Tabung Masa Depan ...

Tuesday, October 08, 2013

Kenapa Adik Pelat Yer Ummi !

Dulu2 Adik ada sedikit rasa rendah diri juga
Sebab di usia 5 tahun, percakapan dier masih lagi kedengaran pelat
Sampai pernah Adik mengadu pada KA
Kawan2 kata lidah dier pendek, " Kenapa Adik pelat yer Ummi !"
Berbanding Along & Angah
Adik lambat sikit dari segi percakapan & pertuturan
Seingat KA, umur 3 tahun baru Adik mula boleh bertutur
Sebelum itu hanya ada beberapa perkataan aje yang boleh Adik tuturkan
Dan dalam usia 4  - 5 tahun masih lagi kedengaran pelat yang tebal
Selain doa & tawakkal, antara usaha KA sebagai ibu
Bagi Adik makan kismis & kurma serta banyakkan bercakap dengan dier
Sentiasa sokong & beri pujian bila dier berjaya bertutur dengan baik
Alhamdulillah walau Adik lambat dari segi pertuturan
Tapi dier sedikit bijak & cepat menangkap apa yang diajarkan
Dan di usia 7 tahun ni, dah tak larat KA nak layan apa yang Adik cakapkan
Selagi tak tidur ada2 ajelah cerita Adik ! He He He 


Soalan: Lidah saya boleh dikatakan tebal dan pendek.
Oleh kerana itu saya tidak dapat menggetarkan lidah yang mana ia sekali gus
membuatkan saya menjadi pelat. Apakah ada penyelesaian untuk keadaan ini?
Setiap hari saya berlatih untuk membuatkan lidah saya bergetar namun tiada sebarang
kemajuan. Terima kasih.

Riana, 16 tahun.

Jawapan:

Hai Riana,
Sejak dulu lagi ramai yang beranggapan bahawa pelat adalah disebabkan oleh
 lidah yang pendek. Sebenarnya, tiada istilah lidah tebal dan pendek. Ini kerana
panjang lidah untuk setiap orang tidaklah terlalu berbeza.

Pernahkah anda diperiksa oleh doktor berkaitan hal ini?
Sebenarnya bukan lidah yang pendek, tetapi kerana wujud perbezaan pada bahagian
 yang dinamakan ‘frenulum linguae’, yang menyebabkan gangguan untuk melafazkan
suatu huruf atau lebih dikenali dengan istilah pelat.

‘Frenulum Linguae’ dapat dilihat apabila anda menggerakkan lidah ke atas. Ia kelihatan
seperti tisu yang menghubungkan dasar mulut dengan lidah. Perbezaan panjang dan pendek ‘frenulum linguae’ inilah yang menyebabkan lidah sukar bergetar lalu menyukarkan
 seseorang menyebut huruf berkenaan.

Penyelesaian untuk hal ini ialah dengan menjalani terapi pertuturan (speech therapy) dengan
syarat, memang tiada kelainanatau gangguan kesihatan lain yang boleh menyebabkan
 keadaan yang anda hadapi ini.

Terapi ini merangkumi pergerakan nafas atau penyebutan huruf tertentu yang sukar bila
dilakukan tanpa bantuan pakar kerana melibatkan koordinasi lidah dan bahagian lain di rongga
 mulut. Justeru, saya sarankan anda supaya mendapatkan nasihat pakar terapi pertuturan
berhampiran anda.

Semoga jawapan ini dapat membantu anda.
Dr. Alan Goni - www.MeetDoctor.com

source info dari sini  ( N3 AUTO PUBLISH )

23 comments:

Nurzakiah Hanum said...

selamat pagi
singgah sini

Maria Firdz said...

pelat tapi byk cakap dia.. lama2 hilang pelatnya insha Allah...

Fais-SKA said...

Xpelah adik =) nnti ok la 2..sy pn dpt rasa yg adik ni seorang yg cerdik..Allah dah bg kelebihan masing2 pd hambaNya..entri psal adik sllu bt sy tersenyum..he3

Riedaffya ibrahim said...

maybe adik lambat skit kut...so setiap anak2 kan berbeza...anak sy yg kedua ni pon pelat bile bercakap..

Qashmere said...

Kata orang kalau buat bubbling selalu bole kuatkan pertuturan anak. Tapi tak pasti kesahihan tu..

Takper KA nanti anak tu dah besar sikit boleh bercakap betul nanti

Nieyl said...

xpe adik..nant Ok la tuh :)
selamat Pagi...:)

Rai Ourkizuna said...

anak sedara saya umur 6 tahun pun masih kedengaran pelat.. tapi saya rasa ok je.. insya allah in time benda tu akan terubat sendiri..

Mummydearie said...

Takpa yang penting Adik memang nampak bijak dan keletah. Samalah KA. Anak saya yang 7 tahun tu pun mcm bertih jagung mulutnya. Tak seminit pun reti diam. Ada aje yg nak dicakap dan dibualkan.

Kisah Si Dairy said...

dah besar skit oklah tu...pandai je dia create soalan kan...hehhe

wantie said...

ada 2-3 orang anak sedara T yg pelat. tak boleh sebut sesetengah huruf dengan betu. huf K di sebut huruf "Hay"..

kakak = tatak

kalau dulu, mak T ckp jgn makan pinang nanti lidah keras tak boleh sebut huruf "ra". dalam jawi.

so, tiap kali makan pinang go bek Nenek T akan sebut huruf "Ra". hahahaha kelakar bila ingat kembali.

Kakzakie said...

Kakak ada satu budak mengaji bila sebut huruf RO memang tak pandai. Dah 7 tahun tapi memang pelat tak boleh buat apa....

QueeN TerataI said...

insyaAllah dh besar nnt x pelat dh...

Bin Muhammad said...

Setiap kurniaan Allah itu ada hikmahnya...

aizamia3 said...

doa ibubapa mengiringi adik.. ;)

aTieYusof Family said...

baru plak sy tau ttg‘frenulum linguae’,. Ada ye...anak sy skrg tak pandai sebut R & S..hehe

Fiza Rahman said...

Tak per lah adik. Janji adik bijak dan kretif. Nnt hilang lah pelat tu.

Ann Ishak said...

saya ada masalah bila sebut perkataan L tapi lama2 rasa dah okay

Knor said...

pelat2 pun kiut...knor suka ckp pelat dgn muhammad..walaupun dia tak pelat..


kadang2 mmd pun pening dgn mamanya..hehe

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

lama2 nanti hilang la pelat adik tuh

Deqla Manjew said...

xpe.. setiap kekurangan tu adalah kelebihan jugak.. contohnya, petah berkata2 wlu pelat..kan kan..

hainom OKje said...

Sekarang bukan main petah lagi adik cakapkan KA hehe

MaMa Rey said...

tak pa..lama-lama ilang lah tu..

♡ m.a.w.a.r_ b.e.r.d.u.r.| ♡ said...

adik saya mase kecik pelat tapi masa 7-8 tahun macam tu dah o.k... sekarang memang dah tak pelat

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...