Tabung Masa Depan ...

Tuesday, October 01, 2013

Berkongsi Bicara Tentang Ibadat Haji

Kongsi2 info tentang ibadat haji.
Haji dari segi bahasa bermaksud mengunjungi.
Manakala dari segi istilah pula bermaksud mengunjungi Baitullah Al-Haram di Mekah
 untuk menunaikan segala perbuatan-perbuatan haji yang telah diperintahkan oleh Allah 
demi mengharapkan keredhaanNya pada masa tertentu dengan syarat-syarat tertentu.
HUKUM MENGERJAKAN HAJI

Ibadat haji merupakan rukun Islam yang kelima. Hukumnya wajib ke atas setiap muslim 
yang mempunyai kemampuan,  sekali dalam seumur hidup berdasarkan dalil yang terdapat 
di dalam Al-Quran , As-Sunnah dan Ijma’ Ummah.
 
i) Dalil dari Al-Quran :
Firman Allah Taala :
وَلِلَّهِ عَلَى النَّاسِ حِجُّ الْبَيْتِ مَنِ اسْتَطَاعَ إِلَيْهِ سَبِيلاً
Maksudnya : Dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan ibadat Haji dengan 
mengunjungi Baitullah iaitu sesiapa yang mampu sampai kepadanya.
[Surah Ali-Imran : 197]

ii) Dalil dari As-Sunnah :
Sabda Rasulullah SAW.:
 
بُنِيَ الإِسلامُ عَلى خَمْسٍ: شَهادَةِ أَنْ لا إِلهَ إلاّ اللّهُ, وَأَنّ محمداً رسولُ اللّهِ, وَإقامِ الصلاةِ, وإِيتاءِ الزّكاةِ, والحَجّ, وصَوْمِ رَمَضان.
Maksudnya : Islam dibina di atas lima perkara, Pengakuan bahawa tiada Tuhan melainkan
 Allah dan Nabi Muhammad pesuruh Allah, Mendirikan solat, Menunaikan zakat, 
Mengerjakan haji, Berpuasa di bulan Ramadhan.
Ibadat haji hanya difardhukan sekali sahaja seumur hidup bagi setiap muslim. 
Sebagaimana jawapan Rasulullah SAW. kepada Al-Aqra’ bin Habas apabila ditanya adakah 
aji itu setiap tahun atau hanya sekali sahaja? Lalu baginda menjawab : hanya sekali sahaja, 
dan barangsiapa yang menambahnya, maka itu menjadi sunat.

Antara gambar kenangan sebelum mengerjakan haji ..
  ( Selamat pergi & selamat kembali buat kedua pakcik & makcik KA
En Razak/Puan Jaliah yang akan berangkat ke tanah suci esok
Mudah2an dipermudahkan semua urusan disana,
 mendapat keberkatan & haji yang makbur ! In Shaa Allah ..
Amin2... )

15 comments:

ros_reeza said...

Entry yang bagus.. terima kasih sudi berkongsi.. menambah pengetahuan :)

Santan Manis said...

Teringin nak pergi haji :). lama tak melawat KA kat sini, apa khabar? :D

Raudzah Z said...

Semoga selamat pergi dan balik dan mendapat haji yang mabrur..

paridah said...

ramai kawan2 yg mengerjakan ibadat tahun ni termasuk yg tarikh penerbangannya sama dengan bapa saudara KA. Semoga semua jemaah haji sht walafiat n dpt mengerjaukan ibadat dgn sempurna...

Norhasniza Khalid said...

yer, mama juga berharap agar urusan mereka yang mengerjakan haji dipermudahkan... dan mendapat haji yang mabrur

wantie said...

semoga pulang menjadi haji yang marbrur....

ntah kenapa, tiap kali sedara mara T yg pergi mengerjakan haji, pasti menitis air mata.

air mata gembira ke sedih, T pun tak pasti. yang pasti airmata akan menitis berjuraian.

Nurzakiah Hanum said...

alhamdullilah

Ema Johari said...

semoga selamat pergi dan balik utk pakcik dan makcik KA

Deqla Manjew said...

semoga makcik/pakcik kak KA selamat pegi dan pulang ye.. moga mendpt haji yg mabrur.. aamiin..

Acik Erna said...

In syaa Allah..semoga selamat pergi dan kembali dan mendapat haji yang mabrur

Mrs Velentine said...

semoga semuanya dipermudahkan

S.K.A said...

Amin =) inshaa'Allah smoga selamat pergi dan blik..untung dia jd tetamu Allah

Chic Na said...

semua dah lupa.. last belajar ni masa form 5.. huhu..

done british council.. :)

Kak Yon said...

insyaallah.. semuga mendapat haji yang mabror

Lynn Munir said...

Moga mendapat haji yang mabrur. Apa kabar KA ?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...