Tabung Masa Depan ...

Thursday, October 24, 2013

Bila Ajal Itu Tiba !

MEMETIK BERITA DARI  KOSMO ONLINE HARI INI

SALAM TAKZIAH......

Tiga terbunuh dengan dua daripada mereka mati lemas selepas
 terperangkap dalam rumah yang ditenggelami banjir lumpur manakala seorang lagi diserang
 sakit jantung kerana terkejut dengan kejadian bencana alam yang tiba-tiba melanda Lembah Bertam, 
Ringlet, Cameroon Highland semalam.
Kejadian pukul 1 pagi yang menenggelamkan hampir keseluruhan perkampungan milik pekebun
 sayur yang tinggal di tebing Sungai Bertam berpunca daripada limpahan air Empangan Sultan 
Abu Bakar yang terletak 1.3 kilometer dari kawasan yang dilanda banjir.
Dua mangsa yang mati lemas ialah lelaki Bangladesh, Md. Zahangi Alam, 30, dan seorang wanita  
Indonesia yang dikenali sebagai Kesmat, 46.

Seorang pegawai bank menemui ajal dalam keadaan menyayat hati apabila
 mukanya pecah selepas ditembak oleh pengawal keselamatan premis tersebut yang sebelum itu
 telah memaksa mangsa membuka peti besi untuk melarikan sejumlah wang semalam.
Kejadian pada pukul 6.20 petang di Jalan USJ Central 2 di sini itu berlaku apabila Norazita Abu Talib
, 37, diarahkan membuka peti besi berisi wang di bank berkenaan oleh suspek yang bersenjatakan
 selaras pump gun.
Mangsa merupakan ibu kepada dua cahaya mata dan telah bekerja di bank tersebut selama
 16 tahun.
Difahamkan, ketika kejadian, terdapat lima pekerja di bank tersebut termasuk mangsa dan suspek.

"  Bayangkan wahai saudaraku seiman, engkau berada di hadapan kematian ini. 
Malaikat Maut tepat berada di atas kepalamu. Nafasmu tersengal, nyawamu meregang, mulutmu 
terkunci, anggota badanmu lemas, lehermu berkeringat, matamu terbelalak, pintu taubat 
telah tertutup untukmu, dahimu berkeringat, di sekitarmu penuh dengan tangisan dan 
suara rintihan, sedang engkau dalam kesedihan yang mendalam, tiada yang dapat menyelamatkan 
dan menghindarkanmu darinya "

49 comments:

Ratu Hatiku said...

Innalillah... Takziah buat keluarga mangsa...

Nazayiena Ayiena said...

Salam takziah buat mereka semua.

♡ m.a.w.a.r_ b.e.r.d.u.r.| ♡ said...

Al-Fatihah ... :'(

NM03 said...

dua2 berita sedih... tapi kematian pegawia bank sangat tragis. moga keluarga kedua mangsa bertabah dengan kejadian yang menimpa

Farah Waheda Wahid said...

salam takziah kepada keluarga mangsa yang terlibat...bila dengar berita2 ni semua memang menyedihkan...

Cikda said...

innalillah..
cikda baru tgk video dari cctv tu.. takutnya.. moga rohnya dicucuri rahmat. alfatihah

Daddy Ziyyad said...

Itu la...kalau dah tertulis ajal...di tanah tinggi Cameron pun boleh banjir

Umi Qi said...

Ya Allah!...Salam Takziah

Qhaifa Nur said...

ajal maut ditangan tuhan KA...
takziah & al-fatihah buat mereka...

Nurzakiah Hanum said...

al fatihah

ieda immi said...

sedihh

ini yg dikatakn malaysia masih aman .. ?? x macam negara lain ??

dah tuu nak tunggu malaysia jadi macam negara lain baru nak ambil tindakan ke ???

sakit jiwa

DYatie said...

Al Fatihah. Semoga mereka ditempatkan di kalangan golongan orang beriman.

Knor said...

ajal maut ..dh sampai masanya..rasanya kisah berlainan..bru aje tgok rakaman cctv di fb.

yg sgt geram sggup diupload gambar mangsa ..sedih.

❤Kamsiah❤ said...

maut datang tanpa kita menduga bagaimana cara dam ketikanya

faraherda.razalan said...

Klu Allah nak jadikan bencana mcm kat ringlet tu kan? Tapi dgrnya, siren dah berbunyi berulangkali sbg amaran. Proses melimpahkan air empangan tu berlaku setiap thn.

Deqla Manjew said...

Al-fatihah buat semua mangsa.. paling terkejut baca berita pegawai bank tu.. ya Allah.. tragis sungguh.. matanya hancur! x berhati perot pengawal keslmtn tu.. hrpkan pagar, pagar mkn padi!

JaSSNaNi said...

KEHENDAK ALLAH TAK KIRA APA SITUASINYA SEKALI PUN BILA DAH AJAL.DATANG MENJEMPUT MU.. TAKZIAH.

yana aina said...

kematian itu pasti ... cuma bila dan bagaimana jerk menjadi rahsia Allah. takziah buat mangsa.

wantie said...

al fatihah- ada baca kosmo pagi tadi. sangat sangat menghayat hati..

aTieYusof Family said...

Ajal menjemput bila2 masa..
Takziah pd keluarga mangsa..sedih sgt tgk video kejadian rompakan tu...:(

LydSunshine said...

Sesungguhnya kematian itu sgt hampir dgn kita. Cuma kita je tak tau.

Mizz Aiza (Dunia Kecil) said...

al-fatihah kepada mangsa yang terlibat..

hazwan hairy said...

alfatihah..

Haryati Faizal said...

takziah...sedih baca kisah ni kat paper

Bin Muhammad said...

Semoga ajal menjemput kita dalam keadaan bersedia, sempurna dan jauh dari keaiban, amiin.

Raudzah Z said...

Rahsia Allah untuk kita semua yang dipinjamkan ke dunia ni..Takziah kepada keluarga mangsa...

aizamia3 said...

Moga mereka kuat dan tabah dalam mengharungi dugaan itu.

Eye_nee said...

Takziah buat semua mangsa yg terlibat..

Dpt tgk muka pegawai bank tu tanpa ditutup lagi...Ya-Allah kasihan sungguh la KA...

Khususon ila ruhi almarhummah
Norazita Abu Talib..Al-fateha

Lilynn Wifey Sham said...

kejam betol guard tu..

Masha Meisters said...

Allah.....al fatihah dan takziah buat keluarga mereka...

Ibu Lala said...

Al fatihah utk sume mangsa

Kakizan Omar said...

al Fatihah..

pha is said...

takziah kepada keluarga mangsa..

Bitt (double IS) said...

takziah...yg kes empangan melimpah tu, kata kawan yg keje jkr...warning dah kasi masalahnya rumah mereka berada dipinggir sungai tu kalau melimpah habis rumah setinggan tu semua kena la..haihh kesian jugak dengarnya...

J.Syazwana said...

sedihnya :(
al fatihah

makchaq said...

Sedih kan baca... tambah yang pekerja bank tu... sapa nak sangka.. kerja bank tup2 mati ditembak masa tengah kerja...

Baru jap tadi ada cerita orang mengamuk tikam orang kat LRT station.. 2 orang mangsa yang maut...

asyifa mustaffa said...

alfatihah...

ANIM said...

nyawa bukan milik kita..bahkan kita sendiri tak tahu di bumi mana kita akan mati:-))

tadi pun baru dengar fasal lelaki mengamuk di taman melati. dunia akhir zaman. banyak berlaku pembunuhan ..

Kaseh Wee said...

Takziah dan al - Fatihah . semoga Allah mencucuri rahmat keatasnya ...

Maria Firdz said...

Kematian itu sst yg pasti...

MystoryPic said...

Al-fatihah untuk mangsa.... sedih baca berita-berita camni

RedRose said...

Al-Fatihah kepada mangsa yang beragama islam. Ajal maut di tgn tuhan. pohonlah semahunya agar kita dan keluarga dilindungi daripada musibah dan malapetaka dunia. Insya Allah.

suka suka said...

Bersabar la pada keluarga2 mangsa trajedi

suri said...

al fatihah untuk mereka sabarlah selalu denga ujian tak henti hadir...

Fiza Rahman said...

Alfatihah buat mereka. Yg paling sedih kes pegawai bank tu.

Mummydearie said...

Sebak. Tak boleh nak bayangkan. Tamat sudah riwayat hidup mereka walaupun dalam cara yang tak pernah terfikir pun di fikiran.

Alfatihah buat mereka.

Ema Johari said...

Takziah dan Al-Fatihah untuk arwah

hainom OKje said...

Takziah buat mereka .....seram pulak baca kata kata tu KA

Chic Na said...

dalam seminggu dah berapa kes jenayah & kematian berlaku kan. scary..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...