Tabung Masa Depan ...

Thursday, October 24, 2013

Kisah Adik & Payu Udara !

Adik masih lagi demam (dah berkurang sedikit), 
tapi dek kerana exam tak habis lagi
tetap dier menggagahkan diri !
Pagi2 lagi lepas mandi Adik mulalah bercerita
Adik : Cikgu kata yang ini tak boleh panggil "T*T*K
KA : Habis panggil apa ?
Adik :  Payu Udara 
KA : Bukanlah Payu Dara 
Adik : Payu Udara lah Ummi kan dier kembung sikit macam ada udara !
KA :  Payu Dara
Adik :  Apa bezanyer , apa payu dara tu ?
KA :  Aaaaaaa... payu dara tu buah dada lah sebab dier ada kat dada kiter
 (Jawapan nak cepat hehehe)
Adik :  Oooo... macam tu yer !

Rindu moment2 happy Adik....
Kanser payudara merupakan pembunuh nombor satu wanita di Malaysia. 
Jadi adalah lebih baik jika anda mula mengamalkan tabiat makan yang sihat 
bermula sekarang untuk mengurangkan risiko kanser payudara.
Berkongsi beberapa jenis makanan yang dapat membantu mengurangkan risiko 
kanser ini. 

Buahan dan sayur sayuran 
Buah buahan merah (lobak, tomato) oren dan sayur – sayuran yang kaya dengan karotenoid
 boleh mengurangkan risiko kanser payudara sebanyak 20 peratus. Karatenoid boleh didapati
 dalam tomato dan lobak merah. 
Ikan & kacang 
Menurut British Medical Journal, Asid lemak Omega 3 yang ditemui dalam ikan dapat 
meningkatkan sistem imunisasi seseorang dan juga melancarkan peredaran darah. 
Ia dapat mengurangkan risiko sebanyak 14 peratus . Asid lemak ini juga boleh ditemui 
dalam kacang seperti mentega kacang . 
Buah beri 
Strawberi dan rasberi mengandungi kandungan asid elagik yang tinggi. Asid elagik bukan 
sahaja membantu mengurangkan risiko mendapat kanser payudara, tetapi juga kanser kulit, 
pundi kencing dan paru – paru bermasalah. 
Makanan yang mempunyai vitamin D 
Vitamin D boleh didapati daripada kacang soya, badam atau susu. Makanan ini mempunyai 
kandungan Vitamin D yang tinggi. 
Bijirin
Bijirin kaya dengan serat. Penyelidikan membuktikan bahawa dengan mengambil 10 gram bijirin
 sehari dapat mengurangkan risiko kanser payudara sebanyak 7 peratus.


( Hari terakhir peperiksaan untuk Adik yang masih lagi demam, 
bukan main bersemangat nak ke sekolah , sama2 doakan Adik yer !
Dah berkira2 nak paksa Adik ke hospital semula esok kalau masih x sembuh2 .. )

31 comments:

Acik Erna said...

semoga adik berjaya dengan cemerlang..cepat sehat ye adik

beta kupu said...

heheh kelaka la, mmg 'parah' skit nak ngadap budak yg byk tny ni kan KA...hihi


sian adik moga dipermudahkan lah msa nak jawab exam tu ye

Kisah Si Dairy said...

kelakar la jawapan adik tu..

Kakzakie said...

Bekalkan adik air masak lebih sikit KA. Bimbang juga di sekolah tekun dgn exam lupa minum air. Harap adik cepatlah sembuhnya...

Adik bayangkan macam belon ada udara kan kembung, imaginasi anak kecik KA..

Nurzakiah Hanum said...

selamat pagi

Ratu Hatiku said...

Hihihi pandai adik.. Moga adk bertambah sihat ya..
Tq sharing KA :)

baby comel said...

Terima kasih kak sbb bgtau. Dalam dok tergelak baca pun masih tetap jgk dpat ilmu. Good,

ummuaidan said...

hehehe..payu udara pun ade...
cepat sembuh yer dik

♡ m.a.w.a.r_ b.e.r.d.u.r.| ♡ said...

hahaha..kembung sikit macam ade udara? hihihi kelakar la adik

Mummydearie said...

Betullah tu KA... memang menggelembungkan patutlah namanya payu udara. Make sense juga apa :D

KA, rasanya kita kena penuhkan ilmu di dada dan bersedia untuk ditebak dengan pelbagai soalan mengenai hidup bila anak-anak kita besar sikit. Macam tak tahu dah apa jawapan nak diberi kalau ada soalan cepumas.

makchaq said...

Kelakar....gelak sakan makchaq... tapi logik jugak la reasoning adik tu..kembung macam ada udara...

Rajin gighnya adik... demam2 pun ke sekolah...

izan mama mia said...

hihih... keletah mulutnya..payu udara sbb kembung cam ada udara..hihih

❤Kamsiah❤ said...

kadang2 pertanyaan anak2 membuatkan kita terkebil2 mencari jawapan yg sesuai..

Rai Ourkizuna said...

hahaha..payu udara.. payu tu apa pulak dik..

Cikda said...

gud luck adik.. hahahha..
payu udara tu bagi yg t...k dia tak kembung..dia isi udara.. hahahah

Ann Ishak said...

kesian adik, semoga cepat sembuh ye

Deqla Manjew said...

hikhik.. kelakar adik ni.. payu udara pun boleh.. ;)

aTieYusof Family said...

hihiihi..lucu lah Adik ni..terhibur tau...:)

wantie said...

hahaha... adik..adik.. dah ke payu udara bagai.

Mizz Aiza (Dunia Kecil) said...

lucu juga adik ni.. semoga adik cepat sembuh dan berjaya di dalam peperiksaa..

Haryati Faizal said...

samalah anak yati pun arini last periksa...

paridah said...

walau masih lemah adik berusaha meriangkan mamanya...adik yg bijak

Ibu Lala said...

Lamanya adik dmm.risau kan. Moga cepat sembuh adik

pha is said...

ada udara..?? hahaha

Bitt (double IS) said...

hehehehehe kelaka la adik nih

J.Syazwana said...

comelnya payu udara. kekekeke

DYatie said...

Hehehe. Semoga adik sukses selalu.

piqa da bajitos said...

semoga berjaya exam n cepat sembuh !

Fiza Rahman said...

Hehehe...payu udara yer adik.

hainom OKje said...

Moga adik cepat sembuh teh KA....okje pun pernah mengalami anak demam lama ni...

Chic Na said...

adik demam ye.. rindu ngan celoteh adik.. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...