kecil. Oleh kerana dia tidak bersarapan,
 semasa perjalanan itu dia makan daun-daun, biji-bijian dan buah-buahan yang dia temui. 
Dia juga mencuba memakan sejenis rumput, sehingga dia tahu mana yang masih boleh 
diterima lidahnya dan mana yang tidak.
Pulang sekolah, dia bekerja memecah batu-batu besar. Upah sebagai tukang pecah batu 
digunakan untuk membeli beras dan ubat-ubatan untuk ayahnya. Setiap hari dia mendukung 
ayahnya ke bilik air dan juga memandikan ayahnya. Dia membeli beras dan membuatkan 
bubur untuk ayahnya.
Segala urusan lain pun dia yang mengerjakannya sendirian. Ubat yang mahal dan jauh 
 membuatkan Zhang memikir untuk menemukan cara terbaik untuk mengubati ayahnya.
 Dia pun belajar tentang ubat-ubatan melalui sebuah buku bekas yang ia beli. 
Dia belajar bagaimana seorang jururawat memberikan suntikan. Setelah berasa dia boleh, 
dia sendiri yang menyuntik ayahnya.

Ketika acara anugerah tersebut berlangsung, pengacara bertanya apa yang diinginkan 
Zhang Da
”Apakah wang atau lainnya. Disini ada banyak pejabat, peniaga, juga ada ratusan
 juta penonton telivision, mereka boleh dan bersedia membantumu nak!”
Namun apa yang dikatakan Zhang Da sangat sungguh mengejutkan kepada siapapun, 
dia hanya berkata,

”Aku tidak mahu apa-apa, aku hanya ingin ibuku kembali!.”

Kisah di atas bukan saja mengharukan namun juga menimbulkan kekaguman. 
Seorang kanak-kanak berusia 10 tahun dapat menjalankan tanggung jawab yang berat 
selama 5 tahun. Kesulitan hidup telah membuatkan kanak-kanak tersebut menjadi kuat
 dan pantang menyerah.
Zhang Da boleh dikatakan sangat berbeza dengan anak-anak kita. Dengan alasan sayang, 
kita selalu membantu anak-anak sudah mampu membuatnya sendiri.Ada kanak-kanak
 yang sudah bersekolah rendah pun masih disuap, dan memakai bajupun masih dibantu.
Juga seperti ucapan Zhang Da, pesanan kepada kita yang berumahtangga supaya 
menyayanyi keluarga masing-masing.
 Jangan kerana pentingkan diri sendiri, kanak-kanak 
yang kecil dan tidak berdosa menjadi mangsa!

Moga jadi iktibar untuk kita semua.  Sepatutnyer, ibu dier berbangga dengan apa yang
telah dilakukan Zhang Da kan.  Seribu satu payah nak jumpa anak semulia ini !

24 comments:

❤Kamsiah❤ said...

sedih membacanya..bila dibandingkan dgn anak2 kita..kdg2 kasut sekolah pun merenggek2 mintak mak basuhkan hehe..

nuyui a.k.a miss YUI said...

tak sggup nk bc hbs kak..

sedih nanti..

nuyui a.k.a miss YUI said...

jntik nuff

beta kupu said...

bdk kecik pun tau tggjwb kan...yg part sdey, dia bukan nak duit ke mknn sedap ke kan, tp nak ibu dia....*sedey*

Ummu Amar said...

kisah2 dunia yang kadangkala tak terjangkau dek akal kita..alhamdulillah 'ala kulli hal :)

ieda immi said...

setuju kak

sejuta pun x kan jumpe .. saya sedih bila baca .. saya dah tahu kisah nie sblm nie .. tapi bca dlm blog ..

semoga menjadi pengajaran bg kita yg dewasa nie agar dpt menjaga amanah allah sebaiknya iaitu ibu dan bapa

D Yatie said...

Allahhuakbar. Inilah salah satu bukti kebesaran Allah SWT.

ejulz said...

sedih dgr jawapan dari budak ni..

Farah Waheda Wahid said...

farah pun dah berkali2 baca pasal zhang da ni dan pernah juga buat entry sekali dulu...sedih kan kak? tapi kita kena ambil apa yang baik, betul tu...yang baik jadikan tauladan...

Ema Johari said...

dia belajar dari kesusahan..

Haryati Faizal said...

bagusnye budak ni, kecik lagi dah pikul t/jawb yg berat...

Chic Na said...

gigihnya dia & sangat mulia hatinya kan..

done nescafe..

Bin Muhammad said...

Seorang kanak2 yg luarbiasa. Kepada mereka yg memperkenalkan budak ini dan mencalonkan beliau...ianya suatu yg sungguh murni. Kisahnya memang menjadi pengajaran buat kita yang hidup senang dan memanjakan anak2.

ANNA MARIANA said...

perkongsian yang sangat2 menyentuh hati anna...

aTieYusof Family said...

Pernah baca kisah ni..memang sedih kan KA..jadikan pengajaran buat kita semua...

izan mama mia said...

wah hebat anak ini

wantie said...

pernah baca cerita ni. tetap sebak membaca walaupun dah berkali kali baca.

part dia inginkan ibunya kembali tu yg buat T snagat sangat sayu KA.

Raudzah Z said...

Alhamdulillah..beruntung parents dia dapat anak macm ni..one in a million...click nuffnang untuk KA..

Nursaila Norman said...

ya allah, terharu,sedih semua ada ms baca entry ni..kesiannya dia..bersyukur hidup kita masih baik dan sempurna..

Nurfaezah Abdullah said...

fae pernah baca kisah budak ne before this. ntah how is he doing now. hopefully his life getting better now ^^

MaMa Rey said...

ada baca ni KA..memang sgt menyayat hati kan KA..sedih..
kagum dgn si anak tu boleh menjaga bapanya dgn usianya sebegitu muda...

Lynn Munir said...

Kagum dengan ketabahan anak ini. Kalaulah semua anak sanggup berkorban sebegini hebat dan menghormati ke dua orang tua, tidak akan timbul cerita anak derhaka dan lupa daratan. Moga kita semua dikurniakan anak-anak yang soleh dan solehan. Aminn.

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

sedihnya.....kagum dgn budak ni

Deqla Manjew said...

ya Allah.. sedih baca..betapa besarnya pengorbanan seorg anak.. kecik2 dah pikul tanggungjawab yg besar.. anak2 melayu mampukah seperti dia? hurm.. moga jadi iktibar buat smua..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...