Tabung Masa Depan ...

Tuesday, October 22, 2013

Cerita Ceriti Sakit Adik

Kata En Hubby tak payah lah nak cerita panjang2 lagi
Kalau nak diceritakan dari mula 10 hari 10 malam ler nanti
Yang penting Adik dah sihat sikit sekarang ni
Lepas Adik muntah2 tak henti2 beberapa hari
Dan sakit perut yang tak terperi
Sampai kena masuk wad lagi
Kita yang sedih, tapi Adik pulak happy 
Sakit2 teruk pun, Doktor kata masih aktif je Adik ni...
Pening memikir bila doktor tak dapat nak trace lagi
Punca & apa penyakit Adik yang sebenar2nyer lagi
But Alhamdulillah lepas masukkan drip/ubat di tangan kiri
Sakit perut & muntah2 dah berkurang & berhenti
Dan boleh minta nak makan bubur Mc D lagi
Siap nak air milo & french fries sekali
Sebab dah terasa lapar dan perut kosong perlu diisi 
Yelah dah 2 -3 hari muntah x henti2 !
 
 Sepanjang di wad Adik nampak ok je 
Sehinggalah doktor kata boleh balik dah dier
Malangnyer tengah malam tu je
Sakit perut & muntah mula menyerang semula
Nasib baik ada ubat yang dibekalkan doktor, 
Alhamdulillah perlahan2 sakit perut & muntah hilang juga 
Betapa kuat & tabahnyer Adik hadapi semua
Tanpa merungut sepatah apa ! 
Jangkaan doktor mulanyer mungkin food poisoning
Mungkin serangan angin, mungkin juga apendiks
Or mungkin jangkitan kencing tikus
Apapun setelah semua ujian dilakukan & negatif
Cuma urine Adik ada kuman sikit
So suspect UTI sebab itulah Adik sakit perut & muntah2!
Sekarang kena makan anti biotik selama seminggu & tengok macammana
Even Adik masih juga ada rasa nak muntah2 lagi
Tapi tidaklah seteruk tempoh hari
Bila KA kata Adik kena masuk wad semula sebab tak baik2 lagi
Cepat je Adik jawab 
" Minggu ni tak boleh, sebab Adik ada peperiksaan kat sekolah mengaji, 
lepas periksa takpelah Ummi , Adik boleh tahan lagi ni!"
Macam tulah Adik yang KA kenal
Even seteruk mana dier diuji 
Tetap tabah Adik hadapi
Even kita yang dewasa pun tak secekal ini !

" KEKUATAN TIDAK DATANG DARIPADA KEMAMPUAN FIZIKAL
TETAPI
IANYA DATANG DARIPADA SEMANGAT 
YANG TIDAK PERNAH MENGALAH KAN ! "

Sekali lagi tq atas keprihatinan dan doa2 semua
untuk kesembuhan Adik !

32 comments:

Bin Muhammad said...

Kekuatan adik juga datang dari orang2 disekelingnya terutama ahli keluarganya yg setia menjaga dan menyayanginya.
Semoga adik sihat spt biasa...amiin

Nurzakiah Hanum said...

semoga kekuatan datang dalam diri KA ya

ummuaidan said...

Alaa ciannyer adik..sib baik adik sgt tabah...auntie kagumlah sgt...aidan mlm raya hari tuh pun muntah teruk jgk sampai kepagi..sib baik lps jumpa doc, inject..ok balik..

yana aina said...

owh .. bukan keracunan makanan erk. moga adik cepat sihat. moga KA dan hubby pon diberi kesihatan yg baik utk jaga adik ^^

Kakizan Omar said...

Alhamdulillah.. sakit tu pun ujjian kan.. Semoga semakin sihat.. ibu pun kena jaga kesihatan... :D

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

Salam KA....semoga Adik cpt sembuh & ceria spt dulu.Aaminn

icE said...

semoga Adik cepat sembuh :) salam kenal

Visit my blog : WAHM in the making

Noe said...

susah jugak kan...sbb tak tau sakit apa...doktor pun leh suspect je la..apa2 pun semoga KA n Adik tabah...n adik cepat sembuh yer...

asyifa mustaffa said...

Adik kuat..! Moga tenang dan tabah jwab exam...

Mummydearie said...

Alahai sis, kesiannya Adik. Kalau saya pun, anak sakit, saya yang menangis-nangis kesian tengok keadaan mereka. Baru tengok foto Adik pun saya yang bergenang air mata. Tak sanggup saya tengok badan anak kena cucuk sana sini. Moga Adik cepat sembuh, sihat dan kembali aktif, ya!

ZazaMyMoon said...

Alhamdulillah dah ada perkembangan +ve adik.. cepat2 sembuhh yer adik.. ;)

Shark Kay said...

sorry shark br dapat tau,
semoga adik KA cepat sembuh.
orag yg tabah ni mmg cepat sembuh.

Sally Samsaiman said...

get well soon adik! kesian KA haa... ^_^

wantie said...

tu..even sakit pun adik masih semangat tuk kesekolah..

adik..adik, mcmlah sakit tu leh stop time exam. cute lah adik ni

Knor said...

keracunan makanan ke tu KA

teringat kes knduri tu..

LydSunshine said...

Sebab UTI ke boleh jadi muntah2 dan sakit perut tu? Mcm berbeza je sistemnya. Tapi kalo doktor dah kata gitu, betul la kot. Mmg cekal adik ni ye. Mungkin ikut KA kot.

beta kupu said...

bgs la adik, kuat smngt...=)

faraherda.razalan said...

Aduh mak. Seram je bunyinya. Tinggi betul smgt Adik ni. Moga lekas sembuh ya?

Rai Ourkizuna said...

kesiannya adik..semoga cepat sembuh nya.. tabah sungguh..

DYatie said...

Get well soon Adik.

Mizz Aiza (Dunia Kecil) said...

semoga adik cepat sembuh.. tabahnya adik..

aizamia3 said...

Adik memang seorang yang kuat semangat..
Moga Adik cepat sembuh dan dapat jawab soalan dengan tenang..

Ira said...

Semoga adik sembuh sepenuhnya.
Selamat menghadapi peperiksaan ye adik.
Kuat betul semangat adik.
Smga terus kuat n tabah ye.

♡ m.a.w.a.r_ b.e.r.d.u.r.| ♡ said...

get weel soon adik ! be strong

Nursaila Norman said...

alhamdulillah..harap adik lebih sihat ya..kuatkan semangat ye adik :)

Kakzakie said...

Sedihlah kakak bila tengok adik macam ini. Lagilah bila dia cekal macam itu ingat lagi nak periksa KA. Sementara ini jgn makan yg berminyak dululah KA. Makan masak sendiri dulu jgn beli yg diluar... moga cepat sembuh ye sayang... auntie doakan betul ni, cuma tak tahu nama adik jadi auntie bayangkan muka adik aje..

Maria Firdz said...

kesiannya smpai msuk hospital... moga cepat smbuh dia...

ANIM said...

dapat rasakan kebimbangan seorang ibu dan kerisauan seorang ayah..
moga adik cepat sembuh...

p/s cekalnya dia. selalunya budak seusia dah tak ingat nak ambil periksa dah pun..

piqa da bajitos said...

adik !
cepat sembuh adik
kuat kuat

Ibu Lala said...

Bagus la adik ni. Kuat srmangat.

Deqla Manjew said...

ya Allah..kesiannye adik..moga diberikan keshtn yg baik yg berpanjangan.. take care adik...

hainom OKje said...

Ohh muntah ngan ceri beri rupanya adik ni....risau jugakkan KA kita ni sebagai mak....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...